Rabu, 27 Disember 2017

Dobi layan diri di Cameron Highlands

assalamualaikum semua, kami masih di tempat yang sejuk ni lagi pagi ni.. pagi ni suhu agak sejuk dari semalam sebab hujan awal pagi tadi.. suhu sekarang ni 16 darjah celcius.. sejuk sangat bagi kami yang jarang jumpa alat penghawa dingin.. inikan pulak penghawa dingin semulajadi.. bila keadaan sejuk macam ni mulalah risau jugak baju-baju sulit yang dibasuh tak kering.. mula terfikir nak cari dobi layan diri je sebab malu nak hantar yang sulit-sulit tu ke dobi.. jadi misi mencari dobi layan diri di Cameron Highlands ni pun bermula nampaknya.. 

Dobi layan diri di Cameron Highlands 


sebenarnya sejak kami sampai lagi dobi ni merupakan tempat pertama yang kami akan cari.. kalau ke mana-mana memang macam ni la selalunya.. maklum la anak ramai ni.. memang gini la gayanya.. kalau tak harus kena bawak baju yang banyak setiap kali bergerak.. jadi nak jimat ruang yang ada memang kena pergi ke dobi sekurang-kurangnya sekali dalam masa percutian 3 hari 2 malam.. 

dan kami dah tinjau di sekitar Cameron Highlands ni di semua kawasan termasuk Tanah Rata,  Brinchang..  Ringlet je tak pergi sebab rasa agak jauh.. dari tinjauan kami, kami cuma mampu jumpa 2 je dobi layan diri di Cameron Highlands ni..  satu tu dekat je dengan Rumah Peranginan Persekutuan ni dan satu lagi di Brinchang.. 


Dobi Layan Diri di Cameron Highlands 


1. The Haven's Laundromat
Golden Hills,  Cameron Highlands. 

Dobi layan diri di Cameron Highlands 

Dobi layan diri di Cameron Highlands 


Terletak di deretan rumah kedai di Golden Hills. Dekat kawasan tapak pasar malam yang baru di Cameron Highlands ni. Kalau datang dari luar pasar tu terus je hingga jumpa persimpangan di tengah-tengah pasar malam tu. 

Waktu beroperasi : 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Beroperasi dengan menggunakan token. 
Token terakhir dijual pada jam 9.30 malam. 
Harga cuci : RM6 - RM8
Harga pengering : RM7
Sentiasa padat dengan pengunjung. 

2. Laundry Layan Diri
Brinchang,  Cameron Highlands.

Dobi layan diri di Cameron Highlands 


Terletak di deretan rumah kedai di Brinchang. Dekat dengan hotel dan pasaraya paling besar di Cameron Highlands. Berdekatan hotel Meiko. Berada di antara deretan rumah kedai paling hujung di belakang Petronas Cameron Highlands.

Waktu beroperasi : 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Beroperasi dengan menggunakan token. 
Harga cuci : RM8
Harga pengering : RM6
Terdapat pengusaha hotel bajet juga yang menggunakan perkhidmatan dobi ini. Jadi harap bersabar kerana mesin tidak banyak. 

Diharap maklumat ni dapat membantu jugak rakan-rakan yang merancang nak bercuti di Cameron Highlands yang selalu ada masalah tak cukup pakaian macam kami ni.. cuma sediakan bajet secukupnya dan masalah selesai.. dan rasanya ini peluang besar buat sesiapa yang teringin nak bukak perniagaan yang agak menguntungkan.. sambutan dobi layan diri di Cameron Highlands ni sangat menggalakkan.. 

Ceritaita


 
Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Noriza Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bagus kalau jumpa dobi kan, so beg tak payah nak bubuh baju banyak sangat.

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

good sharing

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak pun klu brjalan byk hari mmg cari dobi no Dr Ita, hehehe

Nieyla Nadia berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yela...nieyl kan klu pergi bercuti tak terpikir pun psl dobi ni..
tapi bila baca entry ni...nieyl rasa ini salah satu tips yg berguna juga utk nieyl kalau pergi travel 3 4 hari...xperlu nak bawa baju yg byk..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sekarang ni kalau Ada DIY Dobi berdekatan dh jadi plus point Kan. Senang nak travel. Baju pn bersih

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Good sharing Ita.. Kak Sue pun kadang macam Ita juga, lagi kelam kabut cari dobi.. mengalahkan orang anak ramai.. hahaha..

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ha'ah..dobi ni mmg perlu kalau cuti2 macam ni..klu nak basuh baju kat CH ni, tak tau la baper hari baru nak kering..haha

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rajin akk cuci baju ms bercuti ..kitorg jrg2 bawa balik angkut semua baju kotor hehe