Selasa, 19 Disember 2017

Tergoda lagi dengan Kasut Ijmal !

assalamualaikum semua, aku dah cerita pasal kasut Ijmal dulu masa aku pergi program EDP ke Korea hari tu.. memang puashati pakai Ijmal ke sana sini.. selesa dan tak rasa sakit kaki bila banyak berjalan.. lepas tu baru-baru ni ternampak pulak Ijmal update dalam page dia ada kasut design baru.. cantik tau.. tergoda punya pasal aku terus tinjau dalam website Ijmal kot-kot aku berkenan pulak ke kan.. hahaha.. dasar orang perempuan ginilah.. 

Promosi Ijmal
Tergoda lagi dengan Kasut Ijmal !


lepas je aku tengok website tu lain pulak yang aku terberkenan tau.. terpikat dengan kasut Ijmal plain yang warna kuning mustard ni.. Ya Allah.. mujur je tak sampai tahap mengences kata orang Jawa.. kiranya macam dah menjejes-jejes air liur la tengok kasut tu.. tapi tahap mimpi jugak la.. mimpi orang belikan.. hahaha.. rupanya betul wei.. hari ni mimpi tetiba esok kasut sampai.. kau rasa? haa.. jadi sesiapa yang nak bermimpi untuk sesuatu tu silalah bermimpi ok.. sebab tak mustahil jadi kenyataan tau.. 

model cantik kasut pun cantik

model ala-ala ni cuma mampu tunjuk kaki je la.. hahaha


mesti ada yang kata warna aku pilih ni rare kan? tapi aku memang sebenarnya suka warna terang-terang macam ni tau.. orang je tak tau.. tak padan dengan kulit gelap tu.. sukanya kaler terang-terang.. tapi nak pakai kenalah padankan jugak dengan pakaian dan tudung ya.. jangan sebarangan je.. walaupun kadang-kadang aku buat jugak.. hehehe.. tutup mata je la.. serabut tu seni ok.. hahaha.. 

berbalik pada warna pilihan ni.. masa aku pilih untuk Ijmal wedges dulu aku nak warna kuning ni jugak tau.. tapi bila fikir balik tak sesuai pulak sebab tak rasmi kan warnanya jadi aku ambik warna blue black tu.. walaupun hati dah terpaut dengan warna kuning.. dan bila sampai je Ijmal plain ni.. aku teruja macam nak pengsan pun ada tau.. CANTIKNYA lahai.. tergamam masa pegang kat tangan tu.. saya suka.. saya suka.. sambil senyum macam budak kecik dapat kasut raya dan nak bawak tidur.. hahaha.. kebetulan pulak tu masa tu musim hujan.. tak dapat pulak nak gayakan kat luar.. lagi la meroyan macam apa.. hahaha...

akhirnya dapat jugak gayakan kat luar rumah


kemudiannya hari berikutnya kebetulan hari cerah.. shah layankan sajalah aku nak bergambar ala-ala model sambilan terlebih saiz kat luar rumah.. bertabah la ye bang.. hehehe..

punyalah kyusuk membelek..huhu


mesti korang nak tau sangat kenapalah sampai kena ada 2 pasang kasut Ijmal ni kan? sebabnya tentulah kerana ianya BEST dan sangat selesa ok.. korang nak buat aktiviti apa pun pakai Ijmal ni ok je.. macam gambar aku kat atas ni la masa jalan kat Giant bawak anak-anak yang lebih pada nak cari barang keperluan.. tentunya banyak berjalan kan.. ye tau.. pedometer kat handphone tunjuk angka tertinggi selalunya bila aku keluar memana pasaraya.. sebabnya banyak berjalan la tu.. jadi kesimpulannya kalau nak kurus pergi la shopping ok.. eh.. salah banyakkan berjalan.. dan nak berjalan tentu nak ada kasut atau selipar yang selesa kan.. ok gi beli Ijmal pasal aku memang sangat recommended.. sebab tapak dalam Ijmal ni la buat dia sangat selesa.. ditambah pulak dengan kulitnya yang lembut.. tapak dia pun tak licin tau..

tapak kasut Ijmal


ini kawan aku la punya angkara ni sampai aku dah terjebak.. dah 2 pasang ni Mar oiii.. sajalah kau eh.. tapi serius kalau korang beli memang tak menyesal la.. material kulit dia sangat lembut dan selesa.. sarung kali pertama pun dah jatuh cinta tau.. pulak tu bila kau bukak facebook pages Ijmal dan website ternampak ada promosi.. kau rasa??? hahaha harus la sepasang lagi kan.. 

dah tu aku bukan guna buat gi shopping je tau.. masa pemilihan sukan hari tu pun aku ada pakai.. sukan indoor la masa tu..

nampak tak? sesuai je dengan baju t shirt jugak..


dulu aku dah cerita dah pasal pilihan Ijmal dalam entri lama.. aku malas dah nak ulang.. korang cuma patut tau sekarang ni Ijmal ada keluarkan design baru yang dipanggil Ijmal Tulip.. comel wei.. sesiapa yang suka pakai kasut ada juntai-juntai masa zaman sekolah-sekolah dulu patut beli ni.. mesti korang nampak muda je nanti..  mengimbau kenangan katanya.. 

cantik kan? ramai beli tulip ni tak nyesal katanya..


Ijmal tulip ni tambahan je untuk design sedia ada macam yang aku dapat ni.. plain, emboss dan wedges.. aku tengah berazam nak ada semua design dalam koleksi Ijmal ni.. boleh susun dan gilir-gilir pakai nanti.. azam 2018 ke kan.. sebab sekarang ni Ijmal tengah ada promosi tau.. sesuai sangat kalau sesiapa yang nak mulakan tahun baru dengan kasut baru di samping azam baru.. pendek kata semua boleh baru la.. 

jualan dari 17 -31 Disember 2017 ni ya


harga promosi ni boleh korang dapat di jualan akhir tahun yang bagi potongan sehingga 57% katanya.. baru je bermula 17hb Disember baru ni sampai 31 Disember 2017.. siap dibagi kalender 2018 comel lagi dengan setiap pembelian.. aku dah dapat dah.. hehe


kalender Ijmal 2018

sambil belek kalender sambil belek kasut pujaan.. eh


sesiapa yang nak beli boleh jugak tengok pakej haji dan umrah ya sebelum buat keputusan.. ada pilihan jugak yang best-best.. mana tau nak hadiahkan buat yang tersayang yang nak pergi umrah ke nanti.. berbaloi rasanya berjalan dengan kasut selesa di tanah suci tu nanti.. insyaAllah membantu sangat bila kaki tak rasa sakit-sakit bila banyak berjalan..

Pakej Umrah dan Haji

Pakej Umrah dan Haji

Pakej Umrah dan Haji

Pakej Umrah dan Haji


korang boleh tengok semua maklumat tentang promosi ni di laman web, facebook dan instagram macam kat bawah ni ya.. terus datang kedai pun ok jugak.. boleh acu-acu kasut sesuai terus kat kaki.. untuk facebook pages tu korang like dan follow je sebab kadang-kadang pihak Ijmal yang baik hati ni bagi promosi secara live tau.. boleh dapat less lagi banyak tu.. 


Website : www.ijmal.my

Facebook page : IJMAL

Instagram : IJMAL MALAYSIA


Alamat butik Ijmal :

 No. 1149 & 1149A, Jalan Jambu 1, Taman Muhibah, Saleng, 81400 Senai, Johor.




Ceritaita



Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best kan kasut ni...rasa selesa sangat...nanti nak skodeng warna lain plak...

Ummi Zarra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ngeeee cantiklah design ijmal. Suka kasut ijmal sbb soft dan material kulit yang berkualiti. Boleh usya design lain pulak lepas ni. Nak design mcm kasut kak ita pulak.

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Macam cantik pulak tengok yang Ita pilih nie, nampak gaya nak kena beli lagi satu lah nie..

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lawa2 kasut ijmal ni..ada kang rembat lg sepasang ni kang he he he

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kasut Ijmal memang selesa kan kak...Nih sy nfah usha nak beli lg ni

Fatin Shahrizam berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cantik dan kemas, mesti selesa. Pernah dgr jugak brand ni, baru jea.

Salam kenal yea, follow dekat sini :)

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cantik sangat wedges Tu ita. Sesuai dgn pakaian apapun Kan. Mmg untunglah beli ijmal

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Jatuh cinta gak dengan kasut ijmal ni tapi kena menabung dulu kalau nak beli..okey la nk ikut tips k.ita, kita mimpi dulu..hehe