Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 12 Jun 2015

Apa perlu dibuat bila anak atau bayi anda menangis?

assalamualaikum semua,

pagi ni terasa nak menulis sesuatu pula... rindu nak menulis....dan ingin menulis dalam bahasa yang formal... boleh macam tu? (sila bayangkan icon tengah kenyit mata sambil senyum senget)


sebagai ibu bapa tentu anda mengalami apa yang kami sering alami...iaitu situasi anak menangis tanpa mengetahui apa puncanya...menakutkan dan merisaukan kan?

semalam terjadi pada kami dalam kereta sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja..

situasi : Adik Hadi menangis dan meradang. Saya cuba tenangkan dia dengan memberi susu badan tetapi tidak berjaya. Hadi bangun dan meronta-ronta tanpa saya faham apa yang diinginkannya. Saya cuba tegakkan badan dia dengan memegang kedua-dua lengan tapi tidak berjaya. Kemudian saya cuba memberinya segala bentuk alat permainan yang ada ketika ita, namum masih tidak berjaya.

penyelesaian : Akhirnya saya terpandang buku resepi kecil yang saya dapat percuma melalui Nestle. Buku ini saya telah berikan pada kakak Husna bila dia masuk ke dalam bilik pejabat saya sebelumnya. Di dalam buku ini amat menarik kerana terdapat banyak gambar-gambar berwarna.

resepi facebook
Contoh resepi yang terdapat dalam buku resepi comel Nestle


saya cuba menyebut setiap benda yang terdapat dalam gambar sambil membiarkan adik Hadi memegang buku comel itu dan nampaknya teknik saya berkesan. Bukan sahaja adik Hadi yang terhibur bahkan Abg Long, Abg Ngah dan Kakak Husna ikut sama-sama menyebut setiap benda yang mereka nampak. Dan akhirnya saya berjaya mendiamkan Adik Hadi dari mengamuk. Teknik yang nampak sangat mudah tapi berjaya menyelesaikan masalah saya.

mungkin anda juga boleh mencubanya..anda juga boleh dapatkan sampel percuma berserta buku resepi ini di Facebook Nestle Malaysia.

facebook



dan di sini juga saya nak kongsikan tips dari sumber lain mengenai cara yang perlu dilakukan jika bayi anda menangis dan ketahui puncanya..selamat mencuba...

Anak saya sedang menangis. Apa yang harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda. 

Bedungkan dia dan peluk dengan kuat 
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan. 

Dapatkan ritma yang sekata
Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin tersebut.) 

Buai-buaikan bayi 
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

Cuba kaedah urutan 
Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat  angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas. 

Biarkan dia menghisap sesuatu 
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang. 

Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda 
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibu bapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri. Mereka merasakan bahawa ketidakcekapan mereka sebagai ibu bapalah yang menyebabkan bayi mereka menangis. Tetapi ini bukan hakikatnya. 

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan: 
  • Tarik nafas panjang.
  • Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda. 
  • Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.
  • Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
  • Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain tentang cara untuk menangani tangisan bayi. Direktori A-Z kami mungkin mempunyai sumber yang boleh membantu anda.
  • Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan. 
  • Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.

http://www.babycenter.com.my/a1045598/7-sebab-bayi-menangis-dan-bagaimana-menenangkan-mereka#ixzz3cnwrM900


p/s jom pergi yasinan terakhir sebelum ramadhan... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: