Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 20 April 2009

Cameron Highlands







Ketiga,

Percutian kami ke Cameron Highlands, bukan percutian sangat pun..hehe…sebenarnya kami ikut trip hari keluarga Kelab Veterinar Pahang ke sana.. tapi alhamdulillah..seronok..tapi biasalah kan kalau dah namanya pun percutian beramai2 ni mestilah ada aje masalah kan?...

Pagi Sabtu 14/3 kami dah siap2 awal2 pagi. Hakimi pun aku dah kejut awal pagi nak suruh mandi, memula dia macam nak menangis je tapi lepas tengok air..ok je..hehe.. kul 7.30 pagi kami bertolak dari rumah dan sampai ofis kul 7.45 pagi. Masa kami sampai dah ramai yang tunggu kat depan ofis state. Orang dah ramai cuma bas je yang tak nampak bayang lagi. Shah kata dia ada nampak 2 bas parking dekat sek cina depan tu. Rasanya betula la tu bas kami kot. Tunggu kat situ lama la jugak, janji nak jalan kul 8 pagi. Last2 bas datang kul 8.30 pagi. Semua yang kat situ pun dah boring tunggu tapi orang lain tak bawak anak kecik cam aku, hakimi la ahli rombongan paling muda kat situ. Puas dah aku dok layan hakimi terlompat2 sebab ramai orang dan tengok ikan kat kolam (nasib baik ada ikan ni, kalau tak sure boring gila anak aku). Kul 9 kami semua selamat naik bas. Bas bergerak dalam kul 9.30 pagi la lebih kurang. Pastu la baru je bergerak sikit dia pakat berhenti la kat bengkel dekat dengan area jaya gading, tah batu berapa tah aku tak pasti (hehe..selalu kena tanya orang bab ni). Dia nak check lak lampu bas dulu, pelik aku agaknya diorang selalu buat camni kot.. patutnya check la dulu sehari sebelum bergerak.. pastu kami berhenti lagi kat caltex sebelum masuk lebuhraya sebab nak join sekali dengan bas dari pekan. Lepas tu terus bas menghala ke lebuhraya pantai timur – lebuhraya karak. Pastu kat karak berhenti lagi, masa tu dah kul 1 ptg. Kami dah lapo gila dah masa tu, ingatkan diorang nak berhenti mana2 makan pagi dulu jadi kami pun tak makan la sarapan sebab ingat pagi sangat lagi. Nasib baik kami bawak bekal makanan penuh satu bakul yang selalu hakimi bawak pegi taska..hehe..konon bekal kat anak la, siap dengan air kotak, kacang, biskut segala..hehe..last2 umi ayah dia yang sapu... diorang berhenti ni pun sebab nak tunggu bas dari temerloh je sebenornya. Tunggu punya tunggu bas tak nampak bayang, so diorang kata kita jalan dulu then berhenti kat hentian rawang lak. Dah sampai rawang kul 2.30 ptg. Bas temerloh masih tak nampak bayang. Last2 baru tau yang bas tu rosak. Disebabkan tak tahan menunggu kami desak bas kami bergerak. Antaranya aku la tu sebab tak tahan tengok anak aku yang asyik main dekat longkang yang dalam tu, karang bercuti kat hospital lagi aku kang.

Kul 3.45 ptg kami bergerak semula. Kul 6.45 ptg kami sampi ke pej. Veterinar daerah cameron highlands. Siap pendaftaran semua dan sampai di hotal jam 7.15 mlm. Malam tu ada acara makan malam dan cabutan bertuah. Kami turun dah pukul 8.45 mlm sebab letih. Makan malam ok. Sedap cuma disebabkan hari hujan dan persediaan untuk hari hujan tidak disediakan maka kami malam tu dapat la minum air sirap bercampur air hujan. Sedap gak tak pernah aku rasa...hehe...malam tu aku dapat la satu hamper kecik dgn kipas meja...alhamdulillah rezeki...malam tu jugak hakimi tidur atas meja sebab umi dia nak tunggu dapat hadiah cabutan bertuah..hehe.. malam tu jugak hakimi leh tidur dengan baju tebal yang dia tak suka tambah lak dengan sweater yang tebal dan selimut (benda yang paling dia benci)...

Keesokan paginya kami sarapan kat hotel, kul 9.30 pagi bertolak ke Mardi.. ingatkan jauh sangat..dekat je rupanya...takde apa sangat nak buat kat sini...kami cuma beli kaktus je buat buahtangan. Lepas tu gi Kea farm lak...ramai orang bornong macam2 kat sini..aku? takde apa pun kami cuma jalan2 je...beli keychain sikit, strawberry fresh dan kering je. Kul 2 kami dah turun semula. Kul 3 berhenti kat bharat minum teh...dan terus bertolak balik. Kesimpulannya... aku dgn shah tak puas hati! Kami nak pegi sendiri lain kali. Baru best!

Kalau tanya aku kenapa aku kata best tempat ni..sebabnya dia lebih sejuk dari rumah mak aku yang kat kaki gunung belumut tu...dan dia ada jual macam2 yang aku tak leh nak beli sebab dah abis duit....sebab tu aku kena datang lagi...hehe...






Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: