Aktiviti Cuti Sekolah 2024 - Cerita Ita                                                             Aktiviti Cuti Sekolah 2024 Langkau ke kandungan utama

Aktiviti Cuti Sekolah 2024

Luangkan Masa Bersama Anak-anak



Assalamualaikum semua, lamanya aku tak menulis kat blog ni. Rindu oii.. Tapi apakan daya, kerja hakiki mengejar macam apa ni.. Sampai rasa tak cukup masa je setiap hari. Tapi dalam kesibukan tu aku sempat jugak la melayan anak-anak buat aktiviti cuti sekolah 2024 kali ni. Walaupun hakikatnya mata ummi ayah diorang ni dah rupa kena jahit dah ni..

Cuaca panas akibat Fenomena El Nino

Fenomena El Nino sebenarnya dah mula melanda negara kita Malaysia sejak dari penghujung 2023 hari tu lagi dan dijangka berlarutan sehingga pertengahan tahun 2024. Tapi hujung tahun lepas area kami duduk ni agak sejuk dan sentiasa hujan, jadi kami tidaklah rasa penangan El Nino sangat pun.

Tapi sejak seminggu dua ni cuaca memang terasa sedikit panas melebihi biasa. Kalau kat rumah ni buat kerja sikit je dah macam pergi Spa dah rupanya.. mulalah sibuk cari kipas sebab panasnya Ya Allah.. tak terdaya. Bila dah panas macam ni kami mula memikirkan aktiviti menarik yang boleh dibuat dengan anak-anak di luar rumah.

Aktiviti menarik cuti sekolah di Kluang



Kami ni kan tinggal di bandar Kluang yang dikategorikan sebagai bandar bahagia tahun lepas, jadinya kami habiskan masa di bandar Kluang je la cuti sekolah ni. Apa je yang menarik di Kluang ni? 

Beriadah di taman tasik putih Kluang



Kalau nak tau di Kluang ni ada satu taman yang berada di tengah-tengah bandarnya. Ianya bukan taman biasa untuk beriadah. Ianya taman yang ada tasik di tengah-tengah taman tasik ni. Ia menjadikan taman tasik putih ni sejuk je dengan hawa sejuk dari tasik tu. Yang best taman tasik ni dekat je dengan rumah kami. 

Taman tasik putih ni ada satu ruangan yang sangat luas. Di ruangan ni sesuai sangat kalau anak nak buat aktiviti berbasikal, bermain bola dan berlari. Jadinya kami penuhi masa kami dengan beriadah di sini pada waktu malam. Malam yang panas waktu musim El-Nino ni boleh jadi sejuk bila kami berada di kawasan taman tasik putih ni.

Berkelah sambil beriadah



Disebabkan siangnya kami bekerja dan anak-anak ada aktiviti musim cuti sekolah di transit. Abg long pun tak bercuti macam cuti sekolah jadi kami agak kesuntukan masa. Jadi kalau nak makan di rumah, masa untuk beriadah akan jadi terhad. Sebab tu kami buat keputusan berkelah sambil beriadah. Jadi masa beriadah akan jadi lebih panjang.

Nasi ayam dan ayam BBQ Baker's Cottage 

Apa je yang kami bawak masa berkelah? Aku sempatlah masak nasi ayam hainan dengan rempah yang dibeli di kedai eco. Lepas tu kami singgah beli ayam BBQ Baker's Cottage dan sup daging dalam perjalanan ke taman sebelum tu. 

Sedap juga nasi ayam hainan yang dimasak dengan rempah nasi ayam eco ni.. boleh beli lagi la lainkali. Alhamdulillah semua anak-anak kenyang dan puas beriadah malam tu. Masing-masing dah mengajak lagi nak ke taman untuk beriadah lagi.

Sambil beriadah sambil tengok kereta api lalu



Ya, kat depan taman tasik putih ni ada landasan kereta api besar. Ianya jadi laluan utama kereta api ke Johor Bahru dan juga hala ke tengah dan kelantan. Kalau dalam pukul 8 dan 10 malam kebiasaannya akan gerebak kereta api yang lalu. Seronok juga la anak-anak tengok pemandangan kereta api lalu ni. Hanya di Kluang haha..

Ini je la yang mampu kami buat untuk anak-anak musim cuti sekolah kali ni. Nak berbelanja besar untuk bercuti tempat lain terpaksa ditangguhkan sebab awal bulan depan dah bertembung anak-anak akan naik sekolah sesi persekolahan baru dan juga awal puasa. Banyak juga persediaan kewangan tu kalau difikirkan. Korang pulak bercuti ke mana cuti sekolah ni?

Ceritaita

Ulasan

  1. kalau di sini ni kak, memang sentiasa panas.. sebab tepi pantai.. perit kulit kalau kene cahaya.. minum air banyak kak.. bimbang x cukup air..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...