Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 15 Julai 2017

Persiapan ke Korea : Aktifkan Kad ATM

assalamualaikum semua, aku belum cerita lagi pasal salah satu persiapan aku nak ke Korea ni kan.. yang ni memang sangat penting.. penting bukan sebab aku banyak duit tapi sebab aku tak berapa nak ada duit sebelum pegi.. tukar duit pun cukup-cukup je wei.. aku nak cerita pasal aktifkan kad atm atau kad kredit sebelum melancong ke luar negara..

aktifkan kad atm di luar negara


sebelum ni aku ingat macam taknak buat atau tak perlu je kot nak buat.. bawak duit cukup-cukup dan belanja mana ada je la.. tapi bila tengokkan keadaan jadual yang dah diberi melalui email.. rasanya akan ada banyak hari yang makan malamnya tak disediakan.. 

antara alternatif kami ialah beli makanan yang senang nak dipanaskan untuk makan.. macam pek Brahim atau megi.. yang tu nanti la aku ceritakan.. kalau tak sempat pun aku sambung balik Korea kang cerita.. lepas tu ingatkan beli barang-barang sikit je la untuk cenderahati.. tapi tetiba pulak bila tukar duit rasa macam.. abislah kalau tak cukup kat sana  nanti macamana.. panik woo..

kebetulan pulak ada kawan yang dah biasa travel luar negara kat opis cerita yang dia pun pernah keluarkan modal kecemasan macam tu.. jadi kena jugak aktifkan kad kata dia.. lalu aku pun cuba la call pihak bank.. 

bank pertama yang aku ada tentunya la Maybank pilihan ramai tu.. bila tanya dan minta nak aktifkan dia cakap boleh je dia buat melalui telefon.. tapi ada cas yang akan dikenakan nanti.. casnya ialah RM12.72 bagi setiap pengeluaran.. tak kisah berapa banyak korang nak keluarkan nanti.. 

lepas tu aku cuba pulak call satu lagi bank yang aku ada.. bank je ada banyak termasuk kad tapi takde duit..hahaha.. Bank kali ni ialah CIMB Bank.. bila tanya boleh je dia aktifkan.. terus mintak tarikh nak berlepas semua tu.. lepas tu aku tanya cas.. dia kata bank akan kenakan cas sebanyak RM10.60.. ok lagi murah dari Maybank!

lepas tu pulak giliran satu lagi bank aku cuba.. nampak tak yang ada banyak bank dan kad? hahaha.. kad je banyak tu.. kali ni Bank Islam pulak.. diorang pun boleh aktifkan guna telefon je.. cas yang dikenakan sama macam CIMB tadi RM10.60.. terbaik.. jadinya aku buat keputusan bawak 2 kad bank ni je la buat back up.. mana tau salah satu jem.. boleh cover dengan yang satu lagi.. harapnya tak perlulah sampai nak keluarkan duit guna kad Atm kat sana nanti.. huhu.. tapi mana tau kot korang nak kirim benda-benda ke nanti kan...hehehe..

eh lupa bagitau.. korang boleh aktifkan jugak kad korang untuk kegunaan di luar negara dengan datang ke kaunter bank jugak tau.. aku? malas..  hihihi.. 


Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

nohas berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lbh baik ada back-up..nmpaknya CIMB & Bank Islam lbh murah caj nya..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau aku pun malas gak ita. Call aje lah. Semoga dapat menimba ilmu sebaiknya disana Dan dapat jalan1 puas2 ye

Uyul Rosli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnyaaaa nak ke Koreaaa. Kirim bakal suami satu hehehe
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

nini berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hihi....nak kirim jong look boleh dak...bahaha

Siti Yang Menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice sharing.. CT x penah lagi aktifkan kad ke luar negara. boleh cuba lepas ni sebab yaaa kadang2 kita perlukan backup. dahla CT xdak CC so memang rely on cash..