Isnin, 19 Februari 2018

Diuji cirit birit dan muntah-muntah

assalamualaikum semua,  aku baru balik dari kampung malam tadi.. ingatkan dapat masuk kerja pulak hari ni tapi tanpa diduga diuji pulak dengan sakit.. Diuji cirit birit dan muntah-munta.. aku mula rasa angin sepanjang malam dan tak boleh tidur.. mula jam 4.30 pagi pulak aku mula berulang-ulang ke tandas.. sampai ntah dah berapa kali dah sampai aku dah tak daya nak berjalan lagi dah.. 

Gctea dikala diuji cirit birit dan muntah-muntah 


perut memulas-mulas dan pedih.. Allah.. tuhan je la yang tau sakitnya.. buang air kecil dengan besar dan sama laju sampai sama je dah gayanya.. siap dengan pakej muntah yang dah tak tau nak keluarkan apa lagi isi dalam perut.. rasa lembik la.. sampai terduduk dalam bilik air tadi.. letih..  aku memang tak pedulikan apa-apa lagi dah sejak pagi tadi.. dengar anak-anak sibuk kat rumah sebab masih cuti sekolah pun cuma mampu dengar je la dari dalam bilik.. 

merasa lunch on bed hari ni


shah je yang uruskan semuanya.. mujur la shah ada.. shah bagi aku minum gctea panas-panas barulah lega sikit perut.. siap dimasak bubur nasi dengan lauk singgang ikan kerisi.. terasa pulak macam dalam pantang.. terima kasih bang..  terharu rasanya.. bila sakit ni ada yang layan.. alhamdulillah syukur Allah bagi nikmat berpasangan.. ada yang jaga di kala susah macam ni..  dalam sibuk layan aku yang sakit dan anak-anak sempat lagi shah buat pau untuk stok pau frozen yang orang order..  sesiapa yang nak boleh contact kami kat whatsapp atau fb ya.. insyaAllah suami aku yang rajin ni boleh penuhi order walau isterinya sedang sakit.. 

malam ni pun rasa masih ada memulas-mulas lagi.. masih ada rasa angin lagi sendawa-sendawa macam nak muntah.. harap esok dah semakin baik.. aku terpaksa ambik cuti je hari ni pasal nak gi klinik pun aku tak daya.. terfikir jugak kalau pergi klinik pun mesti doktor akan cakap aku saje je bagi alasan cirit birit dan muntah-muntah untuk mintak mc maklumlah baru lepas naik dari cuti panjang.. rasa tak best pulak bila dicop macam tu.. jadi baiklah aku ambik cuti je.. ada ke yang kena sakit macam aku jugak sekarang ni? 

Ceritaita
Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Warisan Petani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau cirit birit dan muntah2 cepat2 pegi klinik.
Kena makan ubat
In syaa Allah cepat leganya

muhammad nizam berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

get well soon kak ita

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dah kena cirit birit..muntah muntah pula ye kak