Veterinar : Kerjaya dan kehidupan sebagai Doktor Veterinar - Cerita Ita                                                             Veterinar : Kerjaya dan kehidupan sebagai Doktor Veterinar Langkau ke kandungan utama

Veterinar : Kerjaya dan kehidupan sebagai Doktor Veterinar

Kerjaya dan kehidupan sebagai Doktor Veterinar

Amaran : entri ini mungkin mengandungi gambar yang menyebabkan anda berasa ngeri.

Assalamualaikum semua,

dari mula aku berblog dulu aku dah berkira-kira nak kongsikan ke tidak pengalaman aku ni.. tapi lepas aku terima mesej di facebook dan terima mesej dari whatsapp aku terus rasa memang aku patut kongsikan serba sedikit pasal kerjaya sebagai Doktor Veterinar atau lebih dikenali sebagai Doktor Haiwan pada zaman-zaman dulu..

veterinary
Gambar hiasan - doktor veterinar (hihi)

Minat menjadi seorang veterinar

Nama aku Rozita.. eh ke korang dah kenal?... hehe... aku mula menanamkan minat nak menjadi Doktor Veterinar sejak tingkatan 4 lagi tau... zaman tu dah duduk asrama.. zaman tu kan zaman takde nak  IT bagai kan? jadinya semua permohonan untuk masuk universiti pada masa tu menggunakan borang manual... ye adik-adik jaman IT..jangan nak terkejut sangat ye... akak zaman dulu kala... memang guna borang manual lagi... siap kena beratur beli lagi ko... kalau tak.. ko tak merasalah nak masuk universiti... (tetiba terasa tua pulak...eh)

disebabkan menggunakan borang manual tu maka ada lah disertakan buku panduan untuk mengisi borang tu macamana...kalau tak nanti mesti ada je yang salah isi kang..makanya kat buku tu ada jugak tulis jurusan yang korang nak mintak berdasarkan keputusan SPM korang tu nanti...dan bermula dari situ la..aku terjumpa buku yang dah digunting-gunting tu dalam bilik prep masa masuk asrama di awal tingkatan 4.. masa tu aku baca jurusan Doktor Perubatan Veterinar.... haaa... sound interesting (cakap orang putih la pulak).. aku simpan buku tu sama macam aku simpan azam aku mesti jadi Doktor Veterinar satu hari nanti...

Segalanya bermula

macam aku cerita kat atas tu pembelajaran aku bermula apabila aku mula mengabiskan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1996.. selepas tu aku memohon untuk masuk ke matrikulasi... pada masa aku matrikulasi dia tak buat berpusat macam sekarang ni... korang kena siap-siap mintak matrikulasi yang disediakan oleh universiti yang menawarkan jurusan yang korang nak tu... jadi memang kena siapkan matlamat dari awal lagi...

dan disebabkan aku dah memang berazam nak jadi seorang veterinarwan maka aku pun mohon untuk matrikulasi UPM (Universiti Putra Malaysia)... tapi disebabkan aku lambat sikit masuk ke matrikulasi maka aku sempat lagi la masuk ke Sekolah Tinggi Kluang untuk belajar Tingkatan Enam bawah selama sebulan... tapi serius ok.. apa yang aku belajar sebulan tu sebenarnya dicover selama setahun dalam matrik... memang tak tipu.. jadi siapa yang gagal matrik.. korang memang sebenarnya banyak main-main sebab level korang sebenarnya jauh sangat dibandingkan dengan lepasan STPM... aku memang sampai sekarang kagum gila dengan orang yang dapat cemerlang dalam STPM tu...

selepas setahun di matrikulasi, baru la kami diminta untuk memohon jurusan yang kami inginkan di UPM... maka aku dengan yakinnya menulis Doktor Perubatan Veterinar sebagai pilihan... kami kena isi lima pilihan ... aku dah tak ingat dah apa yang aku pilih... mak dengan abah macam biasalah... memang ikut je mana yang baik bagi anak-anak.... tapi antara saat yang aku tak boleh lupa la... bila dapat surat pengesahan dari UPM mengatakan permohonan aku tu diluluskan... alhamdulillah..

dan bermula tahun 1998 cabaran sebagai pelajar universiti di jurusan Doktor Perubatan Veterinar bermula...di sini la cabarannya bermula...

aku merupakan pelajar gred biasa-biasa dari sekolah rendah dulu pun... takde yang dapat nak dibanggakan sangat pun.. cuma mungkin bernasib baik atas usaha... jadi lima tahun di universiti cukup mengajar erti hidup... cukup menjadikan aku kurus... ya 5 tahun kena berjuang bermati-matian... haha... ambik... baru ko tau langit tinggi rendah ita... haha... memang kalau ada yang suruh ulang dengan berbayar pun aku rasa tak sanggup la.. (tapi tengok jugak berapa ko nak bayar kan...hehehe..)

buktinya aku masuk universiti dengan berat 55 kg ...keluar lima tahun lepas tu jadi berat 45 kg... mesti korang cakap eleh 10 kg je pun... tapi memang ketara ko kurusnya aku masa tu... huhu... (mana la datang lemak sekarang ni ntah...)

masa tu baru sedar bestnya kalau waktu cuti dapat join kawan-kawan ke sana sini... sebabnya kami cuma merasa cuti semester yang betul-betul cuti semester terakhir adalah pada tahun 2 di universiti... masuk je tahun 3 terus takde istilah cuti bagi budak vet macam kami... dipenuhi dengan jadual praktikal dan putaran tugasan klinik  yang agak padat... huhu...sampai nak jumpa kawan sekelas dalam tahun terakhir pun berhai-hai je di jalanan.... huhu...stress ek baca pengalaman aku...haha... jangan stress la... belajar je pun... keja lagi stress kot...






Kerjaya sebagai pegawai veterinar

kerjaya aku pulak bermula pada tahun 2003 lepas beberapa bulan aku abis belajar... tempat kerja pertama cuma bertahan selama sebulan di Melaka.. lepas tu dapat rezeki ke Pahang sebelum masuk kerja dengan kerajaan sehingga sekarang ni...

alhamdulillah aku suka dengan kerja aku setakat ni.. belum lagi rasa tersalah pilih jurusan ke apa ke... semoga selamanya macam ni la...

aku nak kongsikan beberapa gambar yang agak menarik sepanjang bertugas selama ni...meh tengok...

ular sawa albino.. tahun 2014


ikan paus di kuala rompin - tahun 2008
ikan paus di kuala rompin - tahun 2008 (bersama rakan sepasukan)

ikan paus di kuala rompin - tahun 2008 

p/s perut jadi lapar bila menaip panjang-panjang..lelagi bila nampak kek red velvet yang sedap macam ni...huhu..

Ceritaita



Ulasan

  1. Ngerinyaaaaa. Tapi best la kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. shehan...ni pun gambar dah tapis2 ni..kalau tak lagi la 21SG..haha

      Padam
  2. hai doc.. sy vet ass di perak.. :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai en, tau..suka baca blog awak..suka sbb ada org yg kongsi minat yg sama..blogging n vet..teruskan menulis..i'm ur follower.. ;)

      Padam
    2. yeke doc.. x sangka.. hihi.. x sangka de dlm geng kbba gak.. boleh la tanye pasal haiwan kat doc ni klu de kemuskilan.. doc jabatan pe? sbb nampak macam haiwan liar.. perhilitan ye... hihihi

      Padam
    3. makmal en.. bab klinik awak lg expert kot.. saya deal dengan haiwan yang dah mati je..huhu

      Padam
  3. Mak aihh ular sawa tu
    Ngeri nengoknye

    Ooo ada paus ye kat kuala rompin dulu kak

    Kak ita tua dua thn je lah maknanya dr LM. Saya spm 2008

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. ko dah kenapa dik? tu la pelik gak bila ko kata thn 2008 tp ada anak beso panjang dah..hahaha

      Padam
  5. Wahhh... Rajin akak blogging ek. Saya dah lama tak update blog nie.

    BalasPadam
  6. ko pun rajin dulu kan? sambung la dobot..

    BalasPadam
  7. tahniah ! belanja sandwich subway doc !

    BalasPadam
  8. Doctor, nak tanya pasal kucing boleh tak?

    BalasPadam
  9. Assalam doktor. Sye nk tnye sye ade anak kucing umur 3 hari. Mata belum buka lg tp sye prasan matanye mcm bengkak n benjol due2 belah. Da mcm mata belalang da. Ank2 kucing yg laen ok je matanye. Yg sekor ni je. Bile sye pegang kt mata die rse lembut mcm ade air dlm 2. Sye x tau die sakit ke ape sbb mata die blom bkk kn. So patut ke sye bawak die ke vet? Sye takut die mati je sbb kecik sgt lg. Hrp doktor dpt bg suggestion. Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Assalam doktor. Sye nk tnye sye ade anak kucing umur 3 hari. Mata belum buka lg tp sye prasan matanye mcm bengkak n benjol due2 belah. Da mcm mata belalang da. Ank2 kucing yg laen ok je matanye. Yg sekor ni je. Bile sye pegang kt mata die rse lembut mcm ade air dlm 2. Sye x tau die sakit ke ape sbb mata die blom bkk kn. So patut ke sye bawak die ke vet? Sye takut die mati je sbb kecik sgt lg. Hrp doktor dpt bg suggestion. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya nasihatkan bawak je ke mana-mana klinik veteterinar berdekatan untuk khidmat nasihat..

      Padam
  11. Eh, kita sezaman time matriks ..
    Teringat kena beratur panjang nak beli borang matriks tu kat pejabat pos ...
    Kagum dgn doktor haiwan ... saya ni penakut, dulu berangan nak jadi doktor, so ambil aliran sains, tapi baru saya tau saya ni takut darah time kelas biologi ... lepas tu mmg tak lah nak jadi doktor ....

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum Doc,saya sek menengah..impian nk jadi vet dri kecik lagi tapi bio saya okay2 je..agak2 sesuai x doc jadi vet?sbb saya tkut tersalah pilih nnt

    BalasPadam
  13. Assalammualaikum doc..saya sek men . Impian nk jadi vet dri kecik lagi senanya..saya minat bio,tapi bio saya okay2 je doc..nk tnya pendapat doc,sesuai x klu saya nk jadi vet?saya tkut tersalah pilih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum