Selasa, 5 Disember 2017

Beli Customized Planner dengan hanya RM25

assalamualaikum semua, aku nak ceritakan hari tu aku sempat dapatkan promosi untuk customized planner untuk tahun 2018 dengan harga yang berbaloi.. dan meh aku kongsikan kat mana aku beli planner ni.. asalnya konon nak beli planner dengan seseorang di IG lepas tengok kawan-kawan upload hasil dari kerja tangan orang tu.. sangat cantik.. tapi bila fikirkan balik aku ni kadang ada planner tu tak penuh ditulis jadinya beli je la yang biasa-biasa kat kedai buku tu je kan..

Beli Customized Planner dengan hanya RM25


sekali tu bila berjalan ke kedai buku yang dekat dengan rumah dan tempat kerja ni.. aku saja la tengok harga dan tinjau dulu.. tapi kebanyakkan yang biasa-biasa pun dah RM10 ke RM15 harganya setiap satu.. ada la yang murah jugak tapi cuma ada setakat kotak kecik je yang kadang kau nak menulis pun tak puashati..

tetiba pulak aku ternampak promosi kat email Pixajoy untuk buat customized planner atau dipanggil Photo Notebook yang ada potongan sehingga 45%.. menjadikan harganya cuma RM16.44 dari harga asal dia RM29.90.. bila dah termasuk bayaran pos dan GST semuanya jadi RM25.91.. pada aku ianya agak berbaloi.. sebab harga tu untuk notebook yang berkulit keras dan kualiti gambar dia sangat cantik.. untuk sesiapa yang suka barang yang rare, limited edition dan tak sama dengan orang sangat sesuai  la tempah dengan harga yang berbaloi.. dan disebabkan dapat free upgrade ke planner jadi aku pun terus ambik sekali dengan pakej naiktaraf ke planner..

kena pulak servis penghantarannya yang agak pantas.. aku order pada 27 November dan 30 November dah diposkan dan selamat sampai semalam.. itu pun sebab banyak cuti kan minggu lepas.. meh la kita tengok hasilnya..


inlah hasilnya

sebelah dalam dia - adalah aku selitkan email dan no telefon

lagi belah dalam

kalender dan planner

belah belakang dia.. jadi di mana-mana sahaja akan ada wajah kesayanganku..

kalau korang nak tempah yang sama tapi dalam bentuk kulit lembut pun ada.. senang je nak buat.. oo.. lupa.. ini laman web sama yang aku buat kad bisnes free hari tu.. berbaloi la.. bersemangat nak tempuh tahun baru! ni kira hadiah hari lahir awal buat diri sendiri la jugak ni.. hehehe..

nak beli yang sama jugak? pergilah tengok pilihan di PIXAJOY !


Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Eintan Nurfuzie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

macam menarik jeeee

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cantiknya..

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cantiknya kak planner akak.. Sy dh beli planner lain. Kalo tau ada planner xantik mcm nih sy pun nak order

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dah bulan disember ni . Planner book masih belum ada lagi . Macam menarik je planner book pixjoy ni . Boleh diy sendiri design

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang tengah cari planner gak ni..boleh la usya kat pixajoy...

Elih Japahar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik. Boleh buat nanti.