Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Syukur pada Allah

Syukur pada Allah

hari jumaat lepas PM dah umumkan belanjawan 2010, banyak yang dia baca...aku tak larat nak ulas.. dari kul 4 ptg aku dengar siaran langsung dia, sampai dalam keta lak sambung dengar dalam keta... Alhamdulillah, Allah masih mendengar doa hamba dia yang kerdil ni... 3 berita gembira hari tu.. 

pertama: Pm umum pasal taska kat semua jabatan kerajaan dan kementerian, semua diwajibkan mengadakan taska / pusat asuhan di pejabat masing2.... lega perut aku mendengarnya...sebelum ni dalam entry 'susah hati' aku sebelum ni ada aku cerita yang pasal RTM nak tutup taska dia hujung tahun ni...selepas pengumuman ni, maknanya taska tu tak jadi tutup... 

kedua: PM umumkan imbuhan khas RM500 dipanjangkan kepada semua pegawai bergred 41 hingga 54 dan akan dibayar pada bulan disember nanti...alhamdulillah, walaupun tak dapat bonus yang banyak (berbulan2 cam CUEPACS mintak) tapi syukurlah...sekurang-kurangnya masih ada imbuhan...dan masih ada rezeki lebih buat kami sekeluarga... 

ketiga: sara diri individu dinaikkan lagi RM1000 untuk cukai pendapatan dari rm8000 ke rm9000 setahun...yang ni pun patut dinaikkan sara hidup utk anak2 yang masih lagi rm1000 untuk seorang anak...mana mungkin kos membesarkan anak hanya rm1000 setahun? mungkin thn depan punya bajet kot..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus