Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 29 Julai 2015

Sabtu, 18 Julai 2015

Jumaat, 17 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H buat semua pembaca blog Cerita Ita...semoga amalan kita semua dalam bulan Ramadhan diterima oleh Allah..amin...


Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidil wal faizin

Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.


p/s jaga keselamatan diri di mana sahaja korang berada...jugak keselamatan perut..hehehe...eh apa tengok2...serius wei..ramai yang kena sakit perut lepas raya...

Khamis, 16 Julai 2015

Juadah Raya Kegemaran

assalamualaikum semua,

semalam aku pulun buat juadah kegemaran yang biasanya cuma boleh makan sewaktu kami beraya di Johor sahaja...

kebetulan cuti hujung minggu lepas sewaktu kami balik ambik stok kerepek untuk jualan, dah ada ternampak orang menjual daun kelapa...hati tertarik nak beli.. berangan nak menganyam ketupat dan buat lepat pulut jugak... dah beberapa tahun raya di sini sepanjang usia perkahwinan 9 tahun aku cuba cari orang menjual daun kelapa untuk buat ketupat tapi memang tak pernah berjumpa... walau kami cari sampai ke pasar sekali pun...ye la mungkin juadah kebesaran di sekitan pahang ni kebanyakannya lemang dan ketupat palas...

jadi kesempatan bila balik johor minggu lepas aku ambik untuk beli daun kelapa...sampai 2 ikat aku beli ko...hahaha... padahal buatnya seikat pun tak abis.. tamak... satu ikat dalam 50-60 helai RM3.. boleh la kan? dari aku tanya satu tempat tu RM6 untuk 50 helai.. huhuhu... senyum je la kata tak jadi...

memula aku punya aktiviti ialah menganyam ketupat... kadang-kadang aku rasa pelik skill menganyam ketupat ni sebenarnya setahun paling bagus pun dua kali je pun buat tapi tetap tak lupa ek...

ketupat bawang



dan aku berjaya menganyam 12 biji kat rumah.. tambah 4 biji kat tempat keja... maka jadi la 16 biji je ketupat aku sempat rebus... hahaha... abis tu daun yg bebanyak tu aku nak buat apa?

dan disebabkan teringin sangat nak makan lepat pulut maka aku pun pulun la buat...tarra... alhamdulillah menjadi... selama ni aku tak uruskan lepat ni dari mula sampai akhir..cuma tolong-tolong je abah aku dan belajar bungkus (sambil merosakkan daun..huhu..)

lepat pulut sebelum direbus


dan bila dah direbus ini hasil kedua-duanya.. ketupat tu terlindung pasal malu sebab sikit noo...heee...

ketupat
lepat dan ketupat setelah direbus

alhamdulillah..berjaya memenuhi selera sendiri sempena menyambut aidilfitri... ABAH.....ANGAH BERJAYA BUAT!

nanti dah raya aku tunjuk belah dalam dia rupa caner eh...

dan untuk makan bersama ketupat dan lepat pulut ni aku dah siapkan juadah lain yang istimewa iaitu Daging Masak Ungkep....sebut nama pun dan ngences wooo....
meh layan gambo... sorry ek hp cikai je... tapi bukan hp klon ok...jangan tanya aku macamana nak kenal telefon ori atau klon... tanya la sama orang yang bergaduh tu haa... eh ke lain pulak.. meh kita tengok gambar lauk best ni..

ungkep daging





buat sesiapa yang nak mencuba semua juadah ni nanti aku akan sertakan resepinya di entry yang lain ye... terima kasih sudi singgah...buat untuk menu rumah terbuka pun sedap ni...


p/s berangan kalau la ada kari tetel ni makan dengan lepat tu... kuah banjir...perghhh...puasa ita puasa....





Rabu, 15 Julai 2015

Raya dah ke?

Assalamualaikum semua,

korang dah buat persiapan raya ke?

aku?.............................................


nampak banyak dot kat situ...?

ok...ketupat belum siap anyam....baru dapat 12 biji...hah?

kuih raya satu pun tak sempat buat...badam je sempat bakar konon-konon nak buat almond london...hah?

baju anak-anak tak abis ubahsuai lagi.... baru ukur-ukur...hah?

rumah tak siap kemas lagi... baru siap pasang almari pasang siap..hah?


ok kesimpulannya semua belum selesai dan aku masih kerja sampai hari khamis.... hah?

ok...stress!!!


p/s selamat hari raya buat semua ok...jangan stress aku jangkit kat korang sudah...

Rabu, 8 Julai 2015

Kesian Rakyat Greece...bila wang tiada nilai...

assalamualaikum semua,

aku tersentuh bila dengan berita dua tiga hari ni... cerita tentang Greece yang hampir muflis... atau dah memang muflis pun... paling kritikal menteri kewangannya dah letak jawatan...

apa akan jadi seterusnya...

aku nak kongsikan link ini... aku copy paste jugak ayat yang aku tulis di facebook...

ditulis pada 3 tahun lepas dengan agak menarik untuk dibaca...tapi sayang aku cuma hanya mampu baca setelah Greece benar-benar muflis..
ada satu ayat yang terkesan sangat bila membacanya....
"Ekonomi jatuh sekitar tahun 1929 – 1930 antara sebab lainnya kerana disebabkan wang kertas ini dan diakhirnya perang dunia kedua dari tahun 1939 – 1945."
apakah sejarah akan berulang dan berakhirnya lagi dengan perang dunia?

sila baca dari link ini...

Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?


baca dan renungkan ok....

p/s raya dah dekat...masjid makin sunyi...


Selasa, 7 Julai 2015

persediaan raya korang dah siap ke?

assalamualaikum semua,

dah lamanya tak menulis...

bulan puasa ni aku rasa tahap tenaga aku dah makin menurun la... kalau balik rumah kelam kelibut masak pastu bila lepas maghrib je mata dah layu dah...lagi la bila hadi ajak golek-golek...habis terus...padam...

cuma seminggu ni agak berubah sikit jadual... kalut lak tu tetiba ada la kawan yang tempah cookies CikTa yang special tu lagi...hohoho...mau pengsan woo... dah la macam tak nampak satu pun bayang kuih raya aku tahun ni... huhuhu...caner tu?

agak-agak pengsan tak tengok kuih ni?

Cik Ta Cookies 



hahaha... jangan nak ngengada order ok...order dibuka separuh tingkap je pun tuan oven dah rasa tak larat dah ni...

untuk baju kami dah beli baju melayu dan baju kurung sesiap dengan pembekal tegar kami Azizah Butik kat Kluang.... haha tegar lagi tu... mau taknya... rasanya tiap tahun memang aku borong dengan dia je la... senang... semua warna ada... saiz aku pun ada..huhu.. ini yang penting...

akak tokey pun dah tau dah muka budak kuantan yang selalu datang membeli saban tahun ni...memang sekali gi dia bagi special harga la... terima kasih kak...jasamu dikenang... insyaAllah tahun depan kami datang lagi...doakan kami panjang umur ek..

pssttt...ada yang nak suruh berjimat ke? sapa dia? menyampah aku ok...kalau yang nak cakap tu...meh datang rumah aku dulu.. tengok baju aku dalam almari tu haa... ada ke sampai nak kena sewa rumah sebelah untuk simpan..agak-agak ok...

lagi satu mulut yang kata rakyat tak terkesan pun dengan harga barang, harga minyak dan GST bagai tu..buktinya rakyat berbelanja jugak untuk keperluan hari raya...rakyat memenuhi jugak tempat jualan murah.....halooooo... korang tak rasa ok... tak rasa bila anak korang tetiba je cakap kat korang...

bila kita nak raya?...

bila kita nak beli baju raya?...

kasut raya saya ummi ayah belum beli lagi.....

ye la korang pun selalunya bukan ada masa nak hadap anak pun kan....oppsss...sorry... bila emosi menguasai diri...

korang tak pernah tengok orang membeli untuk raya sebenar-benarnya boleh la cakap gitu... jugak mungkin tak tengok orang beli barang persiapan anak sekolah...

sedih woo kadang-kadang.... aku akui aku jenis memerhati dalam diam.... sambil aku pilih-pilih baju aku dengar macam-macam...

teringat masa awal tahun beli barang sekolah anak... ada seorang bapa heret anak 3 orang... dah besar jugak la....dalam lingkungan 9-13 tahun gitu la... bapa dia leka memilih kasut yang dah lambak-lambak sebab murah dan agak lusuh sikit...aku pun ada situ sebab pilih kasut abg ngah...dia kan jarang pakai jadi pilih janji ada je la... bila bapa ni cuba tunjuk ke anak...anak dia cakap...

"ala bah...cari yang molek sikit la... nanti pakai kejap je dah rosak..."...

ko rasa kalau jadi aku apa nak buat...ok aku ngaku ok..aku hampir nangis lepas tengok muka bapa dia tu... terus dia heret je anak-anak keluar kedai....

aku rasa mungkin bapa dia tu tak cukup bajet nak beli kasut.... atau ada cuma cukup-cukup je untuk beli yang harga paling murah RM8 sepasang tu.... ada 3 orang lagi pulak tu...

itu awal tahun...sebelum GST dimulakan... cuba korang bayangkan bapa yang sama nak sambut raya ni macamana....alahai aku terus terbayang abah aku ok... sebak....

dah la... jom sambung kerja....karang hilang mood...

buat sesiapa je yang rajin sangat mulut bercakap bukan-bukan di bulan Ramadhan ni tolong la simpan je mulut tu untuk membaca al quran ke...tak pun susah-susah sangat ko berzikir je la... ko dapat pahala dan orang lain tak dapat dosa tambahan....tak pun lebih baik la diam dari bercakap sesuatu yang tak dapat membantu orang lain yang sedia terhimpit.... mana kita tau...mungkin mereka dah berusaha lebih dari kudrat yang mereka ada... renung-renungkanlah dan selamat beramal....


p/s tahun ni rasanya aku hanya mampu mimpi buat kuih raya je kot...hadi asyik demam-demam je nak tumbuh gigi...