Banjir Melanda!

5:15:00 PTG

Assalamualaikum semua, dah lebih 2 bulan peristiwa banjir melanda ni baru ada kekuatan nak menulis dengan panjang lebar kat blog.. sebabnya sekarang ni musim hujan dan dah masuk musim tengkujuh pun.. bila tengok hujan lebat dan air naik di sana sini tu terasa la jugak trauma dengan banjir tu.. lagi la pulak dengan kejadian banjir yang agak teruk menenggelamkan kawasan Shah Alam dan Hulu Langat di Selangor.. juga di Pahang.. mula la terasa nak alihkan barang-barang.. terfikir jugak kadang-kadang selamat tak rumah kami dari banjir.. agak susah hati la jugak.. tapi disebabkan kami dah berpindah dan rumah baru ni di kawasan yang agak tinggi.. perlahan-lahan rasa risau tu hilang.. masa baru pindah aritu pun anak-anak ada jugak tanya.. “rumah baru kita ni tak banjir kan ummi?”.. sedih pulak bila dengar.. itu tandanya anak-anak pun alami trauma.. 

Banjir Melanda!

Marilah aku ceritakan kisah sebenar yang berlaku waktu tragedi banjir melanda pada 30 September 2021 yang lalu.. kisah banjir ni sebenarnya berlaku pada minggu kami sepatutnya berpindah dari Johor Bahru ke Kluang.. kami akan berpindah sebab aku telah ditukarkan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor ke Vetec Selatan.. nak dijadikan cerita tarikh lapor diri adalah pada 27 September 2021 dan aku minta tangguh sehingga akhir bulan September untuk aku selesaikan semua kerja yang tertangguh sebagai Ketua Bahagian Kesihatan.. dan pada hari kejadian tu sepatutnya aku bercuti dan dah selamat berpindah ke tempat baru.. tapi itulah kita manusia ni memang hanya mampu merancang..

Antara barang yang kami dah pack dan susun di beranda rumah.. ada juga yang dah siap dalam bilik.. (ini gambar sebelum banjir)

Kami dah siap kemaskan semua barang-barang kami dan selesai seal semuanya dalam kotak dan siap disusun di dalam sebuah bilik di berhampiran dapur, sebahagian barang-barang kami dah siap susun di dalam beranda luar berhampiran sangkar kucing kami.. ada juga beberapa kotak yang mengandungi buku sekolah anak-anak kami susun di dalam bilik kakak husna.. barangan elektrik pulak dah siap masukkan dalam kotak dan kami letak di ruang tamu.. rumah memang dah dalam keadaan sedia untuk berpindah dah sebenarnya.. sarung kusyen dan cadar asal tuan rumah dah siap kami basuh, cuma tunggu untuk dipasang semula sama seperti keadaan asal sewaktu kami masuk.. eloklah diletakkan kat atas kusyen kat ruang tamu..

Rancangan awal akan berpindah pada hari Rabu 29 November 2021 tapi disebabkan driver menunggu giliran mengambil vaksin pada hari tu terpaksa kami tangguhkan ke hari Jumaat 1 Oktober 2021.. itu yang dikata kita hanya mampu merancang.. akhirnya hujan lebat membasahi bumi dan terjadinya banjir kilat pada awal pagi hari Khamis, 30 September 2021.. pada hari sebelum kejadian.. kami sempat balik ke Kluang untuk ambil kunci rumah baru dan angkat beberapa kotak barang.. kami singgah juga rumah mak dan abah di kampung.. balik dari kampung dah agak lewat.. dah menghampiri 2 pagi.. disebabkan keletihan dan rancang nak bawak sebahagian lagi barang dengan kereta ke Kluang dan hantar satu kereta ke Kluang jadi kami cuma park kereta kat depan rumah je.. selalunya Shah akan alih untuk park di hadapan kedai yang lebih tinggi dari rumah.. Kereta Exora kami parking depan rumah dan kereta Wira ada dalam garaj.. 



Kesan banjir dalam Ezora.. nampak tak kesan air naik kat tepi tu? sampai sekarang masih ada bau busuk lagi.. 

Ini dalam kereta wira.. semua dalam beg tu basah lencun dan kena buang.. kesan sampah pada pintu kereta menandakan air naik paras mana..

Ini bukan banjir lumpur macam kat Selangor tu pun kami dah rasa teruk sangat dah.. yang diorang tu lagi kesian..

Waktu kami sampai tengah malam tu dah mula hujan.. tapi hujan tak berapa lebat..  tapi hujan berturan sehingga pagi.. dalam pukul 5 pagi, hujan semakin lebat dan Shah sempat keluar untuk alihkan kasut yang ada kat luar supaya tak hanyut dibawak air.. tapi hujan semakin lebat tiada tanda nak berhenti.. dalam pukul 6 pagi.. aku rasa tak sedap hati.. minta Shah jenguk di luar rumah sebab bunyi hujan makin lebat dan macam pelik.. rupanya apa yang aku rasakan tu betul.. masa ni anak-anak tidur di ruang tamu dan Shah bukak pintu nak jenguk ke luar.. rupa-rupanya air dah penuh di luar rumah.. dan bunyi yang aku dengar pelik tu datang dari hujan yang dah menimpa air yang bertakung di depan rumah.. hujan masih lagi lebat dan air mula masuk melalui pintu yang dibuka oleh Shah.. Aku masih di bilik waktu ni.. Shah jerit kejut semua anak-anak suruh bangun dan angkat toto dan selimut masing-masing..

Tilam dan toto yang tak sempat diselamatkan.. tilam ni terapung sama tinggi dengan katil sebelah tu..

Kejadian berlaku sangat-sangat pantas.. dari saat Shah membuka pintu sampailah ke keseluruhan rumah kami dinaiki air hanya mengambil masa kurang dari 15 minit! Kelam kabut kami cuba menyelamatkan apa saja yang dapat.. dalam fikiran cuma fikir patut selamatkan anak-anak dan barangan penting yang sempat.. antaranya barang elektrik di ruang tamu.. 3 buah laptop tak dapat diselamatkan dan bila kami angkat dah penuh air.. mujurlah ada sebiji komputer (desktop computer) yang masih belum dikemaskan masuk dalam kotak dan letak atas meja lagi.. syukur masih ada rezeki.. air memasuki rumah kami sehingga ke paras peha lebih kurang 60cm atau lebih tingginya.. anak-anak kami suruh duduk diam-diam atas katil di dalam bilik kami.. itupun sebab katil tu kami lapikkan 2 lapis tilam dan agak tinggi.. 








Kucing-kucing kami pulak kami siap-siap alihkan ke tempat tinggi waktu air mula memasuki rumah.. tapi 4 ekor lagi kucing di luar kami terpaksa biarkan mereka menyelamatkan diri sendiri.. mujurlah jenis sangkar tinggi dan masing-masing selamat duduk di tingkat atas sekali.. kami tutup pintu rumah untuk elakkan lebih banyak air yang masuk tapi masih ada yang mampu masuk di celahan pintu.. waktu ni kami terpaksa tutup sebab bimbangkan juga ada binatang berbisa yang boleh masuk sekali dengan air yang masuk ke dalam rumah.. air sangat deras waktu ni sampaikan apa saja yang ada dalam air rasanya boleh mengikut masuk..

masa ni dah tutup pintu tapi air masih menderu masuk ikut celahan pintu.. shah tinjau kereta di luar rumah..

Disebabkan plug elektrik kami semua di bahagian bawah dan berada kurang dari 20cm dari lantai.. Shah ambik keputusan untuk matikan punca kuasa elektrik ke rumah kami dan kami duduk dalam keadaan bergelap.. biarlah bergelap dari risau ada yang akan kena kejutan elektrik.. maklumlah air ada di mana-mana.. waktu ni bateri telefon aku cuma tinggal nyawa-nyawa ikan saja.. powerbank langsung tak sempat nak cas.. satu pengajaran jugak.. lepas tu dah jadi beringat kena pastikan powerbank sentiasa ada bateri.. aku cuma sempat hantar mesej ke anak tuan rumah.. maklumkan dia apa yang berlaku.. dan maklumkan PA pengarah yang aku tak jadi nak datang pejabat hari tu sebab hal banjir ni… bila bateri hp dah nak habis.. aku hanya mampu termenung tengok yang yang bertakung dalam rumah dan barang-barang yang dah rosak dalam air..

air dah mula bertakung.. ada juga baju anak-anak yang kami bungkus dalam plastik hitam tu terapung.. itulah penyelamat.. alhamdulillah.. kurang-kurang anak-anak baju nak berganti selepas banjir..

Waktu ni la juga tiba-tiba bunyi sesuatu kuat di dapur.. ada benda jatuh! Kami panik sekejap dan tengok-tengok rupanya peti sejuk kami dah tumbang! Senget dah peti tu ditolak air yang kuat.. mujurlah Shah dah kemas pinggan mangkuk kaca yang berat masukkan dalam tong hitam.. dan dia letakkan tong hitam kat depan peti sejuk tu.. jadi dia sangkut antara wayar yang masih terpasang di plug dan tong hitam yang berat tu.. syukur masih ada rezeki kami.. jadi kalau ada yang viralkan gambar peti sejuk dalam sungai tu punca banjir kilat tu.. agak-agak la ya.. entah-entah peti tu hanyut disebabkan banjir besar yang melanda Johor Bahru pada hari yang sama kami kena.. kami masih lagi berada dalam rumah sepanjang kejadian.. waktu tu cuma mampu berdoa agar hujan reda dan air tak naik lagi.. sebab kami anak beranak dah terperangkap di dalam rumah.. sangat menakutkan.. membayangkan barang yang dah dibawa air sehingga menghalang pintu keluar dan air yang semakin banyak dalam rumah memang sangat menakutkan.. tak pernah ada dalam bayangan fikiran sebelum ini..


Peti sejuk dah tumbang.. mana yang sempat kami selamatkan kami susun atas meja makan.. itu pun ada kotak yang dah basah..


Lama juga air bertakung dalam rumah.. lebih kurang pukul 8 lebih pagi air mula surut di bahagian luar rumah dan jiran-jiran mula datang bertanya khabar.. sempatlah aku minta bantuan untuk tumpang cas handphone di rumah jiran.. kami pulak sibuk menimba air dari dalam rumah untuk keluarkan ke luar rumah.. sehingga pukul 10 pagi baru sebahagiannya selesai.. Cuma tinggal lopak-lopak air je dalam rumah.. waktu ni dah nampak jelas kemusnahan akibat banjir.. serius.. aku rasa nak nangis! Aku nampak koleksi buku yang aku kumpul dah terburai dari kotak di luar rumah.. Tuhan je yang tau apa rasa hati aku waktu tu.. hujan lebat dalam hati.. ada buku yang masih dalam plastik.. baca pun belum sempat.. nantilah aku tunjukkan apa yang rosak dalam post yang lain pulak.. tak larat dah menulis panjang ni.. cukuplah setakat ni.. bak kata abg long.. ummi tulis panjang-panjang ni ada yang nak baca ke? Hahaha.. ummi tak kisah pun anak.. janji ada kisah kita dalam Ceritaita.. supaya jadi kenangan kita di suatu masa nanti..

keadaan beranda selepas banjir.. kotak-kotak yang ada aku dah buang kesemuanya.. huwaa...

beg tu semua baju-baju basah


sebahagian kotak yang kami dah pack jugak habis rosak dan kami buang


Semuanya kembang, basah dan rosak

Kotak-kotak berisi buku sekolah anak-anak.. yang ni aku bawa keluar sikit-sikit dengan baldi.. penatnya tuhan je yang tau..

Barang-barang terkeluar dari almari yang roboh..

Bagi yang tertanya-tanya macamana kami boleh kena banjir kilat ni.. sebenarnya rumah kami duduk dulu sangat hampir dengan Sungai Tampoi.. selalunya Sungai Tampoi ni airnya cetek je.. tapi dengan kadar hujan yang tinggi dan mungkin dipengaruhi oleh faktor lain menyebabkan banjir terjadi.. dan kami adalah mangsa keadaan.. banyak lagi gambar yang aku tak tunjuk.. tak sanggup rasanya nak mengenang.. aku yang kena baru sikit dan air bertakung tak sampai sehari macam ni pun dah cukup teruk.. kos baiki 2 buah kereta tu je dah cecah juga RM5k.. itupun ada juga yang kami tak baiki.. baiki janji kereta boleh bergerak cukuplah.. lagi la kalau dibayangkan beban mangsa banjir di Taman Sri Muda dan sekitar serta Hulu Langat dan Dengkil tu.. Allah.. semoga mereka semua terus tabah hadapi dugaan..

antara timbunan barang-barang yang dibuang

antara buku-buku yang dibuang.. lori recycle tu ambik RM20 untuk semua buku-buku ni.. alhamdulillah..

suasana selepas banjir surut.. tengoklah pasir kucing tu.. 

makanan kucing tu separuh beg buang sebab kena air.. selebihnya kami jemur balik.. itu pun banyak terbuang sebab hari masih hujan takde tempat nak dijemur
 
masa ni cuma clear barang untuk buang air dalam rumah.. kereta ni tak sempat jenguk lagi.. 

Apapun yang berlaku sebenarnya cuma penyebab saja.. penyebab yang Allah turunkan untuk kami melihat betapa besar kasih sayang keluarga dan sahabat yang ada di sekeliling kami.. bantuan tiba mencurah-curah dari sahabat di sana sini.. sampaikan kami tak tak terucap dah ayat terima kasih.. SubhanaAllah.. MasyaAllah.. hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.. kalian tau siapa kalian dan tak perlu aku nak sebutkan… sehingga ke saat ini pun masih tersisa bantuan dari kalian.. semoga Allah permudahkan urusan kalian seperti mana kalian mempermudahkan urusan orang lain.. amin.. aku tak menangis sewaktu ditimpa musibah tapi aku menangis bila melihat kebaikan semua orang satu persatu.. semoga urusan mangsa banjir dimana jua jugak dipermudahkan Allah.. kuatkanlah semangat mereka menempuh dugaan ini Ya Allah.. 

antara makanan sumbangan sahabat

dapat makan pun anak-anak dah syukur sangat dah.. ini juga sumbangan sahabat..


ini pun sumbangan seornag sahabat.. tau-tau dah muncul depan rumah..


Ceritaita





You Might Also Like

5 Luahan Ikhlas

  1. Sedih baca. Orang yang kena sahaja tahu.
    Moga Allah gantikan yang hilang kepada sesuatu yang lebih baik. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. lelagi yang kena banjir lumpur tu.. entah bagaimana sedihnya hati..

      Padam
  2. Salam takziah kak, cepat betul ya air naik. Anak-anak mesti trauma

    BalasPadam
  3. perit bila diingati kejadian banjir 2014. sampai skrg terasa trauma itu..

    BalasPadam
  4. besar dugaan ko sekeluarga ita. semoga allah gantikan dengan 10 kali ganda lebih baik ta..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini