Ahad, 10 Disember 2017

Semangat Blogger Shuhaida Kabdy yang kukagumi

assalamualaikum semua,  semalam patut tulis pasal seorang lagi blogger tapi tak terkejar-kejar di hari Sabtu dengan line internet yang macam apa di musim tenkujuh ni.. tapi syukurlah Malaysia masih aman.. hahaha.. ok kali ni aku nak kongsikan pasal blogger Shuhaida Kabdy.. aku baru je kenal blogger yang aku panggil Kak Sue ni tau.. baru tak baru la jugak sebab sebelum ni dah kenal dari sebuah kelab yang sama-sama kami masuk.. 

Semangat Blogger Shuhaida Kabdy yang kukagumi


lepas tu kami jadi semakin rapat pulak bila selalu berbual dalam whatsapp.. walaupun sebenarnya kami belum pernah sekalipun berjumpa tau.. belum ada rezeki lagi nak jumpa dengan kak Sue.. padahal teringin sangat nak rasa laksa kak sue yang katanya sedap.. lawan pulak dengan air kelapa laut yang abg Man jual tu.. Allah.. aku ni kalau pasal membayang makanan memang kalah iman di dada tau.. napelah selalu dikelilingi kawan-kawan yang menguji dengan gambar makanan?  huhu.. 

dan kak Sue salah sorang la dari kawan tu.. kat IG dengan Fb dia mesti ada gambar makanan yang dia masak tau.. dah la rajin masak.. rajin pulak ambik gambar makanan yang cantik.. sangatlah tercabar rasa kita ni yang selalu malas.. haha.. kat blog kak Sue pun banyak jugak dia kongsikan menu yang dimasaknya.. kalau dapat kak Sue letak resepi lagi best tau kak.. 

kak Sue di salah satu event


pada aku sebenarnya aku sangat kagum dengan semangat kak Sue sebagai blogger.. kebanyakkan blogger yang aku kenal seusia dengan kak Sue ni dah malas nak belajar pasal blog tau.. ada yang cuma tulis ikut suka je la apa nak tulis.. tapi aku kagum kak Sue semangat lagi nak belajar semua benda pasal blog dan rajin bertanya untuk fahamkan semua benda.  sangat gigih ok.. satu lagi sifat kak Sue yang aku suka ialah dia sangat suka dengan kebersihan ok.. kalau datang rumah aku maunya dia mengucap panjang aku rasa.. hahaha

selain menulis blog separuh masa kak Sue jugak berniaga tau.. kiranya orang kuat bisnes jugak ni.. kak Sue dan suami, abg Man selalu dapat peluang berniaga di event-event besar macam perlawanan bola final tau.. part ni memang aku kagum la..  aku yang kadang-kadang join event yang kecik-kecik je pun rasa nak patah tulang bila habis.. penat sangat-sangat.. tu yang memang kagum la macamana diorang boleh uruskan hari diorang ni dengan baik.. bulan puasa pun gigih berniaga.. memang kagumlah.. semangat macam ni la patut kita tiru kalau nak berjaya.. bukan tau nak jatuhkan lawan je kerjanya.. 

aku teringin sangat nak jumpa dengan pati kelapa laut  Man Java yang Kak Sue jual tau.. eh bukan la.. teringin nak jumpa kak Sue sebenarnya.. hehe..  tapi disebabkan kak Sue jual pati kelapa laut yang boleh dibeli dengan pek besar kat sana sini apa salahnya kalau jumpa sekali bahan jualan dengan orangnya kan..  hehehe.. serampang dua mata orang kata.. 

dalam kesibukan kak Sue berniaga sebenarnya ada sebuah keluarga yang sentiasa sokong apa sahaja minat kak Sue.. terutama minat pada blog.. tak lain tak bukan suami dan 3 orang anak-anak kak Sue.. terutama suami kak Sue yang gigih menghantarnya ke sana sini untuk majlis para blogger.. walau sibuk tetap penuhi minat isteri tersayang.. semoga mereka sekeluarga berbahagia selamanya.. amin..  

kak Sue dah keluarga

kak Sue dan keluarga 


buat sesiapa yang nak kenal lebih lagi pasal blogger yang tak dimakan usia ni bolehlah ke blog, fb dan ig dia.. 






Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bab kebersihan tu kan..hehe kalau dtg rumah saya tu pun mesti mengucap pjg gak kekekeke

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak contoh semangat meniaga kak sue dgn abg man lah.. dah kompem tak boleh capai tahap piawaian kebersihan kak sue haha