Logo KBBA

Khamis, 31 Mac 2016

Pening tengok blog

assalamualaikum semua,

aku kan baru tukar template blog ni... konon-konon nak cari yang lagi cantik...sudahnya... ambik ko.. berterabur... aduhai...

ok... di sini hamba menyusun jari sepuluh meminta pertolongan kawan-kawan bagi memperindahkan teratak hamba semula... (ceh macam la yang dulu lawa sangat)...kuikui... tapi tak la buruk sangat dari yang sedia ada ni kan...

jadi sangat lah diharapkan untuk memberi pandangan membina... kalau yang korang rasa menyampah nak suruh aku buang pun aku cuba buang...(kalau berjaya la)

ini gambar yang dikongsi oleh rakan sebentar tadi...



dah kenapa ntah nuffnang aku tu tetiba duduk kat tengah-tengah jalan...

pastu korang tak boleh tengok eh logo kbba yang aku tepek bawah header tu?

serius sangat ni...jiwa jadi kacau... huhu...

jadi tolong ye kawan-kawan.... bagi pandangan membina boleh tak? sekali ni je...( eh ke aku dah mintak tolong banyak kali? heee)..



p/s hari ni kita lunch nasi goreng bekal.... korang makan apa?

Rabu, 30 Mac 2016

Beli buku dengan penghantaran percuma!

assalamualaikum semua,

berminat? mau tidak kan? baca tajuk je dah tak sabar nak ambik tau...

hehehe...itu bagi orang macam aku la tu... penggemar buku...

ok sesiapa yang berminat boleh segera terjah... hari ni je offer ni tau... rugi tak terjah... ok maklumat lanjut boleh klik banner kat bawah ni...



untuk penggemar buku-buku islamik memang patut tengok la... banyak buku yang sangat bagus dengan harga yang sangat berpatutan...


p/s start malam kang ada offer lagi best.. 300 pilihan buku dengan potongan harga tu...fuyoo...

Disclaimers

Disclaimer for Cerita Ita

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at http://rozita-ceritaita.blogspot.my/2016/03/hubungi-saya.html.

Disclaimers for http://rozita-ceritaita.blogspot.my/:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. http://rozita-ceritaita.blogspot.my/ does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (http://rozita-ceritaita.blogspot.my/), is strictly at your own risk. http://rozita-ceritaita.blogspot.my/ will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.

From our website, you can visit other websites by following hyperlinks to such external sites. While we strive to provide only quality links to useful and ethical websites, we have no control over the content and nature of these sites. These links to other websites do not imply a recommendation for all the content found on these sites. Site owners and content may change without notice and may occur before we have the opportunity to remove a link which may have gone 'bad'.

Please be also aware that when you leave our website, other sites may have different privacy policies and terms which are beyond our control. Please be sure to check the Privacy Policies of these sites as well as their "Terms of Service" before engaging in any business or uploading any information.


Consent

By using our website, you hereby consent to our disclaimer and agree to its terms.

Update

This site disclaimer was last updated on: Tuesday, March 29th, 2016
· Should we update, amend or make any changes to this document, those changes will be prominently posted here.


Hubungi Saya

assalamualaikum semua,

ada sesiapa yang beminat nak tau apa-apa sahaja info lanjut tentang entri blog atau berminat untuk tawarkan apa-apa pengiklanan boleh menghubungi saya di alamat berikut:

rozitaabdrahman@yahoo.com

semoga hari anda semua lebih bahagia...

Selasa, 29 Mac 2016

Nukilan Raja Shamri yang patut dijadikan panduan

assalamualaikum semua,

lamanya tak menulis...diduga anak sakit berturut-turut... apakan daya ... ujian kami anak-anak selalu sakit... kami kena redha semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga...

diuji bermakna Allah nak kita dekat dengan Dia...

diuji bermakna Allah sayang...

diuji bermakna masa ada lagi nilai kehidupan yang perlu kita syukuri...


dan hari ini terbaca nukilan seorang tokoh tersohor... aku kenali beliau ketika kejadian banjir besar di Kelantan satu ketika dulu.... sebelum itu memang jujur aku kata aku jarang ambil tau pasal pakar-pakar motivasi di luar sana... jarang la pakar yang berjaya menunjukkan yang beliau betul-betul bangun dari kesusahan zaman lampau... berlainan dengan YM Raja Shamri Raja Husin... seorang yang pernah digelar wira tak didendang satu ketika dulu...
sedikit biodata tentang diri YM Raja Shamri... (disalin dari facebook Raja Shamri)


Dilahirkan di Pasir Puteh Kelantan, YM Raja Shamri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Pasir Puteh sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Machang (SMSM) diperingkat menengah. Setahun sahaja di SMSM beliau terpaksa pulang ke sekolah harian biasa kerana mengalami kesukaran untuk bergerak di sebabkan kecacatan kaki yang dialaminya semenjak dilahirkan lagi.

Berkat ketekunan dan semangat yang tinggi beliau kemudiannya ditawarkan ke Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu setelah mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan SRP di Sekolah Menengah Gaal Pasir Puteh. Setelah menamatkan pelajaran di MRSM beliau ditawarkan pula ke Kolej Yayasan Pelajaran MARA dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Northern Arizona University USA mengikuti kursus jazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Sekembalinya beliau dari luar negara, beliau telah berkhidmat bersama beberapa syarikat swasta di Kuala Lumpur dan di sebabkan rasa tandus dan cinta kepada ilmu pengetahuan yang semakin bergelojak, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA mengikuti kursus dibidang Pengangkutan pula.

Setelah menimba pengalaman berkhidmat di pelbagai sektor kerajaan dan swasta, YM Raja Shamri akhirnya menubuhkan Golden Minds Consultant sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi di Kuala Lumpur.


dan aku sangat kagum dengan semangatnya... seperti apa yang tertulis di dalam nukilannya yang ditulis pada 27 Mac 2016..

kisah hidup raja shamri


raja shamri raja husin
klik gambar untuk ilustrasi yang lebih besar dan jelas


semoga Allah terus merahmati beliau dan segala usaha beliau...amin...

p/s hujan rahmat membasahi bumi kuantan semalam dari pagi hingga malam... Alhamdulillah.. terima kasih Allah...

Rabu, 23 Mac 2016

Gerhana Bulan Penumbra Pada Malam Ini

assalamualaikum semua,

nak kongsikan salah satu minat aku sebenarnya ni tau... aku suka sangat tengok bulan dan matahari... boleh katakan minat gila la... sampaikan matahari cantik pun sibuk nak ambik gambar..bulan cantik pun sibuk nak ambik gambar...

yang kejadian baru ni gerhana matahari tu pun sibuk-sibuk jugak nak ambik gambar walaupun cuma pakai kamera telefon bimbit yang tak canggih mana... alhamdulillah berpeluang melihat kejadian Allah yang cantik ni setiap hari... sebab tu bila jerebu melanda negara dulu aku rindu sangat kat cahaya matahari... macam aku tulis kat ENTRY NI....bukan matahari je aku suka... bulan dan awan pun sama... cuma gambar bulan ni payah la sikit selalu tak dapat nak ambik dengan kamera telefon yang comel ni.. selalu pulak bila kejadian gerhana berlaku kamera besar tu kami tertinggal kat rumah.. sedih...

pasal info gerhana bulan penumbra ni pulak sebenarnya aku baca info dari FalakOnline... tapi sedih tak terkata bila nak tulis entry ni je blog tu dah cecah limit bandwidthnya... huhuhu... apakan daya...

tapi aku sharekan jugak la gambar rupa gerhana bulan penumbra yang dikongsikan  oleh Falakonline ni...
supaya bila kita tengok bulang malam kang kita tau apa yang berubah... kalau boleh bukak website dia lagi bagus... boleh nampak dengan jelas diterangkan kedudukan bulan tu sendiri...nanti kalau diorang dah baiki masalah tu boleh try klik semula ok...

meh kita tengok gambar dulu...

FalakOnline
gerhana bulan penumbra ihsan FalakOnline


tapi yang penting aku nak share link lain... link untuk korang tengok dengan tepat pukul berapa gerhana bulan penumbra ni akan berlaku kat tempat korang ok...

macam aku buat untuk daerah Kuantan kejap tadi... bila masukkan daerah kat link tu akan keluar la butir terperinci bulan akan muncul pukul berapa dan pukul berapa akan berlaku bulan penuh... rasanya kalau tengokkan pada cuaca sehingga petang ni macam ada peluang nak tengok dengan jelas selepas maghrib malam ni....

ini detail yang diberikan oleh link yang diberitahu oleh FalakOnline jugak ni...


bulan terbit dan bulan penuh di Kuantan



jadinya berpandukan panduan bulan terbit dan penuh ni kita boleh tengok keadaan perubahan bulan dari jam 7.14 petang sehingga jam 8.00 malam ni di daerah kuantan...kalau rajin la nak tunggu dari mula sampai abis... kalau tak rajin macam aku baik lepas korang solat maghrib tu cuba la jeling-jeling ke luar... cuba la snap-snap jugak kalau ada camera canggih ye... aku takde... so dapat tengok je la dan simpan dalam kotak memori...

dan kalau korang nak tau daerah korang berlaku pukul berapa klik link MOONRISE ni dan masukkan nama tempat korang dalam kotak sebelah search yang ada gambar bulan sabit comel tu...

dan...ada lagi tau kalau korang terlebih rajin lagi... meh tolong sahabat kita ni buat kajiselidik..Al Fadhil Ustaz Mohamad Faizal Jani dari Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak inginkan korang yang rajin untuk tengok kedaan bulan di tempat korang dan isikan kajiselidik yang sedang dijalankan oleh beliau ni... korang boleh klik PAUTAN INI untuk tengok borang dan apa yang kena tengok sebelum gerhana bulan penumbra berlaku pada malam ni Rabu..23 Mac 2016... lepas tu boleh tolong isikan dan hantar sehingga hari Jumaat ni 25 Mac 2016 ok...

penerangan pasal gerhana dan solat sunat gerhana bulan ada diterangkan pada POST ini oleh FalakOnline... diharap dapat membantu sesiapa yang berminat untuk tau...

harap cuaca kekal cerah sampai ke malam...


p/s teringinnya nak ke #SBB2016 kalau la ada kesempatan dan rezeki...











Panduan Mengambil Wudhu' atau Air sembahyang untuk pesakit

assalamualaikum semua,

pagi tadi aku ada share gambar dari SINI pasal panduan berwudhu' yang disediakan oleh Medik TV pada pesakit... menarik tau... aku pun baru tau bila pergi ke hospital semalam...

medik tv


yang menariknya siaran tu disiarkan pada tv yang berada di luar legar Unit Farmasi Klinik Pakar HTAA... bagus idea orang ni... sebab memang ramai yang sedang menunggu giliran untuk mengambil ubat masa tu... masa yang diperuntukkan untuk ambik ubat pun agak lama... macam aku sendiri menunggu dari jam 10.40 pagi hingga jam 11.20 pagi baru dapat ambik ubat... jadi kena bagi kredit la kat mereka ni rasanya kan...

salah satu kredit yang boleh dibuat oleh blogger picisan macam aku ni kan...adalah dengan menulis satu entri berisi info dari Medik Tv ni... pada aku ianya sangat berguna untuk semua orang...

eh korang tau tak info pasal Medik TV ni? ok aku cerita sikit la...

info yang aku dapat Medik TV ni dah ada lama... post pertama diorang kat facebook pun bermula dari tahun 2011 lagi tau... punya la lama tapi aku baru je klik semalam... hehehe... itu pun nasib la ternampak kat tv semalam... kalau tak sampai bebila tak tau... aduhai...

selain ada platform di Facebook.. ada jugak blog khas untuk Medik TV ni... boleh la korang klik dan usha-usha apa yang menarik dalam tu... psssstttt video upin ipin pun ada tau... heee...kalau nak subscribe dengan diorang kat channel youtube pun boleh..

ok kita balik pada cerita pasal video wudhu ni semula...
daripada petikan siaran videonya disertakan sekali dengan ceramah pendek.... dan kemudiannya diikuti dengan tatacara pemgambilan wudhu' dari mula hingga habis dengan penerangan jelas... memang pada aku sangat-sangat bagus la...

ok jom tengok videonya....



semoga memberi manfaat kepada semua pembaca Cerita Ita insyaAllah...


p/s bekal nasi goreng dah selamat abis... tapi masih fikir apa yang boleh makan.. hehehe...

Wordless Wednesday # 101 : WUDHU'

assalamualaikum semua,

gambar ni ambil kat hospital semalam.... video cara-cara mengambil wudhu' (air sembahyang) bagi orang sakit..


medik tv


p/s telefon full storage lagi.. whatsapp tak boleh guna.. bila la nak ada rezeki dapat telefon lagi besar storage ni...

Selasa, 22 Mac 2016

Kisah Hospital dan Takut Allah

assalamualaikum semua,

Kisah hospital


pagi tadi aku ke hospital hantar adik hadi untuk temujanji di klinik ENT HTAA... pernah pergi sebelum ni pasal masalah telinga dia...aku pernah cerita sebelum ni... Sakit Telinga dan fisioterapi.. dan pagi tadi adalah temujanji susulan... masalah masih sama jadi doktor cuba bagi penyelesaian dengan antibiotik selama seminggu.. lepas ni akan ada susulan temujanji lagi selepas dua minggu...

alhamdulillah setakat ni adik hadi ok dan tak meragam.. dia pun masih aktif dan tak pernah menangis sakit telinga ke apa ke... cuma ada masalah bila kami cuba bersihkan telinga dia je la... sebab dia tak mau berenti... hehehe.. paksa kami korek lagi telinga tu sampai nangis-nangis... sedap sangat gayanya orang korekkan telinga... sampai meleleh-leleh air liur selalunya... hehehe.. hadi.. hadi...

harapnya selepas dua minggu nanti telinga hadi makin ok...

Takut Allah

ni kisah semalam waktu kami balik kerja... macam biasa la akan ada perbualan anak-anak yang mencuit hati... kisah ni pulak antara perbualan abg ngah dengan abg long...

kisah ni berlanjutan dari kisah shah tak bagi diorang main kat luar semalam.. sebabnya takde orang yang nak pantau.. kami sibuk dengan nak mandi dan aku macam biasa la sibuk nak masak..

lepas tu entah macamana boleh pulak dua beradik ni berbual macam ni..

abg long : awak takut dengan ayah ke?

abg ngah : ye la..

abg long : awak takut dengan Allah tak?

abg ngah : takut...

abg long : kalau awak takut dengan Allah kenapa awak takut dengan ayah pulak?

abg ngah : saya takut dengan ayah dengan Allah jugak la...

abg long : kalau awak takut dengan Allah awak patutnya tak boleh takut dengan ayah... kita cuma boleh takut dengan Allah je la...kan ummi?

aku : (tetiba je ummi diseret dalam perbualan ni)... dua-dua betul.. abg ngah takut dengan ayah betul la tu.. tapi tak boleh melebihi takut pada Allah...

abg long dan abg ngah : ooooo....


susahnya mendidik anak masa kini kalau takde ilmu... kena sentiasa cari ilmu untuk sentiasa lebih ke hadapan daripada anak-anak...


p/s hari ni macam ada mood nak memasak lempeng cicah belen kuah asam pedas kerisi bekal pagi tadi... peh ngences....



Isnin, 21 Mac 2016

kenapa berita macam ni?

assalamualaikum semua,

elok je tukar template blog pastu malas update... motif? hehehe...

maaf ye semua... tuan tanah baru balik dari perjalanan jauh... nanti insyaAllah aku ceritakan...

ni nak cerita kisah malam tadi di kampung... masa kami tengah makan malam sebelum bergerak balik ke kuantan.. sambil makan sambil dengar berita dari tv di ruang tamu rumah atuk...

abg long : ummi... kenapa ye berita macam ni?

aku : macam mana?

abg long : ye la berita tu la... mesti hari - hari ada berita orang kena culik la.. kena bunuh la...

aku : ye la... berita jenayah makin banyak...

abg long : kenapa tak masa berita tu terus je baca berita pasal bola ke kan ummi?

aku : tak boleh jugak... orang pun nak tau berita semasa...

abg long : dulu-dulu takde kan berita macam ni? masa ummi kecik-kecik dulu?

aku : memang kurang nak... ada jugak tapi tak banyak...

abg long : tu la... sekarang makin banyak kan?

aku : aah....(nak sambung lagi ayat tu... dunia makin tua..orang makin hilang pedoman.. tapi tak jadi sebab rasanya elok dia jadi dewasa dengan sendirinya...)



alahai anak.... awak pun dah pandai menilai ye anak...  dunia makin tua.. anak-anak matang sebelum waktunya....


p/s masa ummi baya awak dulu, berita pun ummi tak tengok... gasak berlari main sana - sini... huhuhu...

Selasa, 15 Mac 2016

Blog Berwajah Baru Lagi?

assalamualaikum semua,

adoiiii...kemaruk betul....padahal baru hari jumaat lepas tukar template...hari ni dah tukar lagi..
hahaha...

sila abaikan kejakunan aku ini ok...macam si kudung dapat cincin dah gayanya..hehe...

disebabkan aku update guna hp jadi tak boleh nak sertakan gambar terbaru...

cuma sebolehnya nak mintak pendapat korang dengan blog baru ni dari semua segi...meh silakan memberi pendapat korang seikhlas hati ok...


p/s..mata dah ngantuk....baju tak abis kemas lg ni..
Pulau Pinang...kami datang....!




Jumaat, 11 Mac 2016

Blog Berwajah Baru

assalamualaikum semua,

blog dah berwajah baru... alhamdulillah... terima kasih pada cikgu-cikgu berdua (SOHOQUE dan SHEHAN) yang sudi mengajarkan saya yang level tadika ni ye.... jasamu dikenang...hehehe...

untuk pengunjung... kalau tak sesuai sila bagi tau ye.... dan maaf banyak yang tunggang-langgang lagi...blogger tadika baru nak naik sekolah rendah... kesilapan harap dimaafkan....hehe...

gooyaabi
yeay...wajah baru





apa pun cantik tak wajah baru ni?


p/s ada talk kat UIA kejap lagi leka adjust blog sampai lupa makan... huhu...

Khamis, 10 Mac 2016

SEGMEN TOP MOMMY BLOGGERS BY SHEHANZSTUDIO.COM

assalamualaikum semua,

berdirinya saya di sini bagi menyahut seruan tuan punya blog SHEHANZSTUDIO.COM yang sudi menyediakan ruang bagi seorang ibu seperti saya...dan saya amat berbesar hati untuk eh.... bukan kena bagi ucapan kan dik? hahaha... maaflah... over...

meh sesiapa seorang ibu yang ada blog yang terasa sudi nak join segmen dari seorang blogger aktif ni... jom korang... klik je kat gambar bawah ni....




p/s tengahari ada misi beli inti kaya.... bila mau jadi kaya ni?

Rabu, 9 Mac 2016

Wordless Wednesday # 100 : Setitik Peluh Sebiji Pau

assalamualaikum semua,

nampak tak wordless wednesday entri dah jejak ke 100? alhamdulillah...

dan sempena angka istimewa... kita share gambar istimewa pagi ni....


kuantan pahang



p/s alhamdulillah dah bertambah 2 jenis inti sekarang... pau kelapa, pau kacang merah dan pau kaya... doakan kami :)

Wordless Wednesday # 99 : TIPS SENAMAN UNTUK KURUS

assalamualaikum semua,

banyaknya nak tulis tapi belum ada kesempatan... kali ni kita share tips kurus yang dapat dari facebook INI... semoga bermanfaat untuk semua...insyaAllah... terutama yang pasang azam tapi cuma azam je yang makin kurus nampaknya... hehehe....


















p/s korang tengok kejadian gerhana matahari pagi tadi? Subhanallah... indahnya ciptaan Allah kan?

Selasa, 8 Mac 2016

Selamat Hari Wanita Sedunia!

assalamualaikum semua,

tak sempat nak buat apa-apa entri minggu ni...

cuma singgah nak ucapkan selamat hari wanita sedunia buat semua pembaca blog Cerita Ita...




p/s tadi dan dapat makan kek sambutan besday... alhamdulillah...

Khamis, 3 Mac 2016

Sakit telinga dan fisioterapi

assalamualaikum semua,

pagi ni ada temujanji di hospital untuk hadi dan shah...

shah macam biasa ada fisioterapi sakit belakang dia yang aku pernah cerita kat SINI dan SINI dulu... memang tak dapat banyak rawatan pun boleh dibuat kecuali fisioterapi... semoga Allah berikan keajiaban pada keluarga kami.. insyaAllah...

fisioterapi shah hari ni pukul 9.30 pagi... aku memang jarang teman dia ke fisioterapi... awal-awal dulu adalah..lepas tu bila dibuat setiap minggu dan setiap dua minggu terasa pulak macam tak patut aku nak temankan setiap kali...rasa bersalah pulak dengan rakan sekerja...maaf ye bang...

temujanji adik pulak jam 10 pagi ni di ENT... pasal masalah telinga adik hadi yang akan bernanah setiap kali dia kena selsema... tapi dah masuk 3 minggu pada minggu lepas... masuk minggu ni dah 4 minggu masih ada bau nanah walaupun dah tak nampak nanahnya sangat... selsema pun dah lebih 2 minggu dah hilang dan kering... minggu lepas masa kami datang untuk buat check up lepas makan antibiotik selama seminggu doktor ada sebut telinga dia mungkin ada lubang kecil... Allah... hati dah ada cuak sikit... tapi disebabkan pengalaman tengok anak sakit telinga yang lagi teruk macam kes Abg Long dulu jadi kami lebih rilek kali ni... terus mintak surat untuk rujuk ke Pakar ENT di Hospital Besar Kuantan HTAA je la...

harapnya ada berita positif yang akan kami dengar... berdoa... dan terus berdoa...

ni haa budaknya ada ikut aku gi keja sementara belum gerak ke hospital...

macam biasa tempat kegemaran dia = dalam kotak =



doakan urusan kami dipermudahkan ye... terima kasih semua...

p/s cuaca agak panas kat sini tapi angin sangat kuat jadi tak rasa sangat panas...tempat korang macamana?

Rabu, 2 Mac 2016

Ingin letak iklan dengan bayaran murah dalam Cerita Ita?

assalamualaikum semua,

alhamdulillah dah hari rabu... ok dah baca tajuk?




untuk sesiapa yang berminat boleh buat urusan melalui email ke rozitaabdrahman@yahoo.com ok...

insyaAllah bayaran yang dikenakan sangat murah dan berpatutan... semoga peluang ini dapat dimanfaatkan dan membantu sesiapa jua terutama rakan-rakan yang nak mempromosikan produk mereka...

Syarat pengiklanan

1. Iklan yang berunsur lucah amatlah dilarang.
2. Penukaran banner dibenarkan hanya 2 bulan sekali.

syarat-syarat tambahan mungkin akan menyusul..


jadi apa tunggu lagi... meh email sekarang.... rozitaabdrahman@yahoo.com