Selasa, 19 Disember 2017

Roti Canai Giant yang murah dan sedap.

assalamualaikum semua, lamanya aku tak menulis rupanya.. maaf la ya.. agak padat jadual sejak minggu lepas.. aku masuk acara pemilihan untuk sukan jabatan.. tapi yang tu nanti-nanti la aku ceritakan kalau sempat.. banyak cerita dah terlepas nak ceritakan ni.. cerita pergi Korea pun tak abis jugak lagi.. dah nak masuk tahun baru dah pun.. kali ni aku nak cerita pasal roti canai Giant yang murah dan sedap..

Roti Canai Giant yang murah dan sedap
Roti Canai Giant yang murah dan sedap


aku selalu jugak beli roti canai frozen buat stok kat rumah.. sebab anak-anak kan dah terbiasa ambik sarapan sebelum keluar rumah pagi-pagi jadinya stok makanan frozen yang cepat nak disediakan ni memang dikategorikan sangat perlu kalau kat rumah kami ni.. sebab wajib ada tu tentulah sebab senang dan cepat bila nak makan.. 

lagi satu kalau ada anak-anak baya-baya diorang yang sedang membesar dan selalu lapar ni memang patut la sediakan stok makanan beku macam ni.. biasa kan bebudak kalau masa dia cakap lapar nak makan tu kalau boleh masa tu jugak la dia nak makanan tu ada tersedia depan dia dan terus makan.. jadi makanan sejukbeku macam ni memang selalu jadi penyelamat sebelum kita sediakan makanan berat yang lain..

aku dah cuba banyak jenama roti canai segera yang frozen ni.. ada yang ok tapi harga pulak rasa tak berbaloi.. ada yang harga ok tapi bila sejuk keras kejung.. ada yang murah tapi bila goreng alahai berminyak sangat sampai rasanya tak payah ambik makanan berminyak setahun la.. hahaha.. macam-macam la..

Roti Canai Frozen Giant


tapi baru ni kami cuba pulak beli roti canai frozen jenama Giant yang tentunya dari Pasaraya Giant.. alhamdulillah bila cuba aku rasa berbaloi la dengan harga dan kualiti.. harganya masa aku beli aritu dalam RM4++ untuk 5 keping roti yang sedang.. bila goreng atas kuali yang tak melekat tanpa gunakan minyak nampak hasil dia sangat best.. tak berminyak sangat dan sedang elok je bila kita tepuk-tepuk sikit macam kat kedai makan tu kan.. lembut dan sedap je rotinya.. 


terhangus sikit kat belah atas tu.. huhu.. yang ni kami masak tanpa minyak ya

jadi sekarang ni kami setia dengan jenama Giant je la.. senang dan sedap.. dan lebih penting murah.. korang yang belum cuba boleh la cuba cari.. jangan lepas ni Giant jual mahal pulak sudahlah.. huhuhu..  

Ceritaita
Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Nazlee Ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

roti canat segera jenama Giant belum cuba lagi.

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kna cuba ni..:)

Anil Wanina berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang suka beli brand ni.. murah dan sedap gile... nk garing boh planta.. pastu krup krap krup krap makan dia.. nyum nyummm