Khamis, 8 Februari 2018

Musibah cermin retak di Jalan Sungai Soi

assalamualaikum semua,  lamanya tak kongsikan cerita pasal kehidupan aku kat blog ni.. aku baru je balik hadiri minggu sukan jabatan di Kelantan semalam.. nantilah aku ceritakan pasal sukan tu.. pagi tadi kami sertai gerai jualan bersempena Mesyuarat Agong Puspanita Negeri Pahang.. kami jual susu segar dan pau jugak karipap frozen.. alhamdulillah jualan agak bagus.. cuma tak sangka akan terkena musibah cermin retak di jalan Sungai Soi petang tadi.. 

Musibah cermin retak di Jalan Sungai Soi


selepas jualan tadi, kami putuskan nak lalu jalan dari Indera Sempurna sebab ada hal di sana.. jadi kami kena lalu jalan dari Sungai Soi menghala ke Kampung Kempadang untuk sampai ke rumah kami di Bandar Putra.. sampai di jalan kawasan hadapan Petronas Sungai Soi tu shah dah bunyi,  katanya banyak batu berterabur di sepanjang jalan tu.. shah kata mesti ada lori ni yang bawak dan terjatuh dari lori.. memang nampak pun sepanjang jalan tu banyak batu kasar dan halus..  maklumlah kawasan ni tengah rancak dengan kerja-kerja pembinaan rumah dan pembinaan jambatan kedua di Kg Peramu.. bawah ni jualan kami di puspanita tadi.. 

gerai jualan di Puspanita

susu segar

karipap dan temosa frozen

pau frozen


shah sambung pulak.. ni kalau kereta depan laju atau kita ikut belakang lori ni abislah cermin kereta.. tak lama lepas shah cakap tu dan dia perlahankan kereta, ada sebiji kereta biru kecil yang tiba-tiba sibuk nak memotong kami di garisan berkembar.. jadi shah agak fokus nak elakkan dari tercium kereta ni.. dalam masa yang sama kereta di hadapan kami sebelum tu yang sememangnya memandu agak laju.. tiba-tiba..  "Ketak".. terdengar bunyi agak keras di cermin hadapan di sebelah tempat duduk penumpang.. 

Allah.. aku terus nampak garis kasar di hadapan aku masa tu.. nak nangis pun ada.. terus terfikir.. ujian lagi di kala kami memang sedang diuji dengan berat.. Allah.. hmm..  baru shah sebut tadi tapi rupanya memang dah takdir agaknya kereta kami yang kena sedangkan shah dah bawak kurang dari 40 km/jam tadi.. terpaksa la kena asingkan duit untuk ganti cermin pulak ni.. dugaan betul.. 

Jadi sesiapa yang guna jalan Sungai Soi - Kampung Kempadang tu hati-hati la ya.. malang tak berbau.. terutama motorsikal tu.. kalau motor bebila je boleh tergelincir kalau lalu jalan yang banyak batu macam ni.. jadi hati-hati la ya.. siapa tau kalau jalan berbatu banyak macam ni kita boleh mengadu pada siapa ye untuk bersihkan jalan? 

Ceritaita


Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alahai nak makan duit Tu.. sedapnya nampak Susu Tu ita

Warisan Petani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lepas ni kena ambil insurans cerminlah.

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue pernah kena dua kali macam nie, satu tu kena masa kereta berenti kat trafic light. Tau-tau pecah berderai cermin sisi belakang nasib ada tinted, tapi masih nak kena tukar la kan. Yang satu lagi macam kereta Ita nie, tak tau bila n macam mana.. Tau-tau retak cermin depan, sekarang nak kena tukar dah panjang gila dah retaknya..

Juls Julie80 berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam ziarah & follow sini..mmg bahaya follow lori bawak batu ni..mmg seriau rasanya..kadang2 kita dah cukup berhati2 tp mende nak jadik..x blh elak jugak..syukur sis xde pape...

Hans berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yups
kadang2 serpihan2 tu kena cermin yang buat leh pecah tu
apa2 pun nasib semuanya selamat
ada hikmah tu

Raydah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ray pun oenah kene cmni. tetiba je crack padahal kt traffic light time tu.