Resepi Kekacang Sihat Cara Ita - Cerita Ita                                                             Resepi Kekacang Sihat Cara Ita Langkau ke kandungan utama

Resepi Kekacang Sihat Cara Ita

Resepi Kekacang Sihat Cara Ita

Assalamualaikum semua, baru ni aku sibuk menghabiskan marathon drama terkenal Indonesia iaitu drama Layangan Putus.. biasalah sambil meleleh airmata sambil mulut kena mengunyah jugak.. jadinya aku sesambil la buat resepi kekacang sihat untuk kudapan sedap kat rumah ni.. 

resepi snek kacang
Resepi Kekacang Sihat Cara Ita


sebenarnya aku dah mulakan makan snek sihat ni sejak mula amalkan diet suku-suku separuh sebelum ni lagi.. bila dah berdiet dan makan ikut kalori yang diperlukan akan ada masa korang akan rasa teringin nak makan sesuatu walaupun tak rasa lapar sangat.. 

Snek Kekacang sihat


biasanya waktu teringin macam ni kita akan mula cari roti bakar la.. roti sapu coklat la.. atau teringin nak makan pisang goreng atau keledek goreng atau kuih-muih apa-apa je la.. memang biasa macam ni.. memula tu teruk jugaklah nak kawal tapi lepas tu alhamdulillah dah ok sikit.. kira ada masa yang terlajak kawal nafsu tu dah berkurangan la..

salah satu cara untuk kawal mulut nak makan yang berlebihan kalori ialah dengan amalkan makan snek sihat macam kekacang ni.. lagi satu aku amalkan jugak makan kurma.. paling sedap makan kurma ajwa sebab makan sikit je dah rasa kenyang.. eh marilah kita tunjukkan macamana aku buat resepi kekacang sihat mudah ni..


Resepi Kekacang Sihat Cara Ita

Bahan-bahan

500 gram Kacang tanah tanpa kulit

200 gram kuaci hijau

200 gram kuaci matahari

200 gram kacang almond

200 gram kacang gajus

Aku bakar je dalam oven



Cara-cara

1. Basuhkan semua kekacang dan toskan.

2. Lambakkan dalam tray dan taburkan sedikit garam dan bakar dalam oven pada suhu 230 darjah celcius selama 20 minit ke 50 minit (mengikut jenis kacang)

- kacang tanah perlu masa 40-50 minit

- kacang almond, gajus, dan kuaci perlu masa 20 ke 30 minit saja.

3. Aku bakar kacang ni asing-asing dan kemudian campurkan bila dah sejuk dan taburkan sedikit garam lagi bagi ada perisa.

4. Masukkan kekacang dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dimakan pada bila-bila masa.

Selamat mencuba!

Masukkan dalam balang dan sedia untuk dimakan



Tips :

*nak tambah kacang walnut dengan hazelnut pun boleh tapi aku tak letak sebab Kakak Husna alah dengan walnut dan hazelnut tu mahal bebenor harganya..

*jika nak rendam dulu kekacang ni pun ok.. ada yang kata boleh menambah nutrisi yang baik pada kacang bila direndam terlebih dahulu..


Ceritaita


Info Ibu Hamil 

https://t.me/ibuhamilmalaysia


Info Resepi 

https://t.me/ResepiKampungku 


Tukar Komen Blog

https://t.me/bloggersmalaysia


Ulasan

  1. Wah nampak sedap nie Ita. Kak Sue memang suka kacang macam nie, tapi beli je selalu..

    BalasPadam
  2. sedapnya bat kudap2. tq for resepi ta

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...