Cameron Highlands - Cerita Ita                                                             Cameron Highlands Langkau ke kandungan utama

Cameron Highlands

Cameron Highlands


Ketiga, Percutian kami ke Cameron Highlands, bukan percutian sangat pun..hehe…sebenarnya kami ikut trip hari keluarga Kelab Veterinar Pahang ke sana.. tapi alhamdulillah..seronok..tapi biasalah kan kalau dah namanya pun percutian beramai2 ni mestilah ada aje masalah kan?... Pagi Sabtu 14/3 kami dah siap2 awal2 pagi. Hakimi pun aku dah kejut awal pagi nak suruh mandi, memula dia macam nak menangis je tapi lepas tengok air..ok je..hehe.. 

kul 7.30 pagi kami bertolak dari rumah dan sampai ofis kul 7.45 pagi. Masa kami sampai dah ramai yang tunggu kat depan ofis state. Orang dah ramai cuma bas je yang tak nampak bayang lagi. Shah kata dia ada nampak 2 bas parking dekat sek cina depan tu. Rasanya betula la tu bas kami kot. Tunggu kat situ lama la jugak, janji nak jalan kul 8 pagi. Last2 bas datang kul 8.30 pagi. 

Semua yang kat situ pun dah boring tunggu tapi orang lain tak bawak anak kecik cam aku, hakimi la ahli rombongan paling muda kat situ. Puas dah aku dok layan hakimi terlompat2 sebab ramai orang dan tengok ikan kat kolam (nasib baik ada ikan ni, kalau tak sure boring gila anak aku). Kul 9 kami semua selamat naik bas. 

Bas bergerak dalam kul 9.30 pagi la lebih kurang. Pastu la baru je bergerak sikit dia pakat berhenti la kat bengkel dekat dengan area jaya gading, tah batu berapa tah aku tak pasti (hehe..selalu kena tanya orang bab ni). Dia nak check lak lampu bas dulu, pelik aku agaknya diorang selalu buat camni kot.. patutnya check la dulu sehari sebelum bergerak.. pastu kami berhenti lagi kat caltex sebelum masuk lebuhraya sebab nak join sekali dengan bas dari pekan. 

Lepas tu terus bas menghala ke lebuhraya pantai timur – lebuhraya karak. Pastu kat karak berhenti lagi, masa tu dah kul 1 ptg. Kami dah lapo gila dah masa tu, ingatkan diorang nak berhenti mana2 makan pagi dulu jadi kami pun tak makan la sarapan sebab ingat pagi sangat lagi. 

Nasib baik kami bawak bekal makanan penuh satu bakul yang selalu hakimi bawak pegi taska..hehe..konon bekal kat anak la, siap dengan air kotak, kacang, biskut segala..hehe..last2 umi ayah dia yang sapu... diorang berhenti ni pun sebab nak tunggu bas dari temerloh je sebenornya. Tunggu punya tunggu bas tak nampak bayang, so diorang kata kita jalan dulu then berhenti kat hentian rawang lak. Dah sampai rawang kul 2.30 ptg. Bas temerloh masih tak nampak bayang. 

Last2 baru tau yang bas tu rosak. Disebabkan tak tahan menunggu kami desak bas kami bergerak. Antaranya aku la tu sebab tak tahan tengok anak aku yang asyik main dekat longkang yang dalam tu, karang bercuti kat hospital lagi aku kang. Kul 3.45 ptg kami bergerak semula. Kul 6.45 ptg kami sampi ke pej. Veterinar daerah cameron highlands. 

Siap pendaftaran semua dan sampai di hotal jam 7.15 mlm. Malam tu ada acara makan malam dan cabutan bertuah. Kami turun dah pukul 8.45 mlm sebab letih. Makan malam ok. Sedap cuma disebabkan hari hujan dan persediaan untuk hari hujan tidak disediakan maka kami malam tu dapat la minum air sirap bercampur air hujan. Sedap gak tak pernah aku rasa...hehe...

malam tu aku dapat la satu hamper kecik dgn kipas meja...alhamdulillah rezeki...malam tu jugak hakimi tidur atas meja sebab umi dia nak tunggu dapat hadiah cabutan bertuah..hehe.. malam tu jugak hakimi leh tidur dengan baju tebal yang dia tak suka tambah lak dengan sweater yang tebal dan selimut (benda yang paling dia benci)... 

Keesokan paginya kami sarapan kat hotel, kul 9.30 pagi bertolak ke Mardi.. ingatkan jauh sangat..dekat je rupanya...takde apa sangat nak buat kat sini...kami cuma beli kaktus je buat buahtangan. Lepas tu gi Kea farm lak...ramai orang bornong macam2 kat sini..aku? takde apa pun kami cuma jalan2 je...beli keychain sikit, strawberry fresh dan kering je. 

Kul 2 kami dah turun semula. Kul 3 berhenti kat bharat minum teh...dan terus bertolak balik. Kesimpulannya... aku dgn shah tak puas hati! Kami nak pegi sendiri lain kali. Baru best! Kalau tanya aku kenapa aku kata best tempat ni..sebabnya dia lebih sejuk dari rumah mak aku yang kat kaki gunung belumut tu...dan dia ada jual macam2 yang aku tak leh nak beli sebab dah abis duit....sebab tu aku kena datang lagi...hehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum