Box of Joy dari LAZADA ! - Cerita Ita                                                             Box of Joy dari LAZADA ! Langkau ke kandungan utama

Box of Joy dari LAZADA !

assalamualaikum semua,

lama menyepi kan ? sebabnya tuan blog ni masih lagi di fasa demam yang masih belum kebah.. tapi tetap jugak nak kongsikan satu benda yang mengembirakan dan best dari LAZADA.. tentunya mengenai Box of Joy yang berisi bermacam benda dari LAZADA ni.



sebenarnya aku pada awalnya dah terlepas peluang nak dapatkan Box of Joy dari Lazada tapi memang tiada siapa menduga tau.. sememangnya rezeki tu sudah ditentukan dan akhirnya dapat jugak peluang antara yang bertuah untuk dapat kotak yang penuh dengan bermacam barangan dari Lazada ni.. alhamdulillah.. dan yang paling teruja nak tengok apa isi dalam kotak ni tentunya la anak-anak kat rumah ni..

Kandungan Box of Joy Lazada 


meh kita tengok apa je barang yang ada dalam kotak Box of Joy dari Lazada ni..


antaranya ialah :

Beg Ola Bola Milo 
VR Box
Botol Air Minuman Lazada
Sampel Drypers Touch
Nescafe (White Coffee Pandan)
Mi Maggi OatMee (Perisa Kari)
Mi Maggi Royale (Thai Seafood TomYam)
Nestle Cerelac NutriPuffs (Pisang + Strawberi)
MamyPoko Gentle Baby Wipes
Nestle Just Milk 
Patung Bear Cute dari FoodPanda
ada jugak Car Sticker dan jugak voucher






untuk korang semua yang ada rasa macam WOW bila baca apa yang ada dalam kotak ajaib Lazada ni tapi kalau tanya aku tentunya aku akan cakap yang dpat masa batch pertama tentunya lebih wow.. haha.. dasar tak bersyukur Ita.. tapi syukur jugak la masih ada peluang untuk aku.. cuma aku rasa lebih wowo kalau dapat yang scandisk tu... huhuhu...

dan korang yang membaca tentunya lebih tertarik kalau tau yang Lazada tengah buat jualan promosi besar-besaran mulai dari 11.11.2016 aritu sampailah ke 12.12.2016 nanti tau.. pelbagai promosi dan yang disediakan.. dan kalau nak tau semua barangan yang dihantar dalam kotak box of joy lazada ni  pun semuanya adalah barangan yang terlibat dalam promosi ni tau.. pergi la jengah LAZADA untuk tengok.. 

buat yang tak pernah lagi membeli dengan Lazada ni aku nasihatkan boleh klik banner yang ada kat bawah header Cerita Ita dan gunakan kod voucher untuk tu untuk tebus lagi diskaun sehingga 20% tau.. jadi jangan lepaskan peluang ni tau.. atau kalau korang rasa susah.. klik je yang ada kat bawah ni haa... lagi mudah..







korang godeh-godeh dulu web Lazada tu untuk pilih yang mana korang berkenan di hati smentara aku nak tinjau apa lagi barangan yang ada dalam Box of Joy Lazada ni ok.. nanti aku akan kongsikan lagi apa yang menarik dari semua barangan yang ada dalam box ni ye.. jumpa lagi..

Ulasan

  1. yeahh yanie pun ada dapat gak.. tp cam best je dapat VR Box..yanie dapat lain..huhu


    Jom join contest utk menangi hadiah produk dari Cosmoderm: http://yanieyusuf.com/2016/12/exclusive-kuala-lumpur-modest-fashion-week-2016/

    BalasPadam
  2. wah jelesnya. dapat VR BOx. hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...