Apam Kukus jadi menu moreh akhirnya.. - Cerita Ita                                                             Apam Kukus jadi menu moreh akhirnya.. Langkau ke kandungan utama

Apam Kukus jadi menu moreh akhirnya..

assalamualaikum semua,

aku dah selamat buat apam jugak dalam ribut-ribut sediakan ikan bakar untuk berbuka puasa semalam..ceh macam ribut sangat padahal ikan bakar je pun... hehe..

sebenarnya aku dah lama tak buat kuih apam kukus tepung gandum tradisional ni..dah lupa dah pun resepinya..siap call mak aku kat kampung mintak resepi sama macam mak buat...lembut hasilnya...

dan hasilnya macam biasa...ayat mak.."mak pakai resepi agak-agak je ngah"...
hmmm...ok sila jangan salahkan aku kalau Makcik Jemah ni sangat pandai masak dan aku akhirnya tetap kena google untuk cari resepi dan belajar sendiri ok..huhu..

mak punya stail gitu ler...aku gelarkan chef agak-agak..asal tanya je..kau agak-agak je la...aduhai..sakit jiwa orang yang dengar jawapan tu lebih-lebih lagi orang yang separuh umurnya abis bukan di bawah ketiak mak dia ni...

tapi lelama aku dah biasa dah...jadi yang penting tau bahan utama dia je..itu yang tersangat penting..lain-lain tu kau godeh je la sampai jadi..haha..sudahnya aku pun dah jadi macam mak jugak bila shah tanya kadang-kadang...agak-agak je la bang... ;)

ok..jom kongsikan resepi apam kita yang gebas gebu ni...

senang je..

Resepi Apam Kukus Tepung Gandum Tradisional
by Cerita Ita

Bahan-bahan

1/2 kilo tepung gandum
1/2 paket yis segera mauripan (1 paket 11 gram)
10 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Air secukupnya
pewarna jika suka
1/2 biji kelapa parut

Cara-cara

1. rendam yis dalam air suam sampai berbuih (selalu aku buat separuh paket tu dalam air suam setengah cawan) dalam 5-10 minit.

2. satukan tepung, gula, garam dan yis yang telah direndam dalam satu bekas mengadun.

3. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau (aku guna handwrisk je..)..terus masukkan air sampai adunan jadi macam rupa adunan untuk buat jejemput (cengkodok bilis)..aku tepuk sikit-sikit adunan ni bagi yis tu naik sikit.

4. masa ni kalau suka ada warna cantik-cantik sikit boleh letak pewarna la..(anak-anak suka strawberi..maka aku letak pewarna merah aka sirap ros je)

5. bila tengok adunan agak naik masa tepuk tu (ada buih-buih sikit) boleh tuangkan minyak masak dan kacau lagi bagi sebati.

6. curah adunan dalam loyang yang dah disapu dengan minyak terlebih dulu. pastikan jangan melebih 1/2 dari loyang sebab apam ni akan naik lagi..

7. Biarkan adunan naik sekejap (dalam 30-40 minit)..sementara tu boleh panaskan periuk kukus..

8. Kukus antara 30-40 minit jugak ( pastikan air dalam kukus betul-betul panas dan kukus dengan api sederhana)..pastikan jugak tutup loyang dengan aluminum foil atau tutup bawah tutup kukus dengan kain (ini untuk elakkan air dari menitik ke atas apam)

9. biarkan sejuk dan bila dah sejuk baru boleh potong siap dihidangkan dengan kelapa parut (kelapa parut ni boleh dikukus bagi tahan lama dan tambah garam secukupnya sebelum dihidangkan dengan apam)

dah siap...senang je kan?

sebab tu aku suka buat dan makan...

p/s orang bangun pagi-pagi tahajud..aku taip blog.. apa cite ni?eh...

Ulasan

  1. mmg nampak sedap la ita. terliuq aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap la kat tekak aku ni.. hehe..apam ni boleh cicah air teh..

      Padam
  2. Alamak Ita, sedapnyaaaaa. Ini kalau buat berbuka, tak yah kuih lain pun takper ni Ita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kak...saya pengemar tegar dari dulu.. buat yang kurang manis cicah kari..yang manis makan dgn air teh@kopi panas..x yah kelapa pun ok..

      Padam
  3. wahh..mak kita rajin buat ni...sedapnya!!

    BalasPadam
  4. teringat apam serupa air tangan mak mertua kak..huhu..
    samalah, main agak2. nak bangun awal dok sukat dan timbang resepi dia, malas pulak. pagi2 buta dah siap kat dapur...
    hihi...boleh ikut resepi ini..tqvm

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang apam tradisional orang dulu-dulu kan kak? payah nak cari jual di mana2.. yg jumpanya banyak apam tepung beras je..
      try la kak.. sure jadi..sama2..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum