assalamualaikum semua, ada tugasan lebih berat menanti aku esok...doakan ye...yang aku nak ceritakan adalah peristiwa yang berlaku minggu lepas...baru je...
Antara bersalin normal dan pembedahan
Gestational Diabetes Mellitus (GDM)
disebabkan keputusan OGTT aku sangkut pada bacaan 5.8 yang melebihi normal iaitu 5.6 maka aku dikategorikan sebagai ibu mengandung yang menghidap diabetes atau lebih dikenali sebagai gestational diabetes mellitus (GDM).
maka disebabkan itu jugak aku kena menjalani ujian BSP untuk tau kadar glukos dalam darah sebanyak 4 kali ujian sehari... dan aku dapat arahan untuk buat ujian tu hari Isnin lepas 26 Ogos 2014.. 27 Ogos ujian dijalankan... dan alhamdulillah.. keempat-empat ujian tak melebihi tahap yang dibenarkan iaitu 5.6..
tapi aku tetap dirujuk kepada doktor untuk sesi kaunseling lanjut pada 27 Ogos 2014.. yang mana doktor menjalankan ujian scan wajib pada umur kandungan 37 minggu...
sesuatu yang tak terjangka terjadi pada hari tu...doktor ambik masa jugak untuk scan dan mendapati anak dalam kandungan ni duduk dalam keadaan yang agak pelik..satu soalan doktor yang betul-betul buat aku panik...
"anak awak ni memang senget ke?"
huwaaa...masa tu memang dah rasa ketar dah... senget macamana lak pulak ni...? hati dah jadi gundah gulana dah....doktor terus menerangkan yang bayi dalam perut ni duduk dalam kedudukan yang senget dan tak masuk betul kepalanya di tulang pelvik atau lebih dikenali dengan posisi oblique lie...
kedudukan bayi yang dibayangkan oleh doktor melalui scan |
aku tau posisi tu dan hati aku lagi jadi tak tenteram... dalam vet pun kami gunakan istilah yang sama...
dan akhirnya doktor ambik keputusan untuk rujuk kes aku ke HTAA untuk rujukan lanjut dan pemerhatian...
sempat jugak doktor check apa puncanya... dan didapati adalah disebabkan kadar air ketuban yang agak banyak disekeliling bayi menyebabkan bayi lebih mudah bergerak dan tak stabil.. doktor cakap juga mungkin disebabkan oleh GDM tadi... air ketuban yang sepatutnya ada dalam perut aku adalah 15 dan masa doktor scan tu boleh ada 20 pulak... aku tak pasti pulak apa ukuran yang digunakan...
jadi keputusannya adalah merujuk aku ke HTAA dan dinasihatkan supaya bersalin secara pembedahan yang mana tarikhnya adalah lebih cepat dari jangkaan yang sepatutnya...2 minggu awal dari tarikh lahir sebenar...
jujur aku kata... hati aku terus berdebar sejak hari tu... macam-macam yang aku fikirkan...rasa macam dah jadi pengalaman bersalin kali pertama pulak dah...cuak tak terkata...
minggu lepas aku balik kampung untuk cari kekuatan dari orang-orang yang aku sayang...walaupun mungkin ada yang kata tak ada apa la dengan pembedahan.... tapi aku betul rasa cuak ok...dan hari ni aku kena sudahkan semua kerja sebelum melangkah untuk menyerah diri esok....
masih membayangkan macamana perasaan bersalin tanpa rasa sakit bersalin tu datang...tarik nafas panjang bila teringat doktor kata... "awak boleh nak bersalin normal tapi mungkin akan ada komplikasi..."...
Allahuakhbar.....
p/s masa berpantang yang mungkin akan sangat berbeza nanti dari 3 yang sebelum ni....
Akak doakan semoga urusan Ita akan dipermudahkan. Amin. Be strong yer.
BalasPadam