Logo KBBA

Rabu, 25 November 2015

Isnin, 23 November 2015

Tiada tajuk

assalamualaikum semua,

aku janji nak kumpul kisah anak-anak kan?

tunggu mood stabil ye... huwaaa.... kenapa hari ni sangat menduga?


ikhsan google




p/s mata mengantuk sangat2 tapi tak boleh tido masa waktu rehat sbb meeting abis lambat..sekian...

Jumaat, 20 November 2015

Hari Anugerah

assalamualaikum semua,

di sana sini orang sibuk cerita pasal hari anugerah anak-anak... alhamdulillah... sesi persekolahan dah berakhir untuk tahun 2015 ni... tahun akan datang tentunya akan lebih mencabar...

walau apapun yang berlaku jangan berhenti menyayangi dan memberi dorongan sebaiknya kepada semua anak-anak amanah Allah ni...

pagi tadi kami antara orang yang sangat gembiri kerana diberi peluang untuk melihat kejayaan anak menaiki pentas sebagai sebuah penghargaan atas usahanya untuk mendapatkan tempat terbaik di dalam kelasnya...
alhamdulillah syukur...

senyum meleret anak bujang tu hari ni... tahniah abg long...

gambar nanti aku share sekali dengan gambar konvo abg ngah dan kakak husna hari ahad nanti... insyaAllah kalau dipanjangkan umur...

di awal pagi tadi dalam kegembiraan nak menghadapi hari istimewa abg long...aku belek keputusan abg ngah dan kakak... kakak macam biasa tanda ikut suka...hahaha...

abg ngah pulak banyaknya benda yang terbalik... mengingatkan aku pada abg long satu masa dulu... cuti sekolah ni banyaknya kita kena buat kan anak-anak.... iqra'... hafalan surah... bacaan solat... dan penulisan... doakan aku sama-sama kuat dnegan diorang ni untuk berusaha ok... terima kasih semua...


p/s lagi tak terkata bila ada anak kawan yang berumur 6 tahun berjaya hafal surah al- mulk...alhamdulillah..pembakar semangat ni... saham akhirat tu..insyaAllah...

Khamis, 19 November 2015

Bercucuk tanam sebagai hobi

assalamualaikum semua,

sihat hari ni? aku tak berapa nak ok... suara dah ala-ala ella ketika popular satu masa dulu... serak-serak tapi tak basah... tekak rasa tak best je... sebenarnya sebab baru je baik demam selsema...
ni pulak tetiba je jerawat tumbuh kat dahi...aduhai... senoneng dibuatnya.. belum lagi seksa bila nak sujud...dugaaan...alhamdulillah...kena syukur.. yang penting Allah bagi lagi peluang hidup di dunia ni...

sekarang ni dah mula musim hujan je kat sana sini kan?

kat kuantan ni pun sama... kalau tak hujan pun langit mendung je semacam...

hari ni nak kongsi dengan korang pasal hobi baru kami kat rumah ni... bukan baru sangat la jugak... dah dekat 4 bulan la kami buat...itu pun lepas aku ikut kelas edible garden yang dianjurkan jabatan sebelum tu...punyalah menarik sampai teruja nak buat edible garden sendiri tau...

ok meh kita kongsi apa yang kami dah buat kat taman kami setakat ni ye.....

memula aku semai tanaman dalam alas telur je macam ni....

guna sarang telur
semaian di atas sarang telur

yang benih memula aku tanam ni adalah kangkung, petola dan bunga matahari...nampak yang keluar besar daunnya tu? yang tu anak pokok bunga matahari... pokok petola lebih kurang jugak daunnya cuma dia agak panjang dan lambat sikit tumbuhnya... yang halus-halus sebelah kiri tu anak pokok kangkung...

lepas tu dah membesar sikit aku alih la pulak dalam polibag besar....kalau ikutkan petola tu tak payah semai-semai... boleh je terus tanam dalam polibag...tapi disebabkan cetek ilmu dan malas bertanya maka ada kesilapan sikit di situ... huhuhu....


lepas tu kangkung tu aku alih gak letak dalam bekas foambox putih yang dah bocor kat rumah ni....


Kebun Mini Kami



bunga matahari aku alih jugak duduk dalam polibag besar sama macam petola...


pokok petola tu bila dah alih kami ikat pancang kayu subsidi dari kawan buat penahan dekat dengan pagar
tapi dia memanjat jadi gini pulak....

sila abaikan sampah sarap tu ye...

alhamdulillah bunga matahari tu dah keluar hasilnya dah pun....

bunga matahari kembang setaman

yang ni tak berapa nak mekar setaman

dan sekarang dah mula layu....

tapi paling mengembirakan ialah tanaman petola la... dah semakin banyak buahnya.... dan pagi ni tengok ada 4 biji buah yang dah sedang-sedang jugak...alhamdulillah lepas ni boleh la kongsi dengan kawan-kawan pulak...




petola
pokok petola


sekarang ni kat luar rumah pun dah kami tanam pokok mangga harum manis....harap menjadi hendaknya...

ada jugak bunga raya buat penyeri mata....subur dan banyak bunganya...

dalam tayar tu pokok mangga harum manis...sebelah dia bunga raya..sebelah dia lagi pokok serai pakcik sebelah..


ada jugak pokok durian belanda... tengah fikir kat mana lagi nak tanam ni....



ada jugak pokok-pokok kecik macam cili padi...tomato....bawang...kucai... ulam raja... pandan... kunyit... lempoyang... sabung nyawa... ooo...lupa pokok cekur manis pun ada...ada yang panggil kencur...

kencur
cekur manis 

pokok lempoyang ...dalam polibag pun boleh...

pelembut daging
pokok rumput cina sebagai pelembut daging dalam masakan
dan pokok orkid kecil ni.....

pokok orkid sumbangan kawan

ada satu lagi pokok tumbuhan air...aku suka pokok ni tapi lambatnya tunggu dia membesar...

tumbuhan air...sekarang dah ada 3 kuntum...tak tau apa namanya..


semoga usaha kami ni tak sekerat jalan la harapnya... doa-doakan ye....

ada budak nak gi sekolah tapi sibuk nak cium bunga dulu...hehehe...


p/s hari ni rasa nak senyum je sebab semalam dpt msg dr pembaca setia...tq ye...sayang awak...tanpa pembaca siapalah CERITA ITA....


Rabu, 18 November 2015

Selasa, 17 November 2015

Kenangan Mengusik Jiwa.. UPSR 1991

assalamualaikum semua,

hari ni dari pagi terasa sedikit berdebar sebenarnya...sebabnya hari ni adalah hari untuk mengambil buku laporan prestasi di sekolah abg long...

bila sebut nak ke sekolah anak..walaupun bukan untuk urusan formal, hati ada sedikit gusar... memang aku jenis orang yang begini... nak menelefon sekolah ke nak bermesej dengan cikgu abg long pun dah gigil badan macam nak jumpa orang untuk temuduga... lagi la bila nak ke sekolah... aduhai.. bermacam perasaan la rasanya...

aku pernah cerita dulu di SINI..

aku harap sangat aku tak gemuruh bila berhadapan dengan cikgu nanti...

oh ya.. hari ni heboh di sana sini tentang keputusan UPSR... alhamdulillah dan tahniah kepada yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang atau sekurang-kurangnya mencapai target yang anda semua atau ibubapa anda letakkan..

pada yang kurang berjaya... ingatlah masa depan tak berakhir di sini ok.. teruskan kehidupan untuk menjadi yang lebih baik.. sekurang-kurangnya pada diri sendiri dan orang di sekeliling anda...

bercerita pasal UPSR ni teringat zaman aku ambik UPSR...tahun 1991 dah 24 tahun berlalu rupanya... sangat lama dah rasa dah semakin tua...huhuhu...

zaman aku ambik keputusan tu adalah antara memori yang aku masih boleh recall...berbanding dengan memori yang lain... aku boleh lagi recall... lepas dapat result bersalaman dengan semua cikgu yang ada pada masa tu...eh ke masa aku salam tu masa lain eh?...hehehe...

tapi yang pentingnya masa tu aku dapat keputusan yang amat memeranjatkan semua orang... hanya ada 3 orang murid yang dapat 4A di SK LKTP Kahang Timur pada tahun itu dan aku adalah salah seorang daripadanya... dan sebenarnya aku bukanlah antara senarai budak harapan sekolah yang akan mendapat keputusan cemerlang seperti itu...

terdengar jugak desas desus guru-guru yang bunyinya agak sinis....

"Awak ke yang dapat 4A?" dengan muka yang sangat tak percaya ok... sebab itu la memori ni aku paling ingat...hukhukhuk....

yelah.. aku dikenali sebagai seorang budak nakal... degil... yang selalu tak mengabiskan kerja rumah... yang selalu melawan cikgu bila dimarah.. yang meniru buku kawan betul-betul di hadapan cikgu... dan walaupun aku berada di kelas pertama ketika di darjah 6 tapi aku datang dari kumpulan B...bukan kumpulan A yang didambakan kecemerlangannya oleh sekolah pada masa tu...

alhamdulillah Allah beri aku peluang...peluang untuk mengecapi kejayaan walaupun cuma kejayaan kecil.. memberi aku peluang untuk membuktikan yang perasaan pilih kasih antara murid oleh guru tu boleh mengubah murid itu jadi luar biasa... peluang juga untuk bagi abah peluang menaiki pentas bagi mewakili anaknya dalam hari anugerah cemerlang... hati menangis gembira bila abah menyebut-yebut... alhamdulillah...cuma ruginya zaman tu boleh dikira orang yang memiliki kamera...tiada satu pun gambar kenangan...

tapi bukan itu yang aku nak kongsikan... aku cuma nak kongsi bagaimana sifat kita sendiri boleh mengubah penghasilan kita... pada awal persekolahan aku budak yang sangat berdisiplin... tanya la mak.. tentu kerja rumah dah siap sebelum mak bertanya...

tapi aku jadi murung dan berubah bila ada insan bergelar guru yang mula pilih kasih dan banding membanding antara murid-muridnya... hati aku terguris setiap kali ke sekolah... ye la..kami bukan pelajar terpilih... bila salah akan dirotan sekuat hari... tapi bila pelajar terpilih buat salah hanya akan didenda berdiri... setiap perkara aku telan dan jadikan aku berhati batu... aku bertekad nak tunjuk pada cikgu tu bahawa budak yang bukan sapa-sapa pun boleh berjaya...tapi dalam diam aku makin melawan...kerja sekolah tidak kusiapkan..akan menghentakkan kaki bila cikgu marah di dalam kelas... meniru kerja kawan-kawan... aku pun pelik bila difikirkan ...kenapa la aku jadi macam tu...

mungkin ketika zaman sekolah rendah aku seorang yang sangat pendiam...betul la orang kata orang pendiam ni suka berdendam...

tapi tanpa aku sedar perkara tu menjadi duri dalam daging... aku bersifat pendendam...tapi segalanya berubah bila aku mula memasuki asrama...

alhamdulillah... banyak pengalaman hidup yang mematangkan... terima kasih pada semua yang menyumbang dari mak (cikgu pertama angah kenal ABC), cikgu tadika...cikgu sekolah dari sekolah rendah hingga menengah...dan semua tenaga pengajar di mana-mana sahaja aku singgah... ceh...macam ucapan hari guru la pulak....hahaha...



p/s melangkah kaki ke sekolah dengan gigil2 ni... huhuhu...


Khamis, 12 November 2015

Promosi Tiket Zoo Negara Bersama Bonuslink 2015-2016

assalamualaikum semua,

pagi tadi ada dapat email dari Bonuslink...selak-selak ternampaklah ada promosi bagus yang perlu dikongsi dengan semua orang...

tapi dengan syarat korang kena ada kad bonuslink dulu baru la boleh melayakkan diri untuk menuntut diskaun tiket ni...

tiket promosi
menarik kan?

ni pulak harga biasa kalau takde diskaun macam kat atas tu...

zoo negara
harga tiket biasa

tapi kena ingat ye... kena tunjuk mykad dan jugak kad bonuslink untuk melayakkan korang dapat harga tiket diskaun ni... jom cepat... tawaran habis pada 31 Januari 2016...

sempat lagi ni nak tunggu diorang repair dulu lebuhraya dari kesan tanah runtuh semalam tu kan... seram tengok gambar runtuhan tanah di Lebuhraya Karak tu...


p/s agak emosi dengan orang share tentang ayam kena cucuk hormon...kesian orang yang tak mampu nak beli ayam organik yang mahal2...hmmm...terasa macam nak buat entri je... ada ke yg nak baca?

Namaku Princess

assalamualaikum semua,

ni cerita pagi semalam sebenarnya...

perbualan antara seorang mak dengan anak dara keciknya..sambil anak dara tu sibuk memilih baju apa yang nak dipakainya...


Aku : Kakak...

Kakak Husna : Ya...

Aku : Ummi nak tanya la...nama awak siapa ye?

Kakak Husna : Princess....

Aku : siapa nama kakak?

Kakak Husna : Princess... (Kuat sikit dengan suara yang amat yakin)


sabar je la nak oiii... sekian...


p/s mata mengantuk harus tidur ke tak rehat ni?

Rabu, 11 November 2015