Sabtu, 2 Disember 2017

Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia

Assalamualaikum semua, lamanya tak menulis. Kami di Kuala Lumpur sekarang ni, nantilah aku ceritakan pasal urusan apa. Sekarang ni kongsikan pasal Quinny Zapp Flex Review. Stroller pilihan no 1 ibu di Malaysia.





Jika anda baru beli dan stroller ini masih lagi di dalam kotak. Maka sebelum anda guna Quinny Zapp Flex ini, anda perlu ada skill D.I.Y sedikit. Sebab anda perlu cantumkan beberapa bahagian seperti roda, shopping bag, kerusi bayi dan canopy pada kerangka utama. Tapi jangan risau, mudah jer... kalau tak tau juga rujuk manual... kalau masih pening sila rujuk video di bawah.













Dah tengok? Ok? Tak tau juga?... adoiii.... pergi beli jer lah di butik bayi The Baby Store. Suruh staf diorang pasang.... percuma jer...



Jika sebelum ini anda sudah biasa dengan model Quinny Zapp atau Quinny Zapp Xtra, anda akan dapat kesan perbezaan rekaan Quinny Zapp Flex berbanding dengan Quinny Zapp Xtra. Memang diorang betul-betul "Overhaul" rekaan stroller ini walaubagaimanapun konsep asal iaitu rekaan 3 roda tetap sama. Tetapi jika perhatikan betul-betul, ada beberapa sentuhan akhir yang lebih teliti dan lebih cantik berbanding sebelumnya.

















Quinny Zapp Flex ini datang dengan dua warna casis iaitu warna hitam matt dan warna aluminium. Tapi jika tanya pendapat aku, aku lebih suka warna casis hitam sebab nampak lebih bergaya dan berkelas lagi. Kali ini kami menguji Quinny Zapp Flex berwarna merah yang dikenali "Red on Graphite" yang dilengkapi dengan casis hitam matt. Memang kelihatan sangat menarik.



Antara yang menarik tentang model Quinny Zapp Flex ini adalah pemegangnya. Ia mempunyai rekaan yang unik sangat selesa apabila dipegang, ini menyebabkan ramai ibu-ibu di luar sana menjadikan stroller ini sebagai stroller idaman mereka.











Model Quinny Zapp Flex ini didatangkan dengan 3 Roda dimana ramai ibu-ibu diluar sana suka dengan rekaan 3-roda. Walaubagaimanapun Quinny ada juga keluar rekaan 4 roda yang dikenali Quinny Zapp Flex Plus. Ok.. kalau part kerusi pula, aku rekemen digunakan dari umur 6 bulan keatas. Tetapi ada juga yang guna dari newborn sebab kerusinya boleh dibaringkan. Anda juga boleh gunakan infant carrier seperti Maxi-Cosi Cabriofix atau/Pebble carrycot dari Quinny. Rujuk gambar dibawah :-









Antara favorite dalam pemilihan stroller adalah samaada stroller tersebut diubah dari forward facing ke rear facing. Tidak banyak stroller yang menawarkan features ini dan bagi aku Quinny Zapp Flex ini adalah stroller yang boleh forward facing dan rear facing paling compact yang pernah aku jumpa setakat ini.







Manakala, material canopy Quinny Zapp Flex ini sangat berkualiti dimana kainnya nipis dan tahan yang membolehkan apabila dilipat tidak memberi kesan kepada saiz lipatan stroller. Maksudnya stroller ini akan compact bila dilipat. Walaupun materialnya nipis tapi masih lagi dalam kategori nilai UPF50+ dan memberi perlindungan yang bagus untuk bayi anda. Selain itu, stroller ini juga jenis yang breathable, jadi memang selesa untuk anak anda.



Kalau part pemanduan, aku rasa tak perlu sangsi lagi. Memang sangat mudah untuk ditolak dan selesa. Roda yang digunakan pun aku tengok lain dari kebiasaan, ianya kelihatan nampak di dalam kelas tersendiri dan kelihantan mewah.



Ok yang terakhir sekali, part melipat stroller ini. Jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu Quinny Zapp Xtra 2. Kita akan dapati Quinny Zapp Flex ini banyak upgrade. Ada 3 step untuk melipat stroller ini iaitu Pertama, lipat kerusi, Kedua lipat frame dan Ketiga dengan menggunakan kaki tolak kehadapan kunci dibelakang stroller dan lipat. Itu sahaja. Anda boleh rujuk video diatas untuk anda belajar cara lipat dan buka stroller ini.



Kesimpulan

Quinny Zapp Flex ini jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu Quinny Zapp Xtra 2 ada banyak perubahan dari segi material dan cara lipatan stroller ini adalah lebih baik.



Jika anda memang mementingkan ciri-ciri seperti dual-facing dan compact. Aku memang rekemen model ini. Ianya menepati ciri-ciri yang anda idamkan walaupun ianya tidak seringan dan secompact stroller seperti Tavo Amber, Aldo Compatto dan GB Pockit Plus akan tetapi ianya ada features yang ramai ibu bapa suka iaitu Dua-Facing. Aku memang rekemen juga anda memilikinya.



Tambahan pula, hanya Quinny sahaja yang menawarkan jaminan seumur hidup kepada anda. So, anda tidak perlu rungsing jika ada kerosakkan pada stroller ini.



Dimana Hendak Dapatkan Stroller ini?



Brand Quinny ini memang sukar anda untuk lihat dijual di butik-butik bayi di Malaysia. Hanya butik-butik bayi yang terpilih sahaja mereka benarkan menjual sebab mereka sangat menjaga ke'esklusif'an jenama ini dan untuk mengelakkan cetak rompak seperti yang terjadi pada model sebelum ini.



Aku rekemen anda dapatkan di Butik The Baby Store di Seksyen 22 Shah Alam. The Baby Store adalah Dealer Sah brand Quinny. So anda tidak perlu risau. Jika anda duduk jauh dan tiada kesempatan untuk singgah. Anda boleh jer beli secara online di website mereka. Mereka menawarkan Free Shipping. So... ianya sama juga anda beli secara walk-in. Yang penting. Anda beli tanpa was-was sebab butik ini memang wujud. Jika anda beli di Facebook Group takut kene scam pula. So hati-hati.





atau Anda boleh terus ke butik The Baby Store di alamat.

The Baby Store
No 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam, Selangor.


Hubungi : 019-4006996 (Puan Yati)

Landmark : Berhadapan Kilang Gula CSR Batu 3 Shah Alam

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Ema Veto berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mujur takda baby lagi ni, mcm nk beli satu pulak. tggu anak adikk keluar lagi 5 bulan

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Brand ni mmg jadi pilihan ramai ita. Untung beli sebab boleh guna Dari baby hingga toddler