Sarapan berharga Seringgit di Kluang! - Cerita Ita                                                             Sarapan berharga Seringgit di Kluang! Langkau ke kandungan utama

Sarapan berharga Seringgit di Kluang!

Sarapan berharga Seringgit di Kluang! 

Sarapan berharga Seringgit di Kluang


Assalamualaikum semua, selamat kembali dari bercuti panjang semua. Semua dah mulakan tugas rutin seperti sediakala kan. Ada juga yang masih terpaksa cuti disebabkan masalah kesihatan. 


Aku pun sama ada batuk sikit. Dah buat ujian Covid pun, alhamdulillah masih negatif. Risau jugak sebab baru ni ada staff di pejabat kami yang positif Covid. Mujurlah keputusan ujian aku masih negatif. 

Budak kecik ni biasa nak roti kosong je


Tapi aku bukan nak cerita pasal Covid. Aku nak cerita pasal kami makan di Kedai Makan kawan yang hidangkan sarapan RM1 untuk setiap hidangan kat kedai makan dia. 

Geng Belakang ni order macam aku roti canai telur

Roti Canai Telur


Tawaran promosi ni cuma berlangsung pada setiap hari Jumaat saja dari pukul 6.30 pagi sampai ke 10.00 pagi. Kawan aku ni dah lama buat promosi sebenarnya. Tapi kami pun baru sekali ni la berpeluang pergi. Itu pun berkejar dengan anak-anak nak ada kelas tambahan UPKK. 


Antara menu yang dihidangkan yang berharga RM1 tu ialah macam kat bawah ni :


SARAPAN PAGI RM1


😊 MAKANAN

📌Roti canai RM1

📌Roti telor RM1

📌Mee goreng RM1

📌Mee hoon goreng RM1

📌Nasi goreng RM1

📌Telor mata RM1

📌Telor rebus RM1


😊 MINUMAN PANAS/SEJUK

📌Teh  RM1

📌Teh O RM1

📌Kopi RM1

📌Kopi O RM1

📌Nes RM1

📌Nes O RM1

📌Milo RM1

📌Milo O RM1

📌Lemon RM1

📌Limau RM1

📌Sirap RM1

📌Sirap bandung RM1

📌Air suam free

📌Air kosong free


Banyak kan menunya tu? Makanan dan minuman dia insyaAllah sedap la pada tekak kami sekeluarga. 


Baru ni kami cuba roti canai dan roti telur. Rotinya lembut dan karinya berasa la. Berbaloi sangat dengan harga yang sangat murah tu. Sesiapa yang berminat bolehlah singgah. Tapi aku tak pasti ya promosi jualan ni sampai bila. Kalau nak tau boleh pergi kedai dan tanyakan terus.  Alamat kedai makan aku ada kongsikan kat bawah ni. 

Gambar Kedai makan dia dari arah depan


Alamat : GERAI NO10, MEDAN SELERA, TAMAN INTAN, 86000 KLUANG, JOHOR


Masa : 6.30 pagi hingga 10.30pagi


Ceritaita

Ulasan

  1. Huyyooooo, baguslah offer gini sesekali .. Moga dilimpahkan rezeki buat si peniaga...

    BalasPadam
  2. Tengok pun tau sedap roti canai tu sebab garing dan tak berminyak sangat.. Saya suka jenis macam tu.. Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, susah cari makanan RM1, tak sangka masih ada org berniaga sambil beramal.. Semoga tokey kedai terus diluaskan pintu rezeki..

    BalasPadam
  3. fuyoo murahnya ita tak sangka masih ada yg jual semurah tu. makanan pun nampak sedap2 tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum