takde tajuk - Cerita Ita                                                             takde tajuk Langkau ke kandungan utama

takde tajuk

salam semua...

kali ni aku saje je nak layan mabuk2 aku ni sambil menaip kat keyboard ni ha...sebab tu entry kali ni takde tajuk...
hari ni alhamdulillah aku berjaya menghabiskan air susu secawan dan 2 keping kuih keria...harap2 jangan keluar semula sudah la..tak larat dah aku...semua orang cakap aku dah pucat...mana tidaknya dah masuk 2 minggu aku x makan nasi....lapar? Tuhan aje yang tau tapi selera tak de langsung...nak sebut makanan pun x bape nak larat...letih tul...

hari ni ada jamuan raya lagi..kali ni bghn industri lak buat, semalam kat state pahang...diorang siap call bgtau menu supaya aku leh pilih apa yang aku leh makan....alahai...baiknya hati kawan2 aku...tapi nak buat macamana selera mematikan semuanya...hari ni lak diorang bgtau "ada mee sup dr. , dr. x leh makan mee sup?" tima kasih la kawan2 tapi aku dengar nama makanan pun macam nak keluar balik dah apa yang aku telan tadi...nak ngabiskan kuih keria singgit 4 bji ni pun seksa...

semalam lak ada lak datang kambing busuk dah petang2 hari..aduhai nasib badan...aku terpaksa buat gak dalam terloya2 kat situ...mujurlah en sahak yg selalu tolong aku tu faham...dia yang handle semua...aku dah macam wartawan lak rasa....ambik info mana yg perlu je...balik je rumah shah ajak lak gi carrefour...beli susu anak...masa ni aku cam nak tumbang jam2 tu gak kat carrefour tu...letih...dah xde tenaga agaknya...shah suh beli susu anmum...dia kata kalau x makan pun minum susu ok gak...cepat2 aku suh dia belanja...cepat nak balik..nak baring je rasa...

malam lak shah kena ot so tinggal la dengan hakimi je...dia mmg anak yang baik...selalu faham kalau aku x larat...dia mintak keluarkan anggur beli masa kat carrefour tadi..aku basuh2 letak dalam mangkuk..dia hadap sambil tengok tv...sambil2 tu dia ada gak suap2 kat mulut aku paksa aku makan...nak taknak terpaksa la telan gak...dlm kul 8 lebih tina call cite sal perkembangan dia...masa tu aku dah x larat sangat dah, aku gagahkan jua mendengar demi sahabat aku ni...kesian kat dia...

dlm kul 9.30 mlm dah abis borak2 dgn tina aku ajak hakimi masuk tidur...dia taknak...alahai...kesian anak aku...tak cukup masa nak bermanja agaknya...last2 aku terpaksa la menipu..."ada cicak" aku kata...hehe..dia geli dengan cicak...aku kata lagi..."cicak x kacau orang yang dah tido...jom kita tido..." dia pun terus tarik tangan aku masuk bilik...hehe...taktik aku menjadi...tapi sungguh bukan aku sengaja tapi badan aku ni dah x larat dah....lesu betul rasanya....sampai shah balik keja pun aku x sedar..sedar2 dia dah ada kat sebelah je...maafkan ita ye bang...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum