Jumaat, 8 Disember 2017

Gambar blogger Ana Suhana selalu buat aku marah!

assalamualaikum semua,  hari ni sampai giliran seorang lagi blogger.. blogger Ana Suhana.. aku belum pernah jumpa lagi Ana ni sebenarnya cuma baca dan kenal di dunia maya je.. tapi sejak kami selalu berbual di alam maya tau jugak la latar belakang Ana serba sedikit.. kalau korang kenal Ana Suhana dan selalu baca blognya tentu tau kenapa gambar blogger Ana Suhana selalu buat aku marah! 

Gambar blogger Ana Suhana selalu buat aku marah! 


kalau sesiapa yang rajin jalan-jalan ke blog Ana ni mesti tau sangat yang Ana tulis pasal apa kat blog dia.. kalau aku memang selalu aku elak la jengah blog dia ni.. pasal apa tau?  pasal dia ni rajin sangat cerita pasal makanan dan tempat makanan yang best.. dah la gambar dia selalunya cantik yang amat.. ya Allah memang gugur la jantung menengoknya.. kalau korang tengah lapar waktu baca tu aku rasa gugur sekali airliur menjejes ke perut.. hahaha..  lepas tu korang akan mula rasa nak cari makanan tu... haaa nampak tak kenapa aku selalu marah? ni baru kat blog tau.. cuba tengok Ig dan Fb dia pulak.. mau menangis woo.. 

sedap je nampaknya kan..


pulak tu kuat berjalan jugak si blogger Ana ni.. kadang tu eh.. kat JB.. eh pastu kat Segamat.. eh pastu kat Melaka pulak.. adeh.. panjang langkahnya tu haa.. pastu mesti dia kongsikan jugak tempat yang dia menginap dan kawasan yang boleh dilawati kat area tu.. memang sesuai sangat la dengan nichie blog ana yang ceritakan pasal travel,  food review,  hotel review dan lifestyle tu.. memang tak salah lagi.. tambahan pulak setiap gambar yang Ana hasilkan dalam review di blognya memang sangat wow ok! 

Blogger Ana Suhana

yang ni jeles sebab aku dah pergi.. haha


kalau nak tau lagi Ana ni masih muda lagi kalau nak bandingkan dengan umur aku yang makin masuk senja ni.. si cantik yang suka tersenyum ni walaupun blogger sepenuh masa tapi ada ijazah dalam perakaunan tau.. bukan calang-calang surirumah ni tau.. dan Ana jugak buat part time sebagai akauntan di rumah.. jadi sesiapa yang nakkan khidmat akauntan part time boleh contact Ana ok.. 

sebagai surirumah yang bekerjaya di rumah atau orang panggil Work At Home Mom (WAHM) ni tentunya ada keluarga yang menyokongnya.. suami yang mengambil berat serta anaknya Syafi yang baru berumur 3 tahun.. cemburu bila fikirkan Ana dapat meluangkan masa melihat Syafi membesar depan masa sendiri.. hargai masa berharga tu ya Ana.. tak semua orang dapat masa-masa macam tu.. 

semoga Ana terus berjaya dalam apa jua bidang.. kepada sesiapa yang nak kenal Ana lebih lagi boleh ke blog, fb dan Ig Ana dan jangan lupa follow tau.. 






Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Gambar Ana memang lawa2 he he he

Warisan Petani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tahniah blogger Ana Suhana.

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kan.. gambar2 ana mmg cantik semuanya.. selalu gak Kan anak jalan Sana sini

Ibu Dilah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul tu kak ita.. dilah pun jeles tengok gambar2 ana.. cantik2.. pastu suka review pasal makanan, hotel, tempat2 yg best.. gambar semua cantik2 buat kita tertarik kannnn...