Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Pokok Dukung Anak dan khasiatnya

assalamualaikum semua,

terlebih rajin hari ni nak ceritakan khasiat satu pokok yang biasanya kehadirannya tak disedari oleh orang pun... Pokok yang aku maksudkan adalah pokok dukung anak.. ada jugak orang panggil pokok kelek anak...kalau ejaan lama jadi pokok dokong anak... eh ye ke? hahaha... memandai je ita... tapi ejaan tu tak menjadi hal la.. yang penting kena ceritakan apa khasiat pokok ni dulu... yang ni memang patut kongsi..

tapi sebelum kita nak kongsikan khasiatnya dah tentu kita kena kenal dulu pokoknya kan? jadinya aku adalah buat sedikit kajian dari google dan blog Khasiat herba yang banyak membantu... aku rumuskan je la hasil carian ok...

pokok kelek anak
pokok dukung anak - gambar google


Pokok Dukung Anak
Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Famili: Eurphorbiaceae
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian

asalnya dulu orang banyak ceritakan kegunaan daunnya pokok dukung anak ni untuk kes bayi yang mengalami demam kuning atau jaundice.. cara yang digunakan adalah memandikan bayi yang kena demam tu dengan air rebusan pokok dukung anak ni.. aku sendiri tak pernah cuba jadi tak tau la menjadi ke tak... tapi menurut blog khasiat herba memang ada kajian yang dibuat untuk mengkaji fungsi pokok ini melindungi hati..
ada jugak khasiat lainnya yang digunakan orang untuk merawat luka, asma, dan hepatitis B.

Banyak jugak rupanya khasiat pokok yang cuma tumbuh melata dan selalunya orang tak perasan pun ianya wujud ni... dan hari ni aku nak cuba kongsikan khasiat yang mungkin masih ada yang orang yang tak tau... khasiat pokok dukung anak dalam merawat penyakit darah tinggi...

yang ini sebenarnya hasil dari percubaan mak aku sendiri la... yang mana kalau korang nak tau mak aku adalah penghidap penyakit 3 serangkai yang amat popular di Malaysia... dah puas jugak berulang alik ke hospital... Penyakit 3 serangkai yang mak aku tanggung adalah kencing manis, darah tinggi dan jugak sakit jantung... buat masa ni mak memang kena makan semua ubatan mengikut jadual...

sejak tahun lepas mak dah mula rasa tak sedap badan akibat penggunaan ubat yang banyak.. jadi mak aku cuba cara perubatan lain yang boleh... antaranya mak pernah minum susu 'mahal'...minum jugak pati delima... dan berbagai herba lain la... dan yang terbaru mak cuba cadangan dari kawan dia yang suruh dia cuba minum air rebusan dari pokok dukung anak...

ini sepokok dengan akarnya

nampak tak anak yang didukung tu?  ;)


resepi ramuan pokok dukung anak bagi penyakit darah tinggi yang mak aku cuba ni sangat senang sebenarnya... korang ambik je pokok dukung anak tu sepokok dengan akar-akarnya sekali..cuci bersih dan kemudiannya rebus bersama 2 gelas air... rebus sehingga air tu jadi segelas air dan minum la air tu selepas disejukkan.. tapi ada pesanan dari mak aku.. Cik Jemah pesan yang air rebusan ni cuma boleh diminum setiap 2 minggu sekali je... bukan apa..risau nanti darah turun terlampau pulak kang...

dan setakat ni alhamdulillah lepas mak cuba darah tinggi mak dah kurang banyak dari sebelum ni.. kalau dulu doktor suruh mak makan ubat darah tinggi sampai 1 1/2 biji sekali makan.. sekarang ni cuma tinggal 1/2 biji je sekali makan.. nampak berkesan dan bagus untuk mak..alhamdulillah.. setelah sekian lama mak mencari penawar...

bagi yang nak cuba...silakan... tapi ingatlah setiap ubat tu bukanlah ubat tu semata yang menyembuhkan tapi Allah jualah Yang Maha Penyembuh.. ubat tu merupakan usaha kita untuk sembuh tapi untuk sembuh bukan semata-mata bergantung dengan ubat... semoga ada yang dapat manfaat dalam perkongsian ini ye... kalau ada orang yang tau pasal tumbuhan ini dan kesan sampingannya tolong kongsikan juga ye... tolong tinggalkan komen...maaf jika salah info yang aku beri ni.. aku bukan doktor tumbuhan... cuma doktor haiwan picisan.. huhuhu...


p/s alhamdulillah gotong royong berjalan lancar... insyaAllah boleh dapat hasil bumi percuma selepas ni... hehehe..

Ulasan

  1. bagus jugak kan dapat baca ni dapat jugak ilmu ;)

    BalasPadam
  2. kat dalam pasu bunga banyak sangat tumbuh tapi kita cabut buang je..nak cuba try lah rebus..bab memang kite ada darah tinggi

    BalasPadam
  3. Kat rumah mmg banyak sangat pokok dukung anak ni...mmg nak cuba sangat sbb salah satu rawatan untuk berak berdarah. Nak cuba amalkan minum air rebusan dukung anak. Ehhh sis pun doktor veterinar yer...Sya plak dulu-dulu bercita-cita nak jadi doktor veterinar tapi cita-cita tidak kesampaian...Cuma cita-cita tu hanya di terapkan pada petshop & pethotel :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, mohon saya menambah ya. saya ini alhamdulillah sihat, syukur ke hadrat ilahi. cuma saya ini suka dngan herba2 ni, dan benar saya memang meminum air dukung anak ini, tetapi pahitnya masyaAllah, ubatkan. dukung anak ini diperkenalkan oleh isteri saya bila saya check colestrol saya agak tinggi 4.5. jd isteri ambil satu pokok, cabut berserta akar, cuci dan rebus, kemudian dia bagi minum segelas yg suam suam, alhamdulillah, hasilnya memang menurun. minggu lepas saya sendiri buat, cuma, saya salah minum sepattnya 2 minggu sekali kalau penyakit kronik, kalau tidak, amal sebulan sekali atau 2 bulan sekali. tp saya minum 2 kali dalm minggu lepas, hasilnya darah saya juga turun mendadak dan pening. jadi pesan saya herba ini mudah didapati dan mudah untuk di buat tapi jangan minum tentu hala ya...baiknya 2 minggu sekali kalau yg ada sakit, kalau x ada sebulan sekali. yang menyembuhkan itu Allah, ubatan ini hanya asbab. in sha Allah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus