Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Penutup tahun 2021 yang mengembirakan

Assalamualaikum semua, tinggal beberapa minit lagi akan masuk tahun baru 2022.. ada banyak yang nak dicoretkan pada tahun 2021 ni sebenarnya.. banyak cerita suka duka.. nantilah akan aku tuliskan juga satu persatu jika ada kesempatan.. kira macam entri ulangtayang kaedahnya.. haha.. 

Penutup tahun 2021 yang mengembirakan 


antara yang patut dikenang ialah kisah hari lahir anak-anak.. ada yang tertinggal untuk dituliskan.. tapi pasti akan dituliskan jua.. dan aku nak masukkan juga kenangan manis sebagai pemenang capture nombor bertuah di blog Mama Pipie ..  dapat capture sipi-sipi jadinya hadiah pun sipi-sipi la.. tapi.. alhamdulillah siapa sangka sebagai penutup tahun 2021 yang mengembirakan kan? 

Semoga rakan blog Mama Pipie terus dimurahkan rezeki dan terus berjaya dalam berblog di samping kehidupan seharian.. amin.. terima kasih memilih aku sebagai pemenang.. 


Ceritaita


Ulasan

  1. tenkiu ita support segment blog mamapp. happy new year dan happy birhday ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus