Modal cuma RM350? MOHA BIOTECH lancar Program Usahawan Berani Berniaga

5:51:00 PTG

 MOHA BIOTECH lancar Program Usahawan Berani

Assalamualaikum semua, sejak pandemik melanda Malaysia dari tahun 2019, ramai usahawan mengalami pasang surut perniagaan dek kerana operasi perniagaan yang terjejas serta tidak dapat memastikan kesenambungan ekonomi secara berterusan. Bukan itu sahaja golongan bekerjaya juga turut terkena tempias dek kerana sebilangan syarikat yang terpaksa “gulung tikar” dalam tempoh yang sukar ini.. 

MOHA BIOTECH lancar Program Usahawan Berani Berniaga
Majlis Perasmian Program Usahawan Berani Berniaga Moha Biotech


Dalam tempoh tersebut, tentunya pelbagai usaha telah dilakukan oleh pengusaha perniagaan untuk bertahan dari sudut ekonomi. Turut tidak ketinggalan, syarikat MOHA BIOTECH MANUFACTURING SDN BHD, sebuah kilang pengeluar produk kosmetik & jus jenama sendiri memilih inisiatif menawarkan pakej-pakej produk jenama sendiri dengan MOQ yang rendah bagi membantu usahawan-usahawan daripada pelbagai latar belakang diluar sana.. aku sempat la hadir ke program yang dirasmikan di kilang baru Moha Biotech baru ni.. peluang melawat kilang untuk melihat sendiri proses pengilangan yang amat teratur dan dikawal rapi setiap prosedurnya tidaklah aku lepaskan..


Proses pengilangan yang amat rapi dan mengikut prosedur keselamatan

Taklimat prosedur yang terdapat di dalam kilang oleh Pengarah Eksekutif Moha Biotech



Baru-baru ini, sejurus selepas semua sektor perniagaan dibenarkan operasi Oktober lalu, Moha Biotech baru-baru ini telah melancarkan  Program Usahawan Berani Berniaga bagi menyuntik semula semangat usahawan kecil untuk bangkit semula dan  berani mengembangkan perniagaan selepas  mengalami kesukaran dalam tempoh  pandemik. Program ini telah dilaksanakan sejak Januari 2021 dan sebanyak lebih daripada 10 produk telah di keluarkan. Antara produk yang dipromosikan adalah produk esen, lipmatte, sabun, tablet dan jelly dengan modal bermula hanya RM350 sahaja.. aku kagum la dengan usaha yang dijalankan oleh syarikat ni.. betul-betul terbukti nak membantu usahawan baru yang nak mencipta nama dalam perniagaan..




Ucapan Founder Moha Biotech

Ucapan Pengarah Eksekutif Moha Biotech

Majlis Perasmian dilancarkan dengan penurunan tandatangan



“Moha Biotech telah membuka peluang kepada usahawan untuk berani menjadi pengasas produk dan memberikan peluang besar kepada seramai 1647 usahawan baru dan lama yang menyertai program ini” hujah Pengarah Eksekutif, Moha Biotech dalam Majlis Perasmian Kilang Moha Biotech Sdn. Bhd. pada 3 Disember lepas. Program ini telah berjaya menarik penyertaan dan penglibatan yang tidak disangka-sangkakan dalam perancangan yang singkat. Bukan itu sahaja, sepanjang program ini dilaksanakan, usahawan yang berminat diberi panduan yang lengkap berkenaan dunia pemasaran kini daripada mentor-mentor usahawan syarikat tersebut.


Antara produk keluaran MOHA BIOTECH 



Program ini juga turut menyaksikan 5 usahawan berani daripada syarikat-syarikat kecantikan ternama yang hadir memberikan sokongan dan maklum balas tentang manfaat program tersebut. Mereka juga turut diberikan penghargaan khas yang disampaikan oleh Tuan Ashari Kasnan, Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor.


Peluang bergambar bersama Founder tentunya tidak dilepaskan



Secara tuntasnya, pandemik ini memberikan kesan dan impak yang besar kepada ekonomi perniagaan, namun ianya tidak boleh dijadikan alasaan untuk para usahawan tidak berani mencuba alternatif baru dan juga mencari solusi bagi memastikan ekosistem perniagaan & kelangsungan hidup berjalan seperti biasa dengan menggunakan peluang keemasan menjadi founder MOQ rendah.. jadi sesiapa yang berminat nak mulakan perniagaan bagi alternatif baru menjana pendapatan terutama dengan jenama sendiri boleh la mendapatkan info terkini di www.mohabiotech.com



Ceritaita


You Might Also Like

15 Luahan Ikhlas

  1. Mudah2an jadi usahawan yang berjaya

    BalasPadam
  2. bagusnya bantu orang2 kita terutama yang meniaga untuk bangkit semula..bukan senang nak naikkan semula perniagaan lepas ramai gulung tikar kesan dari pandemik yg masih melanda skrg ni..

    BalasPadam
  3. boleh buat bisnes sendiri.. modal pun x mahal mana.. boleh jfi founder.. hihihi

    BalasPadam
  4. Sentiasa ada jalan untuk tambahkan rezeki insyaallah.

    BalasPadam
  5. Wah modal rm350 je dah boleh ada produk sendiri. boleh ni untuk jana pendapatan

    BalasPadam
  6. Bagusnya macam niii... sebenarnya tak ada alasan dah untuk berjaya.. nak tak nak je kan

    BalasPadam
  7. Terbaik program begini banyak membantu pada mereka yang ingin maju dalam bisness perniagaan yang diceburi... moha dipermudahkan

    BalasPadam
  8. Wah bagus ni modal pun tak banyak...moga ia dapat membantu usahawan diluar sana

    BalasPadam
  9. Sekarang banyak yang membantu untuk jadi usahawan.. nak dengan tak nak je kan..

    BalasPadam
  10. Rendah je modal permulaan ni, moga lebih ramai amik peluang untuk jadi usahawan berjaya juga

    BalasPadam
  11. Terbaiklah program ni, boleh jadi founderlah nnti..

    BalasPadam
  12. wah kecil aje modalnya dah bomeniaga ye.. bagus ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini