assalamualaikum semua,
hari ni dah masuk hari ke 5 adik kena masuk hospital semula..
adik kena jaundice dan demam pada hari ahad aritu..jadi adik dah kena puasa dan disebabkan takde katil kosong hari ahad maka aku kena balik malam tu dan tinggalkan adik di wad kanak-kanak SCN..
dan malam tu aku mula tak boleh nak tido..walaupun tau adik memang tak boleh menyusu tapi hati seorang ibu..tentu terasa bila anak yang dikandung 9 bulan takde di sisi..
dan esoknya hari isnin aku dah awal-awal datang ke wad untuk booking katil dan tengok perkembangan adik..alhamdulillah dapat katil jam 6 petang tu akhirnya setelah menunggu hampir satu hari..
adik datang dengan masalah demam 38°C dan jaundice setinggi 409 mmol/L..cukup tinggi dan menakutkan bila tengok badan adik yang kuning sampai ke peha..
tapi alhamdulillah bacaan makin kurang pada malamnya jadi 350 mmol/L dan terus berkurang menjadi 335 mmol/L pada pagi esoknya ..dan terus berkurang pada pagi selasa kepada 282 mmol/L dan semalam pada 216 mmol/L..tapi bacaan pagi ni naik pulak jadi 250 mmol/L..tapi doktor dah berhentikan rawatan uv dan akan ambil bacaan esok pagi sekali lagi..
dan berita lain yang diketahui adalah adik ada jangkitan salur kencing dan kena tukar antibiotik dan disambung lagi 2 hari..
semoga adik sembuh cepat hendaknya..abg-abg dengan kakak dah risau bila adik nak balik rumah..
p/s nama adik dah ada.. semoga Ahmad Hadi Haris bakal jadi salah seorang pejuang agama..amin..
Alhamdulillah....semakin kurang. Kena beri susu ibu yang banyak kan. Welcome to the world, Hadi.
BalasPadamMoga adik cpt sembuh. Dulu bersalin ank ketiga pun kat sana. Bertapa kat sana lama lak tu dr sblm bersalin smpi lah lps bersalin. Dgn lahir x cukup bulan, kena jangkitan kuman pastu hr nk balik tau2 jaundis pulak. Tp sy lari gak balik. Memang puas gegar dorang mintak surat nk balik paka gak mlm tu. serik duk spital lama sgt.
BalasPadamalahai kesiannya baby Ahmad Hadi Haris . semoga cepat sembuh ye
BalasPadamtahniah doc...semoga anak cepat sembuh
BalasPadamhmm..baru tau hero baru ..Ahmad Hadi:-))
BalasPadam