Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Resepi Mudah Apam Kukus

assalamualaikum semua,

semalam ada klik dari pejabat ni bertanyakan resepi apam kukus yang aku pernah tunjuk kat blog sebelum ni.. Resepi Apam Kukus...

dan memang rasa hati macam nak buat dari minggu lepas lagi tapi tak jadi-jadi...

dan akhirnya aku pun menepuk tepung selepas berbuka semalam...

dan akhirnya jadilah menu apam kukus kampung ni...


apam kukus tepung gandum
apam kukus tepung gandum


ini apam kukus yang amat mudah tau... takde letak nasi atau bahan-bahan yang melecehkan pun... karang korang tengok apa bahannya... aku jamin la dapur korang pasti ada punya...

jom kita tengok resepi dia....

Resepi Apam Kukus Tepung Gandum Tradisional
by Cerita Ita

Bahan-bahan

1/2 kilo tepung gandum
1/2 paket yis segera mauripan (1 paket 11 gram)
10 sudu besar gula
(kali ni aku tambah marjerin dalam satu sudu besar penuh)
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Air secukupnya
pewarna jika suka
1/2 biji kelapa parut









Cara-cara

1. rendam yis dalam air suam sampai berbuih (selalu aku buat separuh paket tu dalam air suam setengah cawan) dalam 5-10 minit.

2. satukan tepung, gula, garam dan yis yang telah direndam dalam satu bekas mengadun.(kali ni aku tambah marjerin dalam satu sudu besar penuh)

3. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau (aku guna handwrisk je..)..terus masukkan air sampai adunan jadi macam rupa adunan untuk buat jejemput (cengkodok bilis)..aku tepuk sikit-sikit adunan ni bagi yis tu naik sikit.

4. masa ni kalau suka ada warna cantik-cantik sikit boleh letak pewarna la..(anak-anak suka strawberi..maka aku letak pewarna merah aka sirap ros je)(kali ni aku guna pewarna hijau epal)

5. bila tengok adunan agak naik masa tepuk tu (ada buih-buih sikit) boleh tuangkan minyak masak dan kacau lagi bagi sebati.

6. curah adunan dalam loyang yang dah disapu dengan minyak terlebih dulu. pastikan jangan melebih 1/2 dari loyang sebab apam ni akan naik lagi..

7. Biarkan adunan naik sekejap (dalam 30-40 minit)..sementara tu boleh panaskan periuk kukus..

8. Kukus antara 30-40 minit jugak ( pastikan air dalam kukus betul-betul panas dan kukus dengan api sederhana)..pastikan jugak tutup loyang dengan aluminum foil atau tutup bawah tutup kukus dengan kain (ini untuk elakkan air dari menitik ke atas apam)(aku kukus 30 minit api kuat)

9. biarkan sejuk dan bila dah sejuk baru boleh potong siap dihidangkan dengan kelapa parut (kelapa parut ni boleh dikukus bagi tahan lama dan tambah garam secukupnya sebelum dihidangkan dengan apam)

dan kami makan apam ni masa sahur tadi... hehe.. pastu ada lebih leh bawak masa berbuka nanti..
aku amat galakkan korang tambah marjerin ke dalam adunan tu sebab adunan akan jadi lembut gila macam korang buat apam nasi... ye tak tipu... cer la cuba...

p/s makanan manis dah ada... macam nak buat nasi goreng je la petang ni.. korang berbuka dengan apa?

Ulasan

  1. Nanti nak try la resepi akk ni simple dan sgt detail...mcm sedap je..thanks for sharing

    BalasPadam
  2. salam sis.. semalam saya ada buat resepi ni..
    tp sedihnya.. xmenjadi lah sis..
    kebanyakkan org ckp klu nk buat kuih apam kne guna tepung beras..
    tp kenapa sis guna tepung gandum..
    semalam sy buat guna tepung gandum..
    x menjadi.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bgtau tak mcmana rupa yg tak jadi tu? nak betulkan kena tau rupa yg tak jadi dulu supaya tau kat mana silapnya..

      Padam
    2. apam kampung mcm ni mmg guna tepung gandum je..

      Padam
  3. Tak menjadi la kak. Jadi keras. Tak lembut n airy pun. Saya pun pakai tepung gandum

    BalasPadam
  4. @Nina Natasha

    sukatan dan masa perap tu sama tak nina?
    cuba masa perap tu tutup bekas dengan kain lembap @ letak dalam kawasan yang agak hangat sikit.. akak selalu letak dlm oven yang tak dihidupkan..

    BalasPadam
  5. Senangnya nak buat and rupanya kelapa tu kukuks dulu. Patot kadang-kadang tu nampak macam cantik juicy macam tu.

    // afifahaddnan

    BalasPadam
  6. Hujan² ni rasa nak makan apam panas² pulak. Sedapnya...

    BalasPadam
  7. Akak ni buat apam x pernah menjadi....ntah apesal ntah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut