Mana nak beli baju sekolah murah ? - Cerita Ita                                                             Mana nak beli baju sekolah murah ? Langkau ke kandungan utama

Mana nak beli baju sekolah murah ?

assalamualaikum semua,

sebenarnya ni cerita pembelian baju sekolah yang aku dapat kumpul dari keluarga dan kawan-kawan yang sudi berkongsi tempat yang menjual baju sekolah dengan harga yang murah dan sangat berbaloi..


wajah anak-anak yang ceria nak bersekolah



kalau aku sendiri sebenarnya simpan je duit untuk beli di kampung kami di Kluang sebab tahun lepas kami berpeluang beli baju sekolah berkualiti jenama Eureka dengan harga yang murah di sebuah kilang di Jalan Yap Tau Sah Kluang.. baju cuma rm13-15 dan seluar cuma rm15 tapi sayangnya tahun ni kilang tu dah bukak jualan untuk orang luar lagi.. banyak kehilangan katanya..

jadinya menjajau la kami ni mencari dari kedai ke kedai untuk dapatkan baju sekolah untuk anak-anak.. maklum la tahun depan abg ngag dah naik Darjah 1, jadinya akan ada 2 orang anak yang perlu disediakan persiapan untuk persekolahan pada tahun depan..

jadinya kami ni gigihlah mencari kedai mana yang betul-betul memberi harga patut di dareah Kuantan ni.. bermula dari Pusat Pakaian Hari-Hari, Pasaraya Berjaya Ekonomi, Pasaraya Ten-Ten dan Pasaraya Sakan kami pergi.. 

dan akhirnya kami dapat yang sesuai di Pasaraya Sakan.. ada jugak info dari along dan kawan-kawan katanya PasarayaKu pun jual baju sekolah murah.. tapi aku tak sempat pergi lagi sebab agak jauh dari rumah kami.. mungkin hari ni kalau takde aral nak jenguk jugak.. sebab baju sekolah Kafa warna biru belum lagi kami belikan untuk anak-anak..

kalau tahun lepas kami ada jugak singgah di Pasaraya Borong MM untuk beli baju sekolah putih yang kain koshibo cuma rm13 je sehelai.. seluar sukan pun murah sangat kat situ.. cuma rm10 sehelai dengan kualiti yang agak baik.. lebih kurang jika dibandingkan dengan Pasaraya Sakan yang ada menjual baju kemeja putih lengan pendek dengan RM14.90..

Ulasan

  1. Bila mencari baju sekolah memang kena banyak jalan dan bandingkan harga.. Sha pun buat macam tu... Baru rasa berbaloi beli..

    BalasPadam
  2. Mahal skang baju skola kalu x bebetul cari.
    RM14.90 tu da kira murah sgt tu.
    Aida beli sepasang RM40. Pon da bersyukur alhamdulillah.
    Kalu kat melaka ni, area kg jawa.
    Memang feveret place aida beli baju skola anak dari dulu.

    BalasPadam
  3. @Shahida Dzulkafli
    *PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH SERENDAH RM5*👕👕👖👖👖


    *JENIS KAIN 'COTTON'*

    *SEKOLAH RENDAH*

    *SELUAR LELAKI RM10*💁🏻‍♂

    *SAIZ*-22,23,24,25,26,27

    *KAIN PEREMPUAN RM5*💁🏻

    *SAIZ*-22,24,26,S

    *SEKOLAH MENENGAH*

    *SELUAR LELAKI RM10*💁🏻‍♂

    *SAIZ*-21,22,23,24,25,26,27,30,31,32,33,34,35,36

    *KAIN PEREMPUAN RM5*💁🏻

    *SAIZ*-S,M

    *SAMPING* RM5
    *saiz* S,M,L,XL,DAN XXL

    *SRJKC SHORT PAN RM5*

    *SAIZ* '5-6'
    '7-8'
    '9-10'
    '11-12'
    *SRJKC PINAFORE RM5*

    *SAIZ*24,26,28,30,32,36,38,40

    *SMK PINAFORER RM5*

    *SAIZ*S,M,L,XL

    sebarang pertanyaan boleh whatsapp:-📱📱📱

    http://www.wasap.my/60176045406

    *UNTUK POS,BUYER TANGGUNG YA*

    BalasPadam
  4. *PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH SERENDAH RM5*👕👕👖👖👖


    *JENIS KAIN 'COTTON'*

    *SEKOLAH RENDAH*

    *SELUAR LELAKI RM10*💁🏻‍♂

    *SAIZ*-22,23,24,25,26,27

    *KAIN PEREMPUAN RM5*💁🏻

    *SAIZ*-22,24,26,S

    *SEKOLAH MENENGAH*

    *SELUAR LELAKI RM10*💁🏻‍♂

    *SAIZ*-21,22,23,24,25,26,27,30,31,32,33,34,35,36

    *KAIN PEREMPUAN RM5*💁🏻

    *SAIZ*-S,M

    *SAMPING* RM5
    *saiz* S,M,L,XL,DAN XXL

    *SRJKC SHORT PAN RM5*

    *SAIZ* '5-6'
    '7-8'
    '9-10'
    '11-12'
    *SRJKC PINAFORE RM5*

    *SAIZ*24,26,28,30,32,36,38,40

    *SMK PINAFORER RM5*

    *SAIZ*S,M,L,XL

    sebarang pertanyaan boleh whatsapp:-📱📱📱

    http://www.wasap.my/60176045406

    *UNTUK POS,BUYER TANGGUNG YA*

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...