Hati-hati Sc@mmer di Email! - Cerita Ita                                                             Hati-hati Sc@mmer di Email! Langkau ke kandungan utama

Hati-hati Sc@mmer di Email!

Hati-hati Sc@mmer di Email! 

Scammer
Hati-hati menggunakan internet


Assalamualaikum semua,  korang biasa tak dengar orang kena scam melalui email. Kiranya macam ada yang kata kena scam akaun bank atau email, lepas tu ada yang akan tanya ada tak tertekan apa-apa link yang mencurigakan? 



Haa..  ni aku nak bagi peringatan sikit. Terutama jika selalu guna email dan terima email yang mencurigakan macam kat atas ni. Kan dia ada tulis "Sesiapa yang tak buat pengesahan email takkan boleh bukak email lepas tarikh dia bagi tu." 

Ajer la,  bila baca macam tu mau panik kita dan terus klik link tu dan login balik email kita kat situ kan? Itulah sebenarnya scammer ni nak. Supaya senang dia dapatkan data untuk login tu. Lepas tu senang la disalahguna pulak semua data tu.

 

Jadi apa patut kita buat kalau dapat email yang macam ni? Mehlah ikut cara-cara kat bawah ni. 



Langkah pertama 

Perhatikan yang kat gambar tu,  bila jumpa je email macam ni korang kena klik yang ada tulisan kat anak panah merah tu. 



Langkah kedua 

Korang tengok apa yang keluar bila klik tulisan tu. Nampak alamat penuh penghantar kan? Dan sah-sah la macam pelik kan? Sebab kat depan tadi nama Yahoo.. tetiba eh.. ntah email orang mana ntah yang muncul. Haa ini la yang kena perhatikan sebenarnya. 



Langkah ketiga

Apa lagi nak buat? Lepas nampak email pelik-pelik tu sepatutnya tanpa ragu-ragu, email ini haruslah dicampakkan ke dalam fail "Spam" supaya tiada lagi kemungkinan menerima email macam ni di masa akan datang. 


Tapi korang kena sentiasa beringat ok. Bukan satu je email yang diorang ni guna. Tak dapat yang ni dia cuba lagi email lain. Begitulah seterusnya.  Sampailah dia berjaya.  Sentiasalah berhati-hati bila gunakan semua saluran di internet sekarang ni. Salah klik je boleh bukan-bukan jadinya. 

Ceritaita




Ulasan

  1. Oo..tapi selalunya kita buat taktau je hehe

    BalasPadam
  2. selalu juga kena tapi mmg kena sentiasa hati2 sebab kdg2 nama sender tu org yg kita kenal

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...