Dah ada air! - Cerita Ita                                                             Dah ada air! Langkau ke kandungan utama

Dah ada air!

yahooo...dah ada air...kul 5 pg tadi aku gi bilik air, terasa nak bukak paip...terus air keluar dengan lajunya...alhamdulillah...air dah ada...cepat2 aku tadah, penuhkan tong dalam bilik air, baldi semua...
bila balik bilik shah tanya, asal lama noo kat bilik air tu...saje tadah air takut kang esok pepagi tetiba lak dia takde lagi..kan naya tu...biar berjaga2 kan?

aku rasa ada air ni pun sebab aku tepon JBA semalam kot...hehe...
mesti diorang takut aku report kat TV3 ke surat kabo ke....ha..ha...tak ke susah diorang nak menjawab tu....sedangkan sidang akhbar dia kata cuma 1 hari je, selasa dari kul 7.30pg sampai kul 11.30 mlm je...

meh aku cite apa berlaku semalam...

kul 5 ptg semalam aku tepon JBA buat kali kedua...selepas beberapa kali tulis no bz...baru la dapat...kali ni lelaki lagi yg angkat..suara dia serius je...letih jawab phone kot...
ni antara dialog aku dgn staff JBA tu:

aku;"saya ni nak tau kedudukan masalah air sekarang ni, sampai bila sebenarnya air takde ni encik?"

Staff JBA;"sekarang ni keja2 masih dilakukan dan mungkin air takde sampai lusa, lusa pun kami masih takleh nak janji"

haaa...ambik ko...lusa?

aku;"takkan encik takleh jangka langsung, kata hari tu cuma 1 hari je? takpe la kalau camtu, cuma saya nak tau bila air dihantar ke kg kempadang?"

staff JBA;"hari ni saja kami dah hantar 2 trip ke sana, sekarang ni 1 lagi on the way"

aku;"sekarang encik? mana kami sempat nak balik? mlm takde penghantaran ke?"

staff JBA;" kami beroperasi sampai 11 mlm, kalau ada kami akan maklumkan pd puan, sila tinggalkan no telefon dan nama ye puan"

aku:"boleh saya tau dengan sapa saya bercakap ni sebab semalam pun sy dah nama dan no phone tapi takde maklum balas sampai ke hari ni"

cut....hehe..nama org tu secret...aku rasa dia takut kot aku dedah kat mana2...hehehe....mlm tadi pun aku dah berkira2 nak tulis surat kat metro ke sinar ke....
nasib baik air dah ada...kalau tidak....thing..thing...thing...


cite sal TV ni teringat aku thn lepas masa kejadian ribut kuat kat area pantai timur...ala masa mlm sapa yg kena liwat tu...tak ingat lak aku nama dia...dia angkat sumpah mlm tu...
ribut sekuat2 tidak tau kat umah aku...
masa tu lak aku dok menginap kat banglo kayu sebelah umah sekarang ni...shah lak kena ot mlm..tinggal la aku dengan hakimi je berdua...
umah aku bergegar...lantai, tingkap, tiang...semua la...bila ingat pun buat aku seram...lama gak la..dalam setengah jam gitu....aku dah baca doa, ayat mcm2 dah ni...kalau jadi apa2 tah sempat kuar umah tak tah....
mana tau kan shah balik tengok2 aku dan hakimi dah ranap dengan rumah2 sekali...nauzubillah..

tp yg lucunya sempat gak aku berangan..ni kalau masuk tv kang camana aku nak cakap dgn wartawan semua tu ek...ye la nak nampak cam tragik gila kan....hehehe....tu la niat yang menyebabkan rumah aku selamat kot...Allah tak berkenan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...