Isnin, 4 Disember 2017

Azlinda Alin dari kacamata Ceritaita

Assalamualaikum semua, lama dah tak menulis pasal kawan-kawan kat blog ni.. tapi tetiba nak jugak sahut cabaran menulis tentang semua blogger yang aku kenal.. bukan semua la tapi yang aku mampu tulis.. hari ni aku nak tulis pasal rakan blogger Azlinda Azman.. siapa dia Azlinda Azman yang aku kenal.. tak layak rasa sebenarnya untuk aku menulis pasal blogger yang makin meningkat naik ni.. 

Azlinda Alin dari kacamata Ceritaita


ok aku sebut Linda je la ye.. sebab aku panggil dia dengan nama Linda je.. pertama kali aku jumpa linda ni sewaktu aku mengikuti sambutan hari keluarga sebuah kelab yang sama-sama kami masuk satu masa dulu.. masa tu cuma tau linda dari blog dia je www.azlindaalin.com tapi tak pernah terfikir akan berpeluang bertentangan mata.. tapi itulah rezeki agaknya nak jumpa orang hebat yang selama ni aku baca je blognya..

dan pandangan pertama aku pada waktu tu, Linda seorang yang sangat kuat semangat dan tetap pendirian dia.. aku kagum bila dengar dia berkata-kata tentang bagaimana dia boleh terlibat dalam menulis blog.. sangat memberi inspirasi sebenarnya.. sebab punca utama dia menulis tu memang macam aku jugak.. suka menulis kisah seharian terutama kisah anak-anak dan akhirnya tak sangka bila ada yang bersungguh-sungguh menjadikannya sebagai rujukan..  aku rasa ramai kot ibu-ibu kat luar sana yang sama macam kami ni.. 

tapi bila linda ceritakan pasal macamana dia usahakan untuk tetapkan matlamatnya dalam dunia blogging dan macamana dia berusaha untuk tambah ilmu lebih mengagumkan aku waktu tu.. dan sekarang ni lebih kagum lagi bila tau seorang ibu bekerjaya yang beranak tiga ni mampu jugak menulis blog dalam kesibukan menghadap kerja, melayan anak-anak serta buat kerja sambilan lagi tau sebagai penjual online.. banyak jugak barang linda ni jual.. itu yang aku sangat kagum tu.. antaranya agen aktif untuk Shaklee,  Ephyra dan jugak yassin custom made tu.. kagum kan.. aku yang cuma buat separuh je dari linda terfikir mana linda dapat kekuatan untuk buat semua tu agaknya.. 

maintain cantik walau baru je melahirkan anak tu.. 


Buat linda,  peluang untuk kenal linda lebih dari sahabat blogger dari minat yang sama merupakan pengalaman berharga buat akak tau.. secara tak langsung jugak menyuntik semangat buat akak yang selalu malas update blog ni.. hihi.. semoga persahabatan kita berpanjangan hendaknya ya linda..  akak doakan jugak supaya linda makin dimurahkan Allah di mana sahaja termasuk rezeki berblog dan anak-anak.. 

antara yasin yang dijual


bagi sesiapa yang nak kenal lebih lanjut pasal linda atau nak tempah tasbih dan naskah yassin yang cantik boleh ikuti Linda di blog, facebook dan instagramnya jugak ok.. 



Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok kan kenal dan berkawan dengan Linda nie Ita.. harap ukhuwah kita berpanjangan kan.. aamiin..

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Linda memang jadi sumber inspirasi saya kak

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Rasa syukur sgt dipertemukan dgn sahabat mcm kak linda.

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok berkenalan dgn blogger yg hebat2. Tq ita buka jalan untuk lebih mengenali Linda Dan rakan2 yg lain