Selamat tahun baru 2021 dan azam tahun baru - Cerita Ita                                                             Selamat tahun baru 2021 dan azam tahun baru Langkau ke kandungan utama

Selamat tahun baru 2021 dan azam tahun baru

Assalamualaikum semua, alhamdulillah dah masuk 2 hari di tahun baru 2021 hari ni.. nak curi masa jugak tulis blog pada tarikh cantik 2.1.21..harap-harap sempat.. Selamat tahun baru 2021 korang.. semoga tahun baru ni akan memberikan lebih kebahagiaan buat semua orang.. amin.. 

Selamat tahun baru 2021 dan azam tahun baru


banyak cadangan aktiviti nak dibuat pada hujung minggu tahun baru ni kononnya.. berangan nak berjalan dengan anak-anak.. berangan nak pergi berjalan di taman.. berangan jugak nak tanam pokok sayuran di kawasan rumah.. nak semai benih maksud aku.. lepas tu nak kemaskan mana-mana pokok sedia ada.. 


belum lagi berangan nak berjalan makan kat luar sekejap sekitar JB ni.. memburu makanan sedap atau memburu makanan viral di JB.. sejak sampai sini belum berpeluang pun.. kot la dapat merasa mana tempat ada cendol sedap ke.. atau mee bandung muar yang sedap di JB.. 


tapi sudahnya hujan lebat selama 2 hari berturut-turut sehingga ke masa ini macam takde tanda nak berhenti ni buat kami semua akhirnya terperangkap saja di rumah.. nak balik kampung pun rasa tak sedap hati.. rupanya patut rasa tak sedap hati.. banjir melanda di sana sini.. 


tambahan pulak kes covid 19 yang makin mencanak naik.. jadinya kita tangguhkan dulu la niat yang ada terutama nak berjalan-jalan ke sana sini tu.. bukan apa.. kami ni ada anak kecil.. yang tak reti pakai mask pun.. risau risiko untuk dia je.. terbayang kes yang hanya seorang anak kecil umur 4 bulan yang positif dari satu keluarga.. yang lain semuanya negatif.. mungkin juga la tidak memakai mask tu salah satu penyumbang jangkitan kan.. wallahu a'lam..


apa pun kita terus je la doa yang baik-baik untuk tahun baharu ni.. kita kena jaga kita dan keluarga tersayang.. azam aku pada tahun 2021 ni.. nak teruskan berdiet dengan diet suku suku separuh.. nak permudahkan urusan orang lain kerana Allah.. nak lebih gembirakan hati orang tua selagi ada kesempatan.. nak laksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam yang sempurna.. dan nak luangkan masa lebih dengan semua kesayangan dalam hidup.. semoga salah satu hajat ni dengan jayanya.. InsyaAllah! 


Ceritaita




Ulasan

  1. Happy New year. Semoga azam tahun ni tercapai

    BalasPadam
  2. Betul3, teruskan doa yang baik2 untuk 2021 🤗

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam. selamat tahun baru ^_^

    BalasPadam
  4. Selamat Tahun Baru.. semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya..
    Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik & dipermudahkan urusan dunia akhirat :)

    BalasPadam
  5. selamat tahu baru ita dan happy birthday

    BalasPadam
  6. Happy New Year! Yesss, stay safeeeee..Amin untuk segala doanya ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat