Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 3 Julai 2017

Persiapan ke Korea : Cenderahati di Galeri Tenun Pahang DiRaja

Persiapan ke Korea : Cenderahati di Galeri Tenun Pahang DiRaja

assalamualaikum semua, kejap je dah masuk bulan Julai dah pun.. rasa macam baru je tau pasal keputusan temuduga untuk program NHI ke Korea ni bulan lepas.. tup-tup dah masuk bulan Julai dah pun.. dan tak sampai dalam 2 minggu lagi aku akan ke Korea.. macam tak percaya pun ada jugak rasanya ni.. 

Persiapan ke Korea : Cenderahati di Galeri Tenun Pahang DiRaja


Galeri Tenun Pahang DiRaja



aku kan dah janji dengan korang nak update setiap aktiviti yang berkenaan kan aritu? sebelum ni aku dah cerita pasal passport.. jadinya aku teruskan jugak dengan ceritakan agenda perancangan aku dalam persiapan ke Korea ni jugak.. antaranya yang paling penting di sana nanti akan ada peluang untuk bersama dengan keluarga angkat seperti dalam tentatif program yang dirancangkan.. jadinya aku dah rancang nak bawak sesuatu sebagai kenang-kenangan untuk family angkat tu nanti.. 

aku ada la rancang beberapa idea.. contohnya macam nak bawak.. antaranya disebabkan sekarang ni memang tengah musim raya dan mood raya tu masih kuat.. maka aku ingat nak bawakkan kuih-kuih raya yang agak tradisi tu ke buat bekalan kan.. macam bauhulu tu ke.. dodol ke.. atau apa-apa la yang aku rasa orang Korea boleh makan.. kalau nak bawak biskut-biskut yang cantik-cantik sangat tu aku takut nanti dah sampai sana rupa yang cantik pun dah tak nampak cantik lagi dah.. hahaha.. jadinya kena bawak yang agak tahan lasak.. korang ada cadangan lain tak selain yang aku tulis ni? meh la komen..

antara lain idea aku ialah bawa sesuatu yang ada identiti Malaysia atau lebih tepat lagi di Negeri Pahang yang aku duduk ni haa.. aku amat suka dengan hasil Tenun Pahang tau.. jadinya aku pun luangkan la masa aritu untuk tinjau apa je yang dijual yang menarik hati untuk dibawak bersama nanti ke kan.. 

eh.. jap ada sesiapa yang tak tau lagi ke apa Galeri Tenun Pahang DiRaja tu?

ok.. ok meh aku ceritakan serba sedikit pasal Galeri Tenun Pahang DiRaja ni.. sebenarnya Galeri Tenun Pahang DiRaja ni merupakan salah satu cabang ekonomi yang dibina pada tahun 2015 bersama majunya Pusat Pengembangan Tenun DiRaja Pahang Kg. Sg. Soi Kuantan yang teleh terlebih dahulu dibina pada tahun 2000.. semuanya kerana nak mengekalkan seni kraftangan yang terkenal di Negeri Pahang sejak berabad yang lalu.. 

Mengikut sejarahnya, Tenun Pahang ni diwarisi dari Kepulauan Riau, Indonesia yang dibawa bersama penghijrahan orang-orang Bugis ke Negeri Pahang pada satu ketika dahulu.. sangat menarik kisah asal usulnya.. dan demi mengekalkan seni warisan zaman berzaman inilah tertubuhnya pusat pengembangan tenun dan galeri tenun ini.. aku memang suka dengan sejarah wei.. dan pada aku hasil dari Tenun Pahang ni adalah sesuatu yang patut dibanggakan oleh anak bangsa Malaysia terutama warga Pahang tu sendiri.. ianya jugak membuktikan adat.. budaya serta salasilah asal penduduk kita dari mana puncanya..

disebabkan aku nak tinjau apa yang menarik nak dijadikan cenderahati tu nanti jadi meh la aku tunjuk kat korang apa je yang menarik ada dijual di Galeri Tenun Pahang DiRaja ni..






































sebelum aku lupa.. kalau sesiapa yang rasa nak berkunjung ke Galeri Tenun Pahang DiRaja ni boleh la berkunjung ke Pusat Pengembangan Tenun DiRaja Pahang Kg. Sg. Soi Kuantan atau boleh jugak ke cawangan lain galeri ni di Galeri Tenun Pahang DiRaja Bandar.. di Jalan Penjara berdekatan dengan Hospital Besar Kuantan HTAA..

ada promosi raya lagi tu

waktu operasi

nampak tak pengiring kecik yang ikut ni?


ok korang dah tengok kan gambar yang aku tunjuk ni.. rasa-rasa yang mana patut aku bawak ke Korea ek?


Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

gambar no.1 tu apa yer k.ita?

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

depends souvenir tu nak bagi kat lelaki atau perempuan..kalau perempuan bag tenun tu lawo dh

Rozita Cerita Ita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Normi Nieza
sarung kotak tisu ciknor.. gambar tetiba jadi blur pulak..haha

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murah dgn promotion Tu ita.. kena beli tu

nini berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cantik la produk dia...harga promosi olak tu...hihi...geram pulak kita tgk