Catatan terkini

Kisah Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit

Imej
Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Contents Tempe Tempe daun Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat. Korang suka tempe goreng ke, atau suka tempe dimasak sambal pedas tempe goreng yang garing-garing tu ke? Atau korang suka tempe dimasak dalam bentuk kuah macam asam rebus tempe atau masak singgang tempe atau masak lemak tempe atau masukkan je tempe dalam ramuan lain jadi macam kuah lontong. Hish, aku yang tulis ni yang terus rasa macam nak makan tempe. Asal Usul Tempe Tempe berasal dari

Tragedi Hari Jumaat

assalamualaikum semua,

banyak kisah nak cerita sejak dari bulan puasa hari tu lagi... tapi asyik la tertangguh....

dan hari ni nak cerita kisah terbaru dalam keluarga kami... baru lagi terjadinya... hari jumaat lepas..

kalau anak kecik selalu diduga dengan ujian anak demam la.. sakit la..selsema la... ini anak dah besar sikit dan bersekolah diduga pulak dengan ujian kemalangan di sekolah...

kami kalau boleh memang taknak menghadap situasi macam ni.. tapi apakan daya.. memang salah satu cabaran untuk ibubapa agaknya kan...kena la hadap jugak...

al kisah ceritanya bermula macam ni...

hari Jumaat baru ni kami macam biasa dalam pukul 6 petang duduk menunggu abg long balik dari sekolah... memang selalunya abg long akan jadi murid yang keluar antara yang paling lewat dari pagar sekolah... kadang-kadang sebab dia..nak pegi tandas la...pastu nak siapkan kerja sekolah dulu la..macam-macam la..tapi biasanya akan melangkah dengan penuh tenang dan aman damai je keluar dari pagar sambil jalan slow motion je.. sabor je la anak oiii..

dan disebabkan dan terlalu biasa dia keluar lambat maka kami tak kisah pun dia keluar lambat hari tu...
tapi tiba-tiba...

ada seorang murid perempuan comel ketuk tingkap kereta kat sebelah pemandu.. shah pun bukak la pintu..

shah : ye kenapa?

murid comel : pakcik ayah haziq hakimi kan?

shah : aah..

murid comel : anak pakcik kat pejabat...kepala dia pecah berdarah banyak..

shah : hah? macamana boleh pecah?

murid comel : ntah.. ada budak bawak besi kot...budaknya pun dah lari..

aku dengar macam tu je terus bingkas bukak pintu kereta...heret abg ngah dan husna sekali keluar...

shah boleh lak tanya lagi..ummi nak ikut ke?

eh... anak aku pecah kepala takkan tak ikut kan?

punyalah cemas kami nak menyampaikan ke pejabat....tapi aku sempat jugak tanya budak comel tu...macamana awak kenal ayah haziq hakimi?... dia jawab.. kita satu kafa dengan dia.. selalu nampak..ooo..patutlah...

bila dah nak dekat dengan pejabat aku berselisih dengan sorang budak tengah menangis..aku agak budak ni terlibat dalam sketsa abg long ni..

lepas tu depan je sikit nampak cikgu dah bawak abg long keluar sambil nangis-nangis... alahai anak..
aku cepat-cepat tengok kat kepala dia... memang nampak terbelah.. lepas tu dengar cerita cikgu pulak...

cikgu kata diorang tengah bermain bola..berlari-lari lepas tu abg long jatuh dan budak yang lagi sorang tu terhempap atas dia.. gigi budak tu terkena atas kepala dia.. tu cikgu tu kata..tajam gigi budak tu macam besi.. dia tak luka @ berdarah tapi menangis jugak mungkin sebab sakit..

itu yang budak comel tadi sebut pasal besi kot... hehe...budak-budak kalau dengar orang tua bercakap cepat benar buat kesimpulan...

kepala abg long pulak cikgu dah selamat mandikan dengan minyak gamat...baju cikgu dah cucikan kesan-kesan darah.. kedian cikgu..panik agaknya... takpe cikgu..kami faham sangat benda-benda macam ni boleh jadi dan bukan cikgu yang nak pun... so cikgu jangan panik ye...

aku dengan shah cepat-cepat cakap dengan cikgu...jangan susah hati.. ni kemalangan biasa je.. kami boleh bawak gi klinik je terus..

luka di kepala abg long



bila dah sampai ke klinik... terus dapat skip barisan panjang dan abg long dirawat segera... alhamdulillah doktor kata tak cedera teruk sangat.. tak perlu jahitan..cuma makan dan sapu antibiotik je.. dan pagi ni luka dia dah kering dan dia dah ok dah pun....cabaran anak lelaki ye nak?..hehe... anak lelaki kena kuat macam besi...

abg long semasa rawatan.. dia suruh ambik  gambar waktu doktor cuci tapi ummi dia pulak tak sempat..

gambar hari isnin baru ni.. dah mula kering..

jangan salah faham pulak kenapa aku ambik gambar ye..orang kata tak sibuk uruskan anak tapi sibuk nak ambik gambar kecederaan anak dulu.. sebenarnya dalam kes ni dia yang mintak aku ambik gambar sebab dia nak tengok luka kepala dia tu macamana...


p/s hari ni bawak bekal bubur nasi dengan telur dadar...sedapnya bubur nasi...

Ulasan

  1. semoga cepat sembuh. selamat hari raya, if feel free follow me ya.. TQ

    BalasPadam
  2. Ya Allah.. Nk tercabut jantung dgr besi. Klu LM pun rasa cam atok panik dah tu.

    Gigi ke? Panjang tu luka dia.

    Baiknya cikgu kan? Dia pun panik sgt kot tgk darah banyak. Anak org lak tu. risau nk jelaskan kat mak bapak murid

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe LM..cemas tak ingat punya..
      memang kena gigi..mujur gigi budak tu pun xde apa..

      cikgu memang sangat baik dan cuak.. ye la anak org kan.. tp xpe..kami cool..hehe..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus