Assalamualaikum semua, terbaca pasal pattern serangan Covid 19 yang berbeza sekejap tadi dari dinding facebook seorang Dr.. bagaimana ada pesakit yang positif dalam masa yang sama isteri atau anak tidur sekatil tidak pulak positif.. ada yang berjangkit hanya bila berkongsi makanan dengan rakan sekerja.. Mula ada pertikaian juga adakah kaedah pengujian yang digunakan untuk mengesan Covid19 itu sesuai, betul atau pun tidak? Jadi aku rasa terpanggil nak cerita la pasal ujian RT-PCR vs RTK-Antigen Covid19 ..
Ujian RT-PCR vs RTK-Antigen Covid19 - kredit gambar google. |
Kalau ikutkan PCR telah lama dinobatkan sebagai gold standard bagi mengesan kebanyakan penyakit tapi kena ingat setiap ujian akan ada ketepatan masing-masing.. mengapa ada sesetengah penyakit masih lagi mengunakan cara konversional berbanding PCR.. sebabnya kena tengok kepada apa yang kita nak cari.. kena kenal dulu penyebab.. dalam kes ni kena kenal Covid 19 tu sendiri macamana..
Siapa yang pernah membuat ujian di makmal pasti tau PCR telah terbukti boleh mengesan walau sebesar zarah cebisan dari virus atau microorganisma mana-mana pun.. tapi adakah itu yang kita cari? ada kes yang kita cuma dapat cebisan virus dan keputusan akan jadi positif.. adakah kita tetap kata mereka ini positif? Belum lagi untuk kes Covid 19 ni saintis kita perlu mencari RNA untuk ditukarkan kepada DNA.. untuk membuat pengasingan virus ni je kalau orang yang menjalankan tidak competent (mahir) kemungkinan yang dicari langsung tidak ditemui.. banyak hal juga mempengaruhi.. kes yang banyak jadikan staff terlalu penat pun mempengaruhi.. kerana ujian ini memerlukan kepantasan fizikal dan kekuatan mental untuk fokus..
Bagi ujian RTK-Antigen pulak ianya adalah rapid test.. iaitu kaedah ujian segera yang dijalankan bagi mengesan virus.. kena tau juga ketepatan ujian ini dikatakan hanya 90%.. jadi jika dalam 100 orang yang diuji kemungkinan 10 orang akan menunjukkan keputusan samaada false negative atau false positive itu ada..
Tengok pula pada ujian mengesan antibodi.. perkara yang sama juga dengan antibodi.. jika seseorang itu dikesan mempunyai antibodi terhadap sesuatu penyakit.. ianya tidak dikira sebagai positif kecuali orang itu mempunyai simptom.. istilahnya.. positive antibodi doesn't mean that you are positive.. adakah ianya juga terpakai dalam kes Covid 19 ini?dalam haiwan dan dalam manusia pun ada sesetengah penyakit jika ada antibodi bukan bermakna ada penyakit.. mungkin juga mereka terdedah dengan virus tapi tidak memberikan kesan yang teruk tapi cuma berjaya membuat individu itu menghasilkan antibodi sama macam bila kaedah vaksin digunakan.. kena baca pasal natural active immunity juga..
Perlu juga dilihat kemungkinan mengenai pembawa (carrier).. ada banyak penyakit yang ada pembawa yang membawa penyakit ini tetapi tidak memberikan kesan apa pun ke atas pembawa.. jadi adakah perlu kita kenalpasti siapa pembawa.. apakah kategori atau ciri-ciri pembawa.. siapa yang benar-benar penghidap?
masih banyak kajian perlu dilakukan.. di samping hanya isolation dibuat.. kita masih jalankan kajian untuk semua penyakit yang ada dalam dunia ni.. inikan pula Covid19 yang masih dikira sangat baru ini.. dan saya yakin rakan-rakan di IMR sedang bekerja keras untuk itu.. dan saya amat yakin mereka juga sedang bekerja keras untuk mungkin menghasilkan vaksin kita sendiri.. saya yakin IMR mempunyai kemampuan lebih daripada itu berdasarkan rekodnya dikenali dunia dalam bidang penyelidikan..
saya doakan semua yang sedang bertarung dengan dengan Covid 19 ini untuk terus kuat dalam memerangi virus ini.. kita bukan hanya sedang berperang tanpa senjata.. kita juga berperang dengan separuh bala tentera yang tidak pernah pun diberi latihan mengenai peperangan seperti ini..
saya menulis berdasarkan pengalaman pernah bekerja di makmal dan juga pengalaman berada seketika di IMR.. ini pendapat peribadi saya..
*terasa pelik pulak bangun pagi tetiba tulis benda ilmiah.. apa aku mimpi semalam 😅 Salam Jumaat *update dari post asal aku di facebook..
Ceritaita
ok je ilmiah, dapat info baru bagi pembaca :)
BalasPadamsemoga kita semua dilindungi dan baik baik saja :)
BalasPadamNice sharing :)
BalasPadamGood sharing aku pun selalu blur2 pasal ni
BalasPadam