Jumaat, 22 Disember 2017

Cara potong ketupat segera yang mudah

assalamualaikum semua,  korang biasa tak masak sesuatu resepi yang ada guna ketupat segera? kalau aku memang selalu la.. kadang-kadang masak ketupat dan makan gitu je cicah apa kuah yang ada pun buat jugak.. punyalah suka makan nasi dalam apa jua bentuk.. pastu tanya lagi bila nak kurus.. hahaha.. ntah apa-apa.. kalau korang sepesen macam aku mesti masa nak potong ketupat segera tu korang rasa leceh kan.. 

Cara potong ketupat segera yang mudah


terutama bila masak makanan yang memang nak lena potong dulu ketupat segeranya baru boleh lengkap resepinya tu.. macam lontong goreng,  lontong dengan kuah lodeh.. ceh sebut pulak nama resepi kegemaran di awal pagi.. mulalah rasa nak makan semuanya.. 

ok aku nak tau, kalau korang biasanya potong ketupat segera ni dengan cara macamana?  aku ada letak gambar kat bawah ni.. korang pilih la korang potong cara A atau cara B..  

Cara potong ketupat segera yang mudah

Cara potong ketupat segera yang mudah


kalau tanya aku.. dulu aku potong guna cara A.. ye la dah terbiasa kot semua benda nak bagi samarata dengan bentuk yang tak pelik.. jadi yang lebih senang ialah ambik ketupat dan hiris ikut cara A.. tapi selalu bila nak keluarkan tu akan ada masalah lekat dengan hujung-hujung bucu plastik tu.. kadang-kadang siap tertinggal yang hujungnya dalam plastik.. sayang tau.. 

tapi lepas Along aku ajar macamana nak potong dengan cara yang cepat dan senang terus aku melekat dengan cara B..  senang tau.. laju je ketupat segera tu tertanggal dari plastik.. tak payah dah korang nak picit-picit bucu plastik ketupat segera tu lagi.. gerenti takde yang tertinggal pun.. korang tarik satu bucu je semua akan tertanggal.. senang sangat kerja jadinya.. 

Cara potong ketupat segera yang mudah

Cara potong ketupat segera yang mudah

korang cubalah teknik baru ni tau.. aku percaya lepas ni korang mesti lebih suka masak makanan yang gunakan ketupat segera ni.. kredit kat Along aku jugak.. terima kasih ajar cara mudah ni.. Selamat mencuba ok! 

Ceritaita


Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Cik Ash berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selalu duk cara b.. Kadang A.. Wah ada cara baru la nanti boleh cuba ni

eynda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Next time try cara B :-)

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mrs pip guna cara B ...

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cara ke dua Tu senang sikit nak keluarkan ketupatnya kan

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue kalau raya je baru masak ketupat atau nasi himpit nie. Kalau tak jarang, sebab depa kat rumah nie tak makan sangat kalau nasi impit. By the way.. tq Ita kongsi cara mudah nak potong nasi himpit, boleh cuba nanti..