Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 26 Julai 2017

Untunglah ada teknologi

assalamualaikum semua, lamanya tak update blog ni sejak dah sampai ke sini.. banyak sangat masa terluang dihabiskan dengan menjelajah Korea ni terutama bandar Seoul.. banyak sangat cerita nak diceritakan sejak hari pertama di sini.. 

pocket wifi


tapi pasal pengalaman berada di sini tu aku akan bercerita dari hari ke hari, insyaAllah.. pengalaman yang agak best untuk dikongsikan bersama.. mana tau berkesempatan untuk sekali lagi melawat negara Korea ni, jadi boleh jugak benda yang ditulis tu dijadikan panduan nanti..

hari ni adalah luang masa sikit sementara berada di Hanok Village yang agak sunyi ni untuk update blog.. kebetulan pulak site visit kami akan mula lambat sikit pagi ni dalam jam 9 pagi jadinya adalah masa sekejap untuk menulis.. 

sepanjang 10 hari dah berada di sini aku beesyukur sangat masih lagi berjaya hubungi keluarga terutama suami dan anak-anak hampir setiap hari.. semuanya sebab adanya teknologi di zaman ni yang sangat membantu.. alhamdulillah.. kami terasa sangat dekat walaupun hakikatnya jauh beribu batu.. 

semasa kat sini sebenarnya ada je Wifi yang agak kuat signalnya tapi untuk kami yang berada hari-hari di pusat latihan NHI yang tak sediakan wifi tu ada masalah sikit.. tapi ada jugak disediakan wifi egg atau pocket wifi dengan 1 GB data sehari bagi kami sementara ada kat sini..

walau macam tu ada masalah jugak sebab wifi egg ni berkongsi dengan teman sebilik.. bila kawan tu takde terus takde line.. di hotel yang kami duduk pun wifinya agak bagus.. cuma disebabkan digi ada buat promosi roaming yang agak berbaloi.. maka aku pun terus la buat roaming tu.. cuma bayar RM35 untuk 5 hari.. dapat la 2 GB internet dan 30 minit untuk panggilan.. panggilan tu agak penting untuk apa-apa kecemasan.. dan aku guna untuk call mak je..

sedih je muka dia kan? :'(





untuk call shah dan anak-anak aku guna video call kat whatsapp je.. itu yang mudah dan berbaloi.. siap boleh bercakap dalam bas sepanjang jalan nak ke pusat latihan setiap hari.. alhamdulillah.. dengan teknologi jugak boleh tengok anak-anak dari muka cebik-cebik sampailah dah nangis.. haha.. untunglah ada teknologi kan?
Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnyaaaaaaaaaaaaaa

eynda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alaaaa cian tengok anak-anak ... rindu la tu :-)

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alolo mesti anak2 ko dh rindu umminya Kan.. takpelah ita, pengalaman ni berharga
Balik Malaysia nanti lepasmemang rindu dendam puas2 dgn anak2 Dan Napa anak juga hihi

Siti Yang Menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehee nanti boleh kongsikan juga citer2 di Korea.. seronok ni nak baca ^^

Nieyl berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Singgah isnin dari nieyl