DinoTrek 2 - Cerita Ita                                                             DinoTrek 2 Langkau ke kandungan utama

DinoTrek 2

kelmarin on the way gi opis aku ada nampak banner yang gantung2 kat tiang lampu sepanjang jalan nak gi opis...biasa la aku yang kepochi ni kan...kalau nampak benda2 camtu mesti nak tengok dan baca...ye la nanti makcik ni tak tau cerita semasa lak kan...salah satu sebabnya sebab aku nampak gambo dinasour kat banner tu...huh...ni mesti cite best kan....cam biasa gak...aku paksa la shah bawak selow sikit sebab makcik ni nak baca apa yang tertulis kat situ...yang aku nampak cuma dia tulis bermula 11 nov 09 dibuka sampai kul 6.30 ptg dan waktu akhir untuk masuk kul 4.30 ptg...kat yayasan pahang...fuyoo...cam menarik ni...leh bawak hakimi tengok.... aku pun surf la kat tenet nak cari berita selanjutnya...aku cari kat yayasan pahang danini yang aku dapat...

 
MENGEMBARA KE ALAM PRASEJARAH BERSAMA PETROSAINS DINOTREK 2 DI KOMPLEKS YAYASAN PAHANG (YP)


Oleh: ZARINAH BINTI HAMID 05 Nov, 2009
Dinosaur kini di Kompleks YP! Dibawakan khusus untuk masyarakat di Negeri Pahang oleh Petrosains, Galeri Sains Petroleum yang terletak di Suria KLCC, Kuala Lumpur - pameran interaktif yang dinamakan DinoTrek2 ini memaparkan ciri-ciri unik termasuk sembilan dinosaur animatronik yang boleh dilihat secara lebih dekat. Antara bahan-bahan yang akan dipamerkan termasuklah dinosaur Maiasaurus, Protoceratops, Velociraptor, Spinosaurus dan Tyrannosaurus Rex. Petrosains DinoTrek 2 ini direka khas untuk memupuk proses pemikiran secara kritikal bagi meneroka kemungkinan untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang sejarah masa lampau bagi membolehkan kita membuat perbandingan di antara zaman prasejarah dan kajian-kajian yang telah dijalankan. Pameran ini membolehkan pelawat meneroka, menyelidik teori dan fenomena menarik yang berlaku pada zaman prasejarah melalui pelbagai aktiviti dan bahan pameran yang menekankan pembelajaran secara ‘discovery learning’. Selain itu pameran ini juga mempunyai 12 pameran interaktif yang membolehkan pengunjung-pengunjung bersama-sama keluarga belajar secara 'hands-on'. Antara yang menarik ialah Dino Dig, Dino Dance, Dino Puzzle dan Dino Quiz. Berada di Kompleks YP bermula 11 November 2009 hingga 30 Jun 2010, pengunjung bolehlah melayari laman web www.petrosains.com.my untuk mendapatkan maklumat harga tiket dan lain-lain maklumat. Pameran ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob pada 10 November 2009. Kompleks YP dipilih sebagai destinasi pameran ini berdasarkan fungsi organisasi ini sebagai hub pengetahuan dan pendidikan masyarakat di Negeri Pahang.
lambat lagi nak abis tu...so kawan2 moh kita gi ramai2...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat