Blogger cantik Suria Amanda, siapa dia sebenarnya? - Cerita Ita                                                             Blogger cantik Suria Amanda, siapa dia sebenarnya? Langkau ke kandungan utama

Blogger cantik Suria Amanda, siapa dia sebenarnya?

Blogger cantik Suria Amanda, siapa dia sebenarnya? 


assalamualaikum semua,  hari ni sampai giliran seorang lagi blogger untuk aku kongsikan dari kacamata Ceritaita..  kali ni pasal blogger Suria Amanda pulak..  Suria Amanda atau lebih dikenali sebagai SA dan aku panggil Kak SA sebab tua setahun dari aku.. aku dulu ingat kak SA ni muda tau.. aku pun bahasakan diri akak dengan dia.. hahaha.. tapi memang serius tau nampak muda sangat orangnya.. 

Blogger cantik Suria Amanda, siapa dia sebenarnya? 


Kak SA yang manis bergaya ni sebenarnya blogger popular separuh masa jugak macam aku.. cuma disebabkan kak SA memang tinggal di area Lembah Kelang jadinya peluang untuk hadiri event tu agak mudah.. suka tengok bila kak SA update di media sosial bila ke mana-mana event.. cantik bergaya penampilannya.. 

Kak SA ni jugak seorang blogger yang sangat rajin tau.. rajin update blog.. purata dia boleh update dalam 3 hingga 4 entri sehari.. kagum aku dengan blogger rajin macam ni.. itu belum lagi part blogwalking dan tinggal komen di blog orang lain jugak.. memang sangat rajin.. 

Aku suka baca blog kak SA walau tak pernah berjumpa lagi dengan orangnya.. terutama bila kak SA update pasal resepi.. oh ya.. kak SA rajin memasak jugak tau.. tetiap hari bawak bekal ke tempat kerja tau.. ini lagi la aku kagum.. kalau aku part bawak bekal ni biasa on off jugak.. lepas tu lauk bekalnya pulak bukan yang cikai-cikai macam aku punya lauk selalu bawak tu.. lauk grand pulak tu yang dia masak.. mau tak kagum tengok?  dengan lauk masak lemak cili padi dia.. aduhai.. memang mengeluh la bila tengok gambar..  



tengok la gambar lauk yang dimasaknya ni



Kak SA ni berasal dari Negeri Sembilan,  jadi tak hairan la kalau dia tunjuk lauk masak lemak tu macam kita rasa sampai takleh nak pandang lain kan.. 






Kak SA seorang ibu tunggal yang ada seorang anak dara yang sama cantik macam ibunya.. suara pun sedap dua anak-beranak ni.. buat masa ni kak SA dah jadi tunangan orang tau.. jadi jangan berani nak ngurat-ngurat ok.. korang yang nak tau lanjut pasal kak SA boleh la tinjau blog,  fb dan IG dia ok.. 
macam adik dan kakak kan? 



Ulasan

  1. Suka tengok kak SA juga. Cantik bergaya :)

    BalasPadam
  2. Dah cantik bergaya pandai masak pulak kan..

    BalasPadam
  3. Memang sedap2 lauk kak SA masak..ngnces kejap hehe

    BalasPadam
  4. Auw..auw...malu ni...malu...thanks ita buat review pasal akak yang ntah apa2 ni.. muahahaha..SA biasa je x macam yg ita gambarkan..jom sama2 jadi hebat ye..akak masih perlu banyak belajar lagi..x cukup ilmu...jom kita share ilmu sama2...

    BalasPadam
  5. Samalah kita.. ingat kak SA LG muda mmg awet muda dia

    BalasPadam
  6. Kalau baca blog kak SA nak nak bab share macam macam resipi boleh jadi craving terus

    BalasPadam
  7. ingat kak SA ni pelakon sebab ada iras pelakon hehe

    BalasPadam
  8. Lama tak singgah ke blog SA. Bila nak singgah tadi, tak boleh akses pula. Tak tahu kenapa. Apa pun tahniah buat SA. Selapengantin baru...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum