Rabu, 28 Februari 2018

Akhirnya Shopee jadi tempat cari dapur baru!

assalamualaikum semua, minggu ni semua laman web shopping online tayang promosi sempena hari gaji..  tak kurang jugak kawan-kawan yang tunjuk hasil dapatan belian masing-masing..  haha.. aku pulak kebetulan dapur yang kami guna selama hampir 7 tahun lamanya tu dah mintak berehat.. abis runtuh dah tungkunya.. jadi aku ambik peluang jugaklah nak cari pengganti.. jadi secara tak langsung akhirnya Shopee jadi tempat cari dapur baru! 

Akhirnya Shopee jadi tempat cari dapur baru! 


kalau ikutkan kami nak je repair dapur yang ada kat rumah ni untuk berjimat.. tapi apakan daya rasanya memang dah tak mampu lagi dah nak bertahan dapur tu.. ni pun kami tengah fikir apa nak buat dengan dapur lama.. sayang pulak kacanya masih utuh.. cuma tungku je yang tak dapat nak ditolong lagi.. dapur lama tu ada 3 tungku,  2 tungku besar dan satu tungku kecik kat tengah-tengah.. yang dah runtuh tu yang 2 tungku besar kat tepi dua-dua tu la..  yang dah runtuh tu bukan tungku keliling tu tau.. tepi keluar api tu.. apa eh orang panggil? 

bila dah nazak sampai semua periuk kuali aku guna jadi hitam dan api dah langsung tak sekata aku mula la tak selesa langsung nak memasak.. macam takde mood tau..  jadi mula la aku korek-korek duit memana ada dan bercadang nak cari dapur baru.. tapi disebabkan keadaan kewangan tak berapa mengizinkan aku cuba untuk cari dapur yang tak makan bajet banyak sangat.. aku cuma letak bajet dalam tak lebih RM70..

dan kemudian aku mula survey dapur masak yang ada sekitar Kuantan ni.. dah survey kat Mydin,  Giant,  Aeon Big dan jugak kedai-kedai elektrik yang ada tapi macam tak berapa jumpa yang kena di hati.. dan tetiba pulak aku terfikir nak survey online.. tentunya Shopee jadi pilihan utama aku sebab aku ada simpan aplikasi dia dalam handphone ni.. senang kan terus klik dan cari dapur.. 

biasanya aku akan buat pemilihan untuk prefered seller dulu dan letak range harga yang aku nak.. macam kali ni aku letak bajet tak lebih RM70 kan?  jadi aku letakkan sekali kat kriteria pemilihan yang aku nak tu.. senang je terus dia keluar semuanya.. eh lupa pulak aku masukkan sekali untuk kriteria pos percuma jugak tau.. selagi boleh jimat sebolehnya kita cubalah berjimat kan.. hehe.. 

dan bila dah keluar senarai aku pun buat pemilihan.. dan senarai yang kat bawah ni la antara pilihan aku masa tu.. aku habiskan masa baca satu-satu review setiap barang yang aku pilih.. dan selepas aku berpuashati baru la aku klik untuk teruskan pembayaran.. 


cuba teka yang mana aku pilih? 


mesti ada yang kata kan.. aku ni cerewet betul.. ya la korang.. dah keluarkan duit mestilah kita harapkan yang terbaik dengan belanja yang kita keluarkan walaupun modalnya tak banyak mana pun kan.. tapi aku memang macam ni la.. tu yang kadang-kadang habiskan masa lama tapi satu pun tak beli.. banyak sangat piawaiannya.. dan selepas membuat pilihan akhirnya aku berjaya buat pilihan yang murah dan berpatutan aku rasa pada masa tu.. ni la dia yang aku pilih! 


menarik kan harganya yang murah tu? 


Dapur ni sampai masa aku kat JB aritu tau.. berbunga je hati bila shah hantar gambar.. alhamdulillah berbaloi dengan harga.. aku pilih dapur jenama Milux YS-3030.. kalau kat tempat lain jenama dan model yang sama berharga dalam RM56-69 jugak la satu tu.. tapi aku dapat dengan harga yang sangat murah iaitu RM46.80 je tau.. alhamdulillah bajet yang lebih tu boleh la salurkan ke lain pulak nanti.. meh tengok dapur baru aku jom! 


tungku cantik warna emas

ini rupa sebenar dia bila keluar dari kotak

dapur murah jenama Milux YS-3030


bagi korang yang nak cari barang-barang murah dan berbaloi memang aku sangat rekomen la korang cari di Shopee ni.. insyaAllah berbaloi.. dan boleh dipercayai.. setakat ni kalau korang rasa tak puashati pun boleh tanya terus pada penjual.. kalau dia tak jawab atau tak respon pun korang boleh terus contact Shopee untuk buat aduan tau.. eh.. kalau yang tengah tinjau-tinjau tu hari ni hari terakhir untuk promosi hari gaji tau.. boleh dapat coin berganda dan promosi yang tak masuk akal jugak harganya tau.. nak tau lanjut pasal promosi hari gaji ni korang boleh baca kat Promosi Hari Gaji.. 

ok aku nak sambung masak dengan dapur baru.. eh.. hahaha.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Jimat kak shopping kt shopee

Lady SHAH berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Zaman skrg kalau nak beli brg mmg kene cari harga termurah.. hehe... kalau shaz pun mcm tu..slagi ada lubuk yg murah..slagi tu shaz cari..hehe

https://byshaz.blogspot.my/2018/02/welcome-march.html?m=1

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dapur lama Ita jenis mcm ni jugak ke? Sebab Ita ada cakap, kacanya masih utuh, mcm pelik pulak.. Hehhee

Rozita Cerita Ita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Seri Kandi Tanah Jauhar

tak kak seri.. yg jenis berkaca tu.. pemetik kat atas.. nak ganti yang serupa tu macam mahal sgt la pulak.. bertahan dulu la dengan apa yg ada..

khaty aiman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

jimat kan. tapi cari dapur gas ni kan sekarang agak susah nak cari yang elok, sebab ada jenis yang tak tahan lama. tapi jimat la kan dekat shopee ni.

Nur Azian Jaafar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cikyan tak pernah try lg kat shoppee.. nak try gak..

Hans berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

shopping dekat shopee memang best sebab murah dan servis bagus

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terlibat jimatkan shopping di shopee thas why iols meroyan bila buka shopee..hahaha

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best kan kak shopping dekat shopee. Mudah, murah & cepat.