Logo KBBA

Selasa, 23 Jun 2015

Resepi Mudah Apam Kukus

assalamualaikum semua,

semalam ada klik dari pejabat ni bertanyakan resepi apam kukus yang aku pernah tunjuk kat blog sebelum ni.. Resepi Apam Kukus...

dan memang rasa hati macam nak buat dari minggu lepas lagi tapi tak jadi-jadi...

dan akhirnya aku pun menepuk tepung selepas berbuka semalam...

dan akhirnya jadilah menu apam kukus kampung ni...


apam kukus tepung gandum
apam kukus tepung gandum


ini apam kukus yang amat mudah tau... takde letak nasi atau bahan-bahan yang melecehkan pun... karang korang tengok apa bahannya... aku jamin la dapur korang pasti ada punya...

jom kita tengok resepi dia....

Resepi Apam Kukus Tepung Gandum Tradisional
by Cerita Ita

Bahan-bahan

1/2 kilo tepung gandum
1/2 paket yis segera mauripan (1 paket 11 gram)
10 sudu besar gula
(kali ni aku tambah marjerin dalam satu sudu besar penuh)
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Air secukupnya
pewarna jika suka
1/2 biji kelapa parut









Cara-cara

1. rendam yis dalam air suam sampai berbuih (selalu aku buat separuh paket tu dalam air suam setengah cawan) dalam 5-10 minit.

2. satukan tepung, gula, garam dan yis yang telah direndam dalam satu bekas mengadun.(kali ni aku tambah marjerin dalam satu sudu besar penuh)

3. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau (aku guna handwrisk je..)..terus masukkan air sampai adunan jadi macam rupa adunan untuk buat jejemput (cengkodok bilis)..aku tepuk sikit-sikit adunan ni bagi yis tu naik sikit.

4. masa ni kalau suka ada warna cantik-cantik sikit boleh letak pewarna la..(anak-anak suka strawberi..maka aku letak pewarna merah aka sirap ros je)(kali ni aku guna pewarna hijau epal)

5. bila tengok adunan agak naik masa tepuk tu (ada buih-buih sikit) boleh tuangkan minyak masak dan kacau lagi bagi sebati.

6. curah adunan dalam loyang yang dah disapu dengan minyak terlebih dulu. pastikan jangan melebih 1/2 dari loyang sebab apam ni akan naik lagi..

7. Biarkan adunan naik sekejap (dalam 30-40 minit)..sementara tu boleh panaskan periuk kukus..

8. Kukus antara 30-40 minit jugak ( pastikan air dalam kukus betul-betul panas dan kukus dengan api sederhana)..pastikan jugak tutup loyang dengan aluminum foil atau tutup bawah tutup kukus dengan kain (ini untuk elakkan air dari menitik ke atas apam)(aku kukus 30 minit api kuat)

9. biarkan sejuk dan bila dah sejuk baru boleh potong siap dihidangkan dengan kelapa parut (kelapa parut ni boleh dikukus bagi tahan lama dan tambah garam secukupnya sebelum dihidangkan dengan apam)

dan kami makan apam ni masa sahur tadi... hehe.. pastu ada lebih leh bawak masa berbuka nanti..
aku amat galakkan korang tambah marjerin ke dalam adunan tu sebab adunan akan jadi lembut gila macam korang buat apam nasi... ye tak tipu... cer la cuba...

p/s makanan manis dah ada... macam nak buat nasi goreng je la petang ni.. korang berbuka dengan apa?
Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nanti nak try la resepi akk ni simple dan sgt detail...mcm sedap je..thanks for sharing

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sama-sama :)

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam sis.. semalam saya ada buat resepi ni..
tp sedihnya.. xmenjadi lah sis..
kebanyakkan org ckp klu nk buat kuih apam kne guna tepung beras..
tp kenapa sis guna tepung gandum..
semalam sy buat guna tepung gandum..
x menjadi.. :(

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

boleh bgtau tak mcmana rupa yg tak jadi tu? nak betulkan kena tau rupa yg tak jadi dulu supaya tau kat mana silapnya..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

apam kampung mcm ni mmg guna tepung gandum je..