selamat hari raya aidiladha - Cerita Ita                                                             selamat hari raya aidiladha Langkau ke kandungan utama

selamat hari raya aidiladha

selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua ye...tahun ni aku beraya kat kluang lak...tapi kami balik malam raya hari tu...aku balik umah mak mertua aku dulu sebelum tu..tidur semalam dan lepas tu balik kluang lak...alhamdulillah selama kami berkahwin dah nak dekat 4 tahun ni tak penah lagi ada masalah giliran nak balik kg..dan aku bersyukur dapat suami macam shah yang amat memahami dan bertolak ansur...terima kasih abang...

kami bertolak dr umah mak mertua aku dalam kul 8 mlm ...sampai kluang dalam kul 12.30 tgh malam...masa sampai mak dgn abah tak tidur lagi..mak sibuk kat dapur...abah lak terpacak depan tv...alang, uda berjalan...adik kat dalam bilik....lepas tu hilang cite mak nak masak sbb dah menghadap cucu dia...

minggu lepas along hantar anak2 dia balik kg...so ada la 2 orang sepupu hakimi tu kat umah atuk dia...abah dia kena teman mak dia kena keja masa raya....andak lak tgh on the way....andak sampai lebih kurang kul 6 pg...

pagi tu sesi..makan...makan...dan makan....biasa la kan raya....apa nak buat lagi...dah tengahari sikit semua orang macam kena tembak je....umah mak dah macam medan perang...semua dah terbongkang kekenyangan....aku lak puaskan hati makan lauk2 raya...masa ni la nak makan kan...nanti besok kalau aku dah bersalin..mesti payah nak makan lauk2 raya ni sbb masa raya thn depan mesti aku baru sgt bersalin kan....

apa lagi..lepas makan ketupat dengan kari, makan lak dengan ungkep, makan lak dengan sambal goreng, makan lak dengan rendang, makan lak lepat dengan diulangi lauk2 di atas...wow...cam pesta makan je kalau korang tgk aku...hehehe....memula kami ingat raya kali ni nak jejalan..tapi akhirnya dikuburkan saje niat tu...dan kami lepak2 je kat umah...hari ahad kami bertolak balik ke umah mak mertua aku lak..raya sehari kat situ dan balik umah malam tadi...sampai umah dalam kul 10.45 mlm dah...letih tul badan ni rasanya...hakimi dah tidur aku pun apa lagi terus zzzzz...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum ...