Catatan terkini

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Imej
Contents Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar

Ke Ipoh la pulak..

assalamualaikum semua,

hari ni dah masuk hari kedua aku kat ipoh..sampai hari ahad malam baru ni...

ada bengkel kat sini insyaAllah sampai hari jumaat ni..

kalau ikutkan dah tak larat dah nak ke mana-mana sebab tarikh dijangka bersalin tinggal tak sampai lagi sebulan dah...tapi dah kerja terpaksa la jugak...

semalam stress jugak sebab aku kena cirit birit start dari petang dalam pukul 6 macam tu...sebelum tu dah rasa lain macam masa makan tengahari..rasa macam angin mencucuk je dalam perut ni..tak sedap betul rasa..pastu tengahari tu aku try la makan betik bagi dengan harapan bagi angin tu keluar...ambik ko..lepas tu memang keluar pun tapi sekali dengan cirit la...adoiii...tak larat dah rasa...

masa nak gi makan malam pukul 7.30 tu aku dah rasa letih gila..boleh bila siap nak turun dah rasa tu datang lagi...pastu masa nak makan pun sempat singgah tandas kat kafe dulu..sabor je la..

balik dari makan pun masih macam tu tapi sudahnya aku layan minum teh pekat panas tanpa gula..alhamdulillah lega sikit lepas tu dan aku selamat tidur kepenatan..hehe...

doakan aku selamat je kat sini ye...sebab....

aku beria-ia bawak kelengkapan baby 1 beg ni haa..tapi buku report pink tu boleh pulak elok je tertinggal dalam kereta...aduhai...

semoga anak dalam perut ni jangan la keluar dulu...

dan  semoga hari ni lebih baik dari semalam harapannya...amin...

p/s baru hari selasa dah rindu semua yang ditinggalkan...sedih :'(

Ulasan

  1. la...dah dekat bersalin pun out station juga, ita..
    sabarlah ya..
    ipoh tang mana tu..kinta riverfront ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat macamana kak..dah keja..
      ya la kat kinta riverfront..pandai akak teka ;)

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus