My Diet Journey : Diet Suku-suku Separuh - Cerita Ita                                                             My Diet Journey : Diet Suku-suku Separuh Langkau ke kandungan utama

My Diet Journey : Diet Suku-suku Separuh

Assalamualaikum semua,  aku kat klinik ni teman hadi.. sakit telinga dia datang balik pulak awal pagi tadi.. tetiba dia datang bilik mengadu telinga dia keluar air.. stok ubat pulak semua dah rosak waktu rumah kena banjir aritu jadinya kat sinilah kita pagi ni.. sambil-sambil menunggu ni aku nak isi masa lapang menulis kat blog ni la sekejap.. tetiba rasa nak menulis pasal perjalanan diet aku dalam siri My Diet Journey.. kali ni kita cerita pasal My Diet Journey : Diet Suku-Suku Separuh.. 

My Diet Journey : Diet Suku-suku Separuh
My Diet Journey : Diet Suku-suku Separuh


sesiapa yang pernah follow instagram atau facebook aku tentu dah perasan yang aku guna hashtag my diet journey ni dah lama dah.. cuma kurus je belum capai.. haha.. begitulah susah nak perjuangan untuk mencapai impian tau.. perjuangan bertahun-tahun.. belum lagi cerita disulami kegagalan setiap kali nak kawal diet ni.. masalah nak kawal nafsu makan.. itu yang utama la.. sebab tu aku cuba amalkan diet suku-suku separuh tu.. tapi selalunya memang ada cabaran jugak nak kawal makan tu..  lepas tu masalah lain selalu takde stok sayur.. nak buat diet suku-suku separuh tu selalu ke laut.. jadi makan je apa yang ada.. 

Diet suku-suku separuh
Diet suku-suku separuh


Diet suku-suku separuh ni sebenarnya diet yang paling senang.. sebabnya korang cuma perlu kawal bahagian makanan tu je.. tak perlu risau nak makan lauk atau nasi pun tak perlu sekat.. semua boleh makan tanpa rasa bersalah.. cumanya kena kawal bahagian makanan tu.. yang paling penting dalam diet suku-suku separuh ni kena pastikan bahagian nasi dan lauk (macam ikan,  ayam,  daging, telur atau memana sumber protein) tak lebih dari suku bahagian..  itu yang jadinya suku-suku tu.. kemudian bahagian sayurnya kena separuh.. jadi lengkap la Diet Suku-suku Separuh.. contoh macam gambar kat atas ni.. itu ihsan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk gambar pinggan sihat Malaysia.. gambar bawah ni pulak gambar pinggan yang aku buat.. antaranya la.. 

suku-suku separuh
Contoh diet suku-suku separuh yang aku buat 


bila tak ikut disiplin tu tau je la.. kejap turun kejap naik.. sabar je la.. nak melalui my diet journey ni memang kena ketabahan dan kesabaran yang sangat-sangat tinggi.. kalau tak kuat haruslah gagal.. itu la yang selalu terjadi.. apa pun aku berdoa semoga semangat aku sentiasa kuat dan korang pun bantu ya doakan aku.. terima kasih korang.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. Seronok tengok menu Ita Diet Suku-Suku Separuh tu.. nampak sedap..

    BalasPadam
  2. Bagus amalan DSSS ni. Cukup nutrisi dan menyihatkan.

    BalasPadam
  3. nak diet seimbang ni memang kena sabar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum