Selasa, 5 Disember 2017

Mimi Azirah yang ku kenal

assalamualaikum semua, minggu ni memang azam aku nak ceritakan pasal kisah beberapa blogger terpilih.. semalam dah ceritakan pasal blogger Azlinda Alin.. korang dah baca belum? kalau belum gi la baca entri semalam.. dan hari ni aku nak cerita pulak pasal blogger Mimi Azirah.. sejujurnya aku kenal blogger Mimi Azirah dari sebuah kelab blogger yang aku masuk.. memang dari situ aku kenal ramai blogger lain jugak.. 

Mimi Azirah yang ku kenal


pada awalnya dulu kenal Mimi agak segan jugak la aku nak mulakan perbualan.. cuma sekadar beri salam perkenalan.. Mimi seorang ibu muda yang cantik.. bekerja serta punyai anak-anak yang comel.. sama macam aku Mimi merupakan blogger separuh masa.. dan obses dengan warna pink.. hahaha.. sangat perempuan ok.. aku belum pernah lagi berkesempatan untuk berjumpa bertentang mata dengan Mimi ni.. dari perbualan kami di alam maya ni membayangkan mimi seorang yang peramah dan mudah bergaul..


Vivo V7+ yang Mimi menang.. jeles ok.. haha


Sebagai blogger aku rasakan mimi punyai potensi besar.. Sangat kreatif dalam menulis entri.. terutama yang melibatkan entri pertandingan.. Mimi pernah menang telefon bimbit Vivo V7+ tau.. ini menandakan idea Mimi sangat banyak dalam menulis.. banyak jugak tips yang dikongsikan di dalam blognya yang diberi nama Blog Mimi.. 


Mimi dengan anak comelnya..


banyak yang aku belajar dari cara penulisan Mimi di blog.. antara blog yang memberi inspirasi dan boleh dijadikan rujukan supaya menulis dengan lebih baik.. aku berharap sangat dapat bersua mata satu hari nanti dengan blogger Mimi Azirah.. semoga persahabatan di alam maya ini berkekalan hingga ke syurga.. 

bagi sesiapa yang nak mengikuti tulisan Mimi boleh la ke blog Mimi, facebook dan Instagramnya jugak ok..

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Satu hari nanti teringin juga nak jumpa korang.

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Vivo 7+ tu ...aummss..hehe jeles juga. Hehe

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Suka juga baca entri blog mimi sebab boleh bg ana idea untuk update entri.