Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 25 Jun 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017

assalamualaikum semua, tahun ni terasa macam semuanya cepat sangat berlalu.. belum sempat lagi nak cerita pasal kuih raya yang aku buat masa bulan Ramadhan.. belum sempat lagi nak cerita pasal lauk kami berbuka dan bersahur pun.. tetiba eh dah sampai Syawal?

selamat hari raya buat pembaca Cerita Ita


walau masa terasa sangat cepat berlalu tapi aku bersyukur yang kami masih diberikan kesempatan untuk melalui sebulan di bulan Ramadhan dan akhirnya dapat menyambut syawal pada tahun ni.. disertai dengan doa supaya dapat menyambutnya lagi di tahun akan datang..

tahun ni agak istimewa sebab abg ngah baru mula belajar berpuasa dan akhirnya abg ngah berjaya habiskan cabaran berpuasa selama sebulan.. alhamdulillah.. mula-mula memang seksa la.. dah lama sikit tu ok la sikit.. dia dah mula biasa dan tak merengek lagi dah.. syukur.. bila tanya masa akhir berbuka malam tadi pun elok je  dia jawab..

Ummi : Abg ngah.. susah tak puasa?
Abg ngah : Tak la (sambil geleng kepala).. senang je.. 
Ummi : Lepas ni boleh la puasa lagi kan?
Abg ngah : Boleh!

lega aku dengar.. alhamdulillah..


tahun ni pulak kami berhari raya di Pekan, rumah mak shah.. dan bertemakan warna hijau.. korang pulak pilih warna apa? aku tengok merata-rata dah warna biru aku nampak.. dah biru mata hitamku dah.. hahaha.. insyaAllah kami akan balik berhari raya di Johor pada hari ketiga raya pulak nanti.. pasal juadah pulak nanti aku cerita dalam entri lain ye..

apapun didoakan semua umat Islam terutamanya para keluarga dan sahabat dipermudahkan urusan dan dapat menyambut Syawal dengan gembira di mana jua kita berada..

Salam Syawal dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017 pada semua dari kami sekeluarga dan Maaf Zahir dan Batin ya..


Jumaat, 23 Jun 2017

INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN SEPANJANG PERAYAAN AIDILFITRI 1438H/ 2017

INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN SEPANJANG PERAYAAN AIDILFITRI 1438H/ 2017 


assalamualaikum semua, korang dah selamat balik kampung ke? atau ada yang baru je nak memulakan perjalanan balik kampung untuk berhari raya tahun ni? atau masa ada yang tercari-cari laluan alternatif bagi menggelakkan kesesakan sewaktu pulang berhari raya kali ni?


INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN


aku rasa kebanyakan orang akan bercuti panjang sebab cuti raya kali ni kemungkinan besar akan jatuh pada cuti hujung minggu.. jadinya kebanyakan orang cuma perlu tambah cuti beberapa hari lagi untuk bercuti keseluruhan minggu.. macam kami pun akan mula bercuti esok dan insyaAllah akan terus sambung sampai lepas raya nanti..

kali ni aku nak kongsikan dengan korang info laluan alternatif bagi elakkan kesesakkan sewaktu balik kampung nanti.. meh baca lagi.. mana la tau nanti salah satunya laluan yang patut korang pilih ke nanti kan..


Dari Pantai Remis / Persimpangan Tol Ijok (LATAR) melalui Kuala Selangor ke Sabak Bernam / Teluk Intan

Dari Persimpangan Tol Kuala Terengganu (LPT@) Ke Kota Bharu (Jalan Pantai)

Dari Persimpangan Tol Ajil (LPT2) melalui Hulu Terengganu ke Kota Bharu

Dari Gua Musang melalui Kuala Krai ke Kota Bharu

Dari Bentong melalui Kuala Lipis ke Kota Bharu

Dari Chukai melalui Kampung Ibok ke Kuala Terengganu

Dari Besut ke Kota Bharu / Tok Bali

Dari Bentong melalui Raub ke Kota Bharu

Dari Jempol / Kuala Pilah ke Karak, Temerloh dan Muadzam

Dari Seremban melalui Jelebu ke Karak



harapnya dengan info ni akan memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman korang juga membantu sepanjang perancangan nak beraya nanti ya.. 

*semua gambar infografik adalah dari  sumbangan Facebook JKR Malaysia.



Selasa, 20 Jun 2017

Majlis Sambutan Berbuka Puasa di JPV Pahang

assalamualaikum semua, tengah hujan lebat dekat luar tu.. sangat-sangat lebat sampai tv pun dah takde siaran.. biasalah kalau guna astro walaupun cuma njoi namun dia tetap menjadi peramal cuaca yang baik.. hahaha.. asal takde siaran mesti hujan, asal hujan mesti takde siaran..

hai! ini kami di majlis berbuka puasa

tapi aku bukan nak cerita pasal siaran astro tu pun.. aku nak cerita pasal majlis berbuka puasa kami semalam.. bukan hari ni ye.. tapi semalam.. kenapa semalam? sebab semalam agak special sikit.. ada majlis berbuka puasa dengan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang..

yang paling istimewanya ialah Dato' Timbalan ni merupakan mantan Pengarah di Negeri Pahang satu masa dulu.. Selamat Datang Kembali ke Pahang Dato'! 

Dato' Pengarah Negeri Pahang berucap

Timbalan Dato' Pengarah pulak berucap


masa majlis semalam boleh pulak tetiba ribut melanda bermula jam 6.30 petang macam tu.. padahal sebelum tu elok je panas.. betul la orang cakap kusangkakan panas hingga ke petang.. tapi petang pulak tetiba ribut.. eh yang last aku tukar tu.. hehehe..

meh la tengok apa je juadah kami untuk berbuka semalam.. 

nasi kukus dari Warung Mazenah Nasi Kukus

nasi kukus, bubur lambuk dan air sirap

kuih cara berlauk, kurma dan kuih seri muka


dan lepas je makan kami berebut solat maghrib dan balik rumah terus sebab hujan terus turun membasahi Kuantan malam tadi.. walaupun tak lebat cukup buat kami yang takde ekon kat rumah ni tidur lena walau siangnya panas membahang.. alhamdulillah.. terima kasih Allah.. 

dan tadi pulak kami berbuka makan nasi berlauk sotong dengan sayur campur.. dan ada la sikit sup ketam comel-comel.. alhamdulillah.. laju anak-anak makan sampai tak sempat nak ambik gambar pun.. eh korang buka apa pulak tadi?



SGshop “Jom Shopping!” Contest

Assalamualaikum semua, hari ni nak join satu lagi contest.. contest oleh blogger AyueIdris iaitu SGshop “Jom Shopping!” Contest.. dah hujung-hujung dah pun ni.. tapi diharapkan ada la rezeki dalam bulan Ramadhan ni.. mana la tau kalau ada rezeki menang tu boleh cover sebahagian barangan yang memang aku tengah berkira-kira nak beli ni.. jom kita tengok apa syarat dia..

SGshop “Jom Shopping!” Contest






Cara penyertaan


1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest - done

2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda - done jugak
3) Jawap 2 soalan berikut:

Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan? 

Ok. SGshop ni sebenarnya menawarkan perkhidmatan membantu pembelian secara online serta penghantaran barangan daripada China. Dan semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari je tau.. dengan hanya beberapa klik!

Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia 
(Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut. 

Ok.. yang ni aku sangat gembira dan tak sabar-sabar lagi nak jawab.. sebabnya.. kalau dimintak suruh senaraikan 10 item pun tentu aku dengan senang hatinya nak tulis.. hahaha.. maka bertabahlah korang yang sedang sedia membaca tu ok..



Portable Hard Disk

aku berangan dah lama dah nak gantikan hard disk aku yang lama ni.. masih berkira-kira dengan bajet.. lagi la rasa sangat perlu bila aku ni seorang yang suka ambik gambar.. abis penuh semua pen drive comel-comel yang aku ada.. hard disk yang aku ada ni pun cuma ciput je memorinya.. model lama tahun 2010 dulu.. bayang la betapa keciknya memorinya.. aku berharap sangat dapat ganti yang baru sebelum aku ke Korea nanti.. boleh la buat review sekali.. hehehe..



Travel backpack aka Hand Luggage 

lagi satu barang yang aku dah lama masuk dalam senarai wajib beli ialah beg ni.. travel backpack atau hand luggage bag.. selama ni teringin sebab aku kan selalu out station dalam jangkamasa pendek macam sehari atau dua macam tu.. jadi baju yang aku bawak bersama barang-barang tak banyak la.. kalau isi dalam beg macam ni sedang elok je la.. 

dan sekarang ni azam aku makin kuat la nak ada sebijik macam ni untuk aku dapatkan beg macam ni sebelum aku ke Korea nanti.. eh.. korea lagi... hahaha.. bertabah la korang.. aku tengah demam Korea ni wei!



Kamera digital

kamera ni pulak nak gantikan kamera comel kami yang dah rosak.. aku kan suka ambik gambar.. bila takde kamera ni macam mati la langkah aku sikit.. buat masa ni berharap dengan telefon bimbit aku ni je la.. tapi agak terhad.. bila penuh je gambar kena transfer berbanding kalau guna kamera macam ni tentunya lebih mudah.. cuma ganti memory card dia aje.. kamera ni kalau dapat anak-anak pun suka la.. aku pun senang je nak ajar anak-anak supaya pandai ambik gambar jugak..

4) Komen di blogpost ini link entry anda - Done

5) Share entry anda di Facebook wall anda dengan hashtag #AyueIdrisXSGshopMalaysia - Done



korang yang nak join contest ayue ni masih sempat tau.. tarikh tutup hari ni.. bestnya kalau menang dan dapat hadiah tu.. korang tolong doa-doakan aku boleh menang eh? terima kasih!







Isnin, 19 Jun 2017

Persiapan ke Korea : Pasport

Persiapan ke Korea : Pasport

assalamualaikum semua, minggu ni insyaAllah akan jadi minggu terakhir dalam bulan Ramadhan.. semua orang sibuk dengan persiapan untuk hari raya.. aku sekeluarga pun tak terkecuali jugak.. tapi dalam pada mood raya tu aku kena jugak selesaikan keperluan persiapan untuk ke Korea pada bulan depan..

Pasport Malaysia


dah tak lama dah.. kalau kira bilangan hari tu tak sampai pun sebulan lagi aku akan ke Korea.. masih rasa tak percaya pun ada.. dalam masa yang sama pun aku rasa jugak sedih sebab terpaksa meninggalkan insan tersayang selama lebih kurang 2 minggu jugak tu.. mesti aku akan rasa rindu serindu-rindunya bila kat sana nanti.. aku harap sangat aku dan orang yang bakal ditinggalkan akan ok.. doa-doakan jugak ye korang..

dan sebagai salah satu syarat persediaan untuk ke Korea ni, aku kena buat pasport.. sebenarnya ayat sebenar dia ialah perbaharui pasport sebab aku dah ada passport yang dibuat pada tahun 2007 .. waktu tu aku pernah la sekali ke luar negara.. tapi masa tu balik hari je dari JB sebab ada lawatan rasmi ke makmal kesihatan veterinar di Singapura sekejap je..

pada aku tak kira pun ke luar negara orang sangat pun.. sebabnya lawatan sangat sekejap dan tak sampai pun 1 hari.. kami bergerak dari JB awal-awal pagi dan sebelum jam 5 petang kami dah balik semula ke JB.. huhuhu.. sedih kan? tak sempat nak buat lawatan ke mana-mana bahagian di Singapura pun walau sekadar nak beli cenderahati.. hahaha.. kesian..

dan selepas dari tu aku memang takde la ke luar negara pun.. baik melalui pejabat ataupun sendirian berhad.. dan setelah sekian lama pasport aku pun dah luput tarikh jadinya aku kenalah perbaharui untuk trip ke Korea kali ni.. aku nak tuliskan je apa keperluan untuk memperbaharui pasport Malaysia yang sah.. meh terus baca..

sebelum pergi ke Pejabat Imigresen tu aku siap pergi ambik gambar pasport dulu tau.. sebabnya kalau zaman dulu-dulu nak buat pasport kena bawak gambar berukuran pasport untuk diproses.. tapi rupanya kali ni sangat la senang.. cuma bawa badan dan duit je.. gambar akan diambil di kaunter oleh pegawai kaunter tu jugak.. senang kan? tapi ada la beberapa syarat tambahan dari cara buat pasport zaman-zaman dulu.. kalau dulu boleh je bergambar dengan cermin mata sekarang ni dah tak boleh, cermin mata kena bukak.. dan kena pastikan yang kawasan  dahi tu kena nampak dengan betul.. jadi untuk orang yang ada anak rambut banyak macam aku ni memang sangat susah la sikit..

kena isi borang kecik ni dan hantar ke kaunter


nak buat pasport pun dah takde pilihan yang untuk 2 tahun tu lagi dah.. semua kena buat yang untuk tempoh 5 tahun dengan bayaran RM200.. tapi sangat aku puji sebab servisnya sangat pantas.. dalam masa sejam macam tu pasport aku dah siap tau.. laju betul!

pasport baru vs lama ~ yang belakang tu yang lama

sah digunakan untuk semua negara kecuali....

beza kan? yang belakang tu yang baru.. takde cermin mata


kalau perasan pasport ni ada beza.. kalau yang lama tu cuma kertas tebal je.. yang baru ni siap ada fungsi elektronik kat bahagian yang bergambar tu.. dan dia keras sikit macam plastik tebal.. ok pasport dah siap cuma tunggu kelulusan permohonan untuk ke luar negara je la.. harapnya takde masalah tentang yang tu.. semoga segala urusan aku akan dipermudahkan oleh Allah nanti.. amin..